Food & Recipe

Kafe Kek Dan Pastri Gula Petite IOI City Mall Putrajaya

Kafe Kek Dan Pastri di Gula Petite IOI City Mall Putrajaya. Assalammualaikum semua, beberapa hari lepas ruby berkesempatan ke sebuah kedai kek berkonsepkan kafe. Ada kek, pastri, minuman dan yang paling menarik adalah nama kafe ini adalah Gula Petite. Comel kan? Kafe Gula Petite adalah perniagaan usahawan muda iaitu Nor Arieni Adriena binti Mohd Ritzal.

Gula Petite IOI City Mall Putrajaya

Ruby sudah mencuba kek, pastri di Gula Petite dan ingin memberi ulasan tentang kafe ini. Konsep dan kepelbagaian menu dari kafe ini sangat bagus. Persembahan dalam penyediaan makanan dan minuman juga lain dari yang lain. Ruby perhatikan konsep warna warni dan comel diterapkan. Macam rasa di alam kanak-kanak. Menggamit memori. Sebab masa kita kecil, semuanya mudah dan kita nikmati kehidupan dengan penuh warna warni. Sesuai untuk seisi keluarga dan untuk dating berdua dengan suami pun bagus.

Lokasi kafe ini berdekatan Ice Rink IOI City Mall Putrajaya. Sangat mudah untuk dicari. Boleh lah makan minum di Gula Petite sambil menunggu anak-anak main ice skating kan.

Gula Petite IOI City Mall PutrajayaGula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya

Paling bagus di kafe Gula Petite adalah kemanisan gula itu tidak keterlaluan. Ruby memang suka makan kek dan pastri. Tetapi dengan gula yang minimal. Ruby boleh rasa isi kandungan setiap hidangan itu diberi lebih pada chocolate, vanilla dan buah-buahan. Harga juga tidak keterlaluan jika dibandingkan dengan kafe kek seperti ini yang jauh lebih mahal. Tahniah kepada Arieni. Semoga terus sukses!

Selepas 1 tahun 6 bulan kafe Gula Cakery beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Kini perniagaan itu dikembangkan dengan pembukaan kafe kedua yang diberi nama Gula Petite.

Perkembangan Gula Petite & Gula Cakery

Secara rasminya dibuka pada 30 April 2017 di pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya. Acara pembukaan Gula Petite dirasmikan oleh Dato’ Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.

Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya

Menurut Ariene, “Menu kek di Gula Petite adalah sama dengan di Gula Cakery, tetapi di Gula Cakery juga menyediakan menu masakan panasa seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa. Kiranya Gula Petite adalah kafe mini Gula Cakery. Di kedua-dua kafe Gula Cakery dan Gula Petite menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari. Agar memberi pilihan kepada pelanggan untuk menukar kek setiap minggu”.

Antara kek yang menjadi pilihan utama pembeli adalah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries.

Buku Nota & Resipi

Pada hari yang sama, buku nota resipi turut dilancarkan. Buku resipi ini mengandungi lebih daripada 300 muka surat, gambar makanan dan kuih-muih, dan bahagian yang paling besar adalah beberapa resipi menu “signature” kafe. Buku ini tampil dengan 5 warna menarik. Setiap pembelian terawal di Gula Petite IOI City Mall Putrajaya akan menerima harga promosi RM 75 dan menerima baucar diskaun untuk pembelian kek. Harga asal adalah RM 85.

Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya Gula Petite IOI City Mall Putrajaya

Gula Petite
1st floor (Ice Rink Area), IOI City Mall Putrajaya.
Opening Hours Daily 10.00AM – 10.00PM

Gula Cakery
11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Opening Hours 12:00PM – 08:00PM
Tuesday – Sunday (closed on Monday)
E-mail. hello@gulacakery.com

www.facebook.com/gulacakerymy

www.instagram.com/gulacakery

www.gulacakery.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge