Fashion & Accessories

Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week

Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week. Assalammualaikum semua, sejak akhir-akhir ini ruby berpeluang bertemu dengan usahawan wanita yang berjaya dan menjadi sumber inspirasi untuk ruby terus melangkah kehadapan. Walaupun ruby berlainan profession dan minat, tetapi kata-kata semangat dan perjalanan mereka membuat kita rasa bersemangat. Walaupun berniaga kecil-kecilan pasti ada cabaran. Betul tak?

Empayar Fesyen Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week

New York Couture Fashion Week, yang diasaskan pada tahun 2005 oleh Andres Aquino, memaparkan satu siri couture dan fesyen mewah di New York City, Cannes dan bandar-bandar lain yang dipilih. Ramai pereka fesyen couture menyertai acara ini dan mempersembahkan rekaan dan aksesori terkini.

Bagi mewakili negara Malaysia, Bianco Mimosa tampil menyertai pentas peragaan New York Couture Fashion Week 2017 dengan bertemakan A Tale of “Tongkang Yard”. Sebanyak 12 koleksi busana dinamik akan di persembahkan. Bahkan ia adalah lain dari yang lain. Jika anda meminati jenama fesyen Bianco Mimosa, pasti sudah mengetahui betapa elegan, mewah, unik, esklusif dan kemas sesuatu rekaan busana.

A Tale of “Tongkang Yard” adalah tema susur galur latar belakang sebagai anak desa sekali gus mencetuskan rona berbeza dan istimewa dalam sentuhan rekaan untuk koleksi baru. Dato’ Hajah Ida Suraya Binti Mustapha mengimbau kenangan membesar di Kampong Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah. Menggunakan 100 peratus teknik “couture” dalam setiap rekaan, fabrik berkualiti dari Eropah. Setiap rekaan busana untuk persediaan ke pentas peragaan New York Couture Fashion Week mengambil masa 6 bulan dan 20 orang tenaga kerja agar dapat menghasilkan busana yang terbaik! Bianco Mimosa Ke New York!! Semoga dipermudahkan!

  • Crowne Plaza Times Square Manhattan
  • 1605 Broadway
  • New York, NY 10019
  • United States
  • 8 – 10 September 2017

Mengenai Dato’ Hajah Ida Suraya Binti Mustapha

Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week

Dilahirkan di Kedah, Malaysia pada 19 Julai 1971, Dato’ Hajah Ida Suraya Binti Mustapha merupakan anak perempuan bongsu dan tunggal daripada lima adik-beradik adalah bukan dari keluarga berada. Beliau bermula dengan azam yang kuat, yang ingin memberi keselesaan kepada ibu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja di dalam bidang kejuruteraan. Setelah melihat potensi di dalam perniagaan, beliau membuka syarikat Oriented Prospects Active Link and Services (OPALS) Sdn. Bhd. pada tahun 2002 dengan bermodalkan RM2,500 daripada kad kreditnya. Pada 26 April 2013 Bianco Mimosa ditubuhkan dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij di tanah air. Sebagai latar belakang seorang jurutera, bidang fesyen tidak lari dari jiwa seorang wanita yang suka berhias dan kelihatan bergaya.

Koleksi Bianco Mimosa

Maka, lahirlah koleksi pertama Bianco Mimosa yang menggunakan bunga tekap pada 7 September 2013 dan turut dihadiri oleh ramai barisan selebriti tempatan dan wakil-wakil butik Louis Vuitton, Versace, Roberto Cavalli. Program kedua pada 29 Jun 2014 yang menyaksikan Bianco Mimosa hadir dengan koleksi Mimosa Raya. Pada tahun seterusnya mereka hadir dengan koleksi Safari, Flora dan Fauna Mimosa Raya 2015. Bianco Mimosa terkenal dengan hasil rekaan tersendiri dan berbangga dengan koleksi Bianco Mimosa Couture Bridal “Once Upon A Time”. Bianco Mimosa turut menyertai acara seperti Malaysia Wedding Festival Mimosa Bridal 2016, Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2016. Kemudian Bianco Mimosa menganjurkan pentas peragaan untuk koleksi NEO GLADIATOR Collection by BIANCO MIMOSA 2016, DE’MIMOSA, “Dimension’ by Bianco Mimosa 2016, Justmimosa, Mimosaraya, Mimosamen, Mimosa Jubah, Bianco Mimosa Ready-To-Wear dan terkini pada tahun 2017 dengan koleksi Bianco Mimosa Eid 2017 – T’AMORE dan Mimosa Kids.

Lingkungan harga dari Butik Bianco Mimosa bergantung kepada jenis fabrik, rekaan dan tenaga kerja yang diperlukan. Sebagai contoh koleksi Elegan labuci sulam minimum RM 1499, Velvet Lace Pearl dengan 1000 mutiara, corak Ice Cream, fabrik Rose Silk tampil dengan 5 rekaan bernilai RM 800, Baju Melayu dari RM 299 – RM 500++, Mimosamen hadir dengan 4 rekaan berlainan dari 4 warna sahaja iaitu kelabu, putih, hitam dan biru. Bianco Mimosa mementingkan hak esklusif para pelanggan. Jadi kesemua rekaan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Hehe.

Bianco Mimosa adalah pengeluar kain fabrik dari seluruh dunia dan tidak menggunakan orang tengah. Anda akan mendapat harga terbaik dan terus dari kilang. Adakah Bianco Mimosa bersedia ke pentas peragaan New York Couture Fashion Week? Sudah tentu lah! Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week! IsnyaAllah.

Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion WeekBianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion WeekBianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week

Asal Usul Nama Bianco Mimosa

Bianco, atau kadang-kadang Lo Bianco, adalah nama keluarga yang berasal dari Itali, bermakna White. Pemegang nama yang termasuk adalah seperti Bianco, seorang pemain hap. Manakala Andrea Bianco, kelasi Itali dan pembuat peta abad ke-15.

Mimosa pudica adalah herba tahunan atau tumbuhan menjalar dari keluarga pea Fabaceae kerap kali tumbuh kerana nilai sikap ingin tahu. Karakter pokok semalu menguncup apabila disentuh atau digoncang adalah untuk mempertahankan diri daripada bahaya, dan membuka semula beberapa minit kemudian.

Bianco Mimosa Ke New York Couture Fashion Week

Jadi, Bianco Mimosa adalah kombinasi sikap dan fabrik. Dari fabrik bewarna putih, kitalah yang mencorakkannya. Malah sikap pemalu seperti pokok semalu adalah bersesuaian untuk pemilik butik Bianco Mimosa Dato’ Hajah Ida Suraya Binti Mustapha yang pemalu dan merendah diri.

Ruby ingin petik satu quotes yang ruby selalu gunakan dan ruby rasa ia juga menggambarkan cara empayar Bianco Mimosa.

 “Work hard in silence, let your success be your noise.” — Frank Ocean

Bianco Mimosa, cawangan Pusat Komersial TSB

No. 48-G, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, Sg. Buloh, 40160 Sg. Buloh, Selangor, Malaysia

Bianco Mimosa, cawangan Busana Kompleks Menara Mara

232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

www.facebook.com/bianco.mimosa

www.instagram.com/mybiancomimosa

www.biancomimosa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge