Food & Recipe

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan. Lagi beberapa hari tiba bulan puasa!! Ya Allah syahdunya rasa bila dapat makan lauk masakan kampung. Menu-menu wajib berbuka puasa seperti roti john, bubur lambuk, bubur durian, ayam golek. Tak sabar nak tunggu bulan Ramadan nanti. Dalam bulan Ramadan pasti ada hari gantung periuk kan? Maka, jomlah ke Saloma Bistro. Kita makan juadah berbuka Selera Warisan.

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

Nikmati pelbagai juadah istimewa yang disediakan oleh Chef Dzulkarnain Salleh, Chef Azizah Abdul Malik, Chef Zamshah Haji Ismail untuk hidangan bufet makan malam berbuka puasa dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017. Antara masakan istimewa klasik seperti bubur lambuk, kari kepala ikan dengan roti benggali, ayam masak lemak, ikan patin masak tempoyak, siput sedut masak lemak, ketam goreng berlada, daging masak hitam, pajeri terung dan rendang tok. Lauk-pauk ini antara hidangan yang menjadi kesukaan pengunjung.

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

Terdapat 3 menu bufet yang akan bertukar setiap hari. Selain dari masakan Melayu, setiap menu turut menampilkan kepelbagaian sajian seperti masakan Cina, India, Iran serta aneka sup. Terdapat lebih dari 60 jenis masakan disediakan dalam setiap menu.

Suasana meriah di perkarangan Restoran Saloma jelas kelihatan dengan adanya gerai-gerai pilihan yang menghidangkan roti john, ikan bakar, udang dan sotong bakar, laksa Johor dan kambing bakar. Gerai goreng-goreng menyajikan samosa, pisang goreng, ubi keledek secara “a la minute”.

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

Dibahagian manisan, jangan ketinggalan menikmati keenakan pengat durian Saloma yang dijamu bersama pulut. Selain itu, terdapat kuih-muih tradisi seperti kuih seri muka, kuih lapis, kuih talam keladi, kuih lopes, kuih gelang, aneka kek dan pastri serta pelbagai buah-buahan tempatan.

Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

Harga Buffet Ramadan 2017 : Saloma Bistro Selera Warisan

RM 110.00 bersih seorang. Buffet Ramadan Saloma Bistro Selera Warisan bermula jam 7 malam hingga 10.30 malam. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 21610122 atau +60176126121 (Farid)

Surau disediakan di bangunan MaTiC dan tapak parking kereta di Lanai juga turut disediakan. Tidak perlu bimbang memikirkan parking dan surau. Berbuka puasa bersama keluarga pada bulan Ramadan pasti memberi kenangan indah dan keceriaan. Selamat menjamu selera!

www.saloma.com.my

www.facebook.com/salomabistrotheatrerestaurant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge