Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan

Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan. Hidup in sangat indah, jika kita hargainya. Tetapi kita tetap tidak boleh lari dari perasaan sedih dan hampa. Dalam setahun, berapa kali kita rasa putus asa, stress dan hampa? Hanya sedikit sahaja kan? Tetapi keadaan itu yang paling kita ingat sampai bila-bila. Sebab ia membuatkan kita hilang harapan, kepercayaan dan akhirnya kita melangkah terus kehadapan. Mengambil iktibar dari keadaan yang kita tidak jangka akan bagi satu pengalaman baru kepada kehidupan.

Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan

Walaupun pernah melalui keadaan begitu, kita masih lagi lalui keadaan itu dengan orang lain pula. Adakah kita lebih bersedia dan melawan? Atau kita perbetulkan dengan lebih profesional? Bagaimana tindakan dari orang itu pula? Sama-sama profesional atau sebaliknya? Kemudian kita berbaik dan terus berkawan. Keadaan ini lah membuatkan kepercayaan dan keyakinan lahir. Terus menjadi sahabat.

Bagaimana pula dari kalangan adik-beradik, ibu bapa, saudara mara? Ini kerana mereka sering kita jumpa dan akibat dari salah faham amat berbeza jalan penyelesaiannya. Kita jadi putus asa, diam seribu bahasa, membiarkan masa berlalu dengan perasaan teringat “apa kesilapan yang aku dah lakukan sampai dipulaukan begini?”, “Susah ke nak minta maaf?”, Akhirnya kita yang mulakan langkah dengan whatsapp bertanya khabar, bersalaman pada hari raya dan mohon maaf. Walaupun wajah kita tidak dipandang.

Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan

Berapa tebal sikap ego mereka perlu kita lihat? Ini ke keadaan seorang pemaaf kena hadap? Membiarkan mereka lakukan lagi dan lagi.

Apabila kita memilih untuk teruskan melangkah dan hargai apa yang kita masih ada iaitu anak-anak, suami, alam ciptaan Allah s.w.t. Kita rasa terubat. Kita rasa ada visi dan matlamat untuk teruskan kehidupan. Teruskan apa yang kita lakukan dengan lebih hebat. Jika kita terus lihat mereka yang tidak faham keadaan kita dan mengharapkan mereka faham, kita akan rosakkan diri kita. Teruskan melangkah.

Jika kita berdosa dengan sesiapa dan tidak menyedari. Berdoalah di dalam solat agar dimaafkan oleh sesiapa yang terasa. Kita hanya insan biasa. Tidak nampak apa yang ada di dalam hati tiap mereka yang mengenali kita walau sekejap atau lama.

Kadang-kadang kita sibuk ingin berkawan dan berbaik dengan semua orang, tanpa disedari diri kita tidak diingini. Dipulaukan dan tidak dihargai. Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan. Sedih kan? Terapkan dalam diri untuk bersedih 1 jam sahaja. Kemudian terus melangkah.

 

1 comment on “Bila Kita Berharap, Tetapi Orang Sekeliling Mempergunakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge