Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara. Assalammualaikum semua, ruby ada terbaca Indeks Perhubungan Prudential (PRI) dan tiba-tiba ruby rasa sedih sangat. Tidak sangka dalam kesibukan kerja, ruby jarang sangat berhubung dengan mak ruby. Walaupun teknologi semakin canggih, aplikasi whatsapp sentiasa ada di dalam telefon dan ia percuma tanpa perlu bayar apa-apa. Ruby masih berat sangat jari nak taip mesej “asssalammualaikum mak, buat apa tu? mak sihat? dah makan? hari ni masak apa?”.

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Ada ketika, mak yang bertanya khabar. Tapi ruby balas mesej waktu tengah malam. Ruby ingatkan mak dah tidur, tiba-tiba mesej ruby dibalas “okay along, jaga diri elok-elok. cucu mak Adam dan Alif jaga elok-elok, bagi makan nasi. jangan asyik bagi jajan tau”. Kasih seorang ibu, tetap tunggu anak balas mesej. Entah-entah, kita je yang ada dalam hidup mak. Tapi kita selalu fikir, alaaa adik beradik lain ada. Mak ada kawan-kawan travel dia. Along takda mesej hari-hari pun takpa. Rasa bersalah pula sebab emak je ruby ada. Abah dah meninggal dunia. Insaf.

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Kemudian hubungan dengan saudara-mara juga makin berjauhan. Memang mereka jauh, tapi bertambah jauh walaupun ada Group Whatsapp. Masing-masing sibuk. Malah admin group whatsapp je yang aktif. Kadang-kadang bersembang tentang kenangan masa kecil, tiba-tiba ada situasi serius sebab teringat salah silap yang lama. Dah bergaduh pula. Nak menjaga hubungan baik di antara saudara-mara memang susah. Mereka semua ada pertalian darah dengan kita, tapi sikap mereka sukar dijangka. Ruby ada tips ingin kongsikan “bagaimana ingin kekal hubungan baik dengan saudara-mara”.

  1. Jangan sesekali mencampuri urusan orang dewasa. Sama ada mereka bergaduh, bermasam muka atau berhutang. Jangan kita sekali sibuk. Biar mereka selesaikan sendiri. Mereka lebih dewasa dari kita.
  2. Sering lakukan kebaikan dan amalkan kehidupan yang baik. Kerana kita juga adalah idola dan contoh untuk saudara-mara lain.
  3. Bertanya khabar dan senyum walaupun hanya menggunakan telefon pintar.
  4. Sentiasa berhubung dan bukan hanya baik ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri sahaja.
  5. Family gathering. Ini adalah masa yang sesuai untuk merapatkan siratulrahim.
  6. Jangan sembang berlebih-lebih, risau terguris perasaan. Jangan cakap banyak nanti hubungan berkualiti dengan Ibu Bapa dan Saudara-Mara tercalar

Ini pengalaman ruby, sebab ruby selalu perhatikan. Ada yang mudah terasa hati tanpa kita sedar. Jadi, lakukan kebaikan. Lagi pula kita bukannya selalu jumpa mereka. Jika mereka seperti menjauh, ruby akan terapkan dalam hati kenangan terindah masa membesar dengan saudar-mara. Kenangan balik kampung beraya, makan makanan enak dan main bunga api. Ruby akan labelkan saudara-mara untuk bagi keseronokan perhubungan. Ini kerana, hubungan di antara saudara-mara bukan hanya dengan kita je. Tetapi akan diteruskan dengan generasi akan datang iaitu anak-anak ruby. Kesian jika mereka tidak kenal saudara-mara. Sebab emak ruby ada 9 orang adik beradik. Sepupu ruby ada 43 orang. Belum kira lagi anak saudara. Ramai!

Indeks Perhubungan Prudential Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Indeks Perhubungan Prudential Dengan Ibu Bapa

Prudential telah melancarkan Indeks Perhubungan Prudential (PRI) 2016 untuk memahami keadaan perhubungan peribadi di Malaysia dan di seluruh Asia. Ini termasuk perhubungan dengan pasangan, anak-anak, ibu bapa, rakan dan saudara-mara. Skor 100 pada PRI bermaksud perhubungan utama seseorang menyampaikan 100% daripada perkara yang mereka mahukan daripada perhubungan itu.

Malaysia menduduki tempat ke-5 daripada 10 negara di Asia dalam Indeks Perhubungan Prudential 2016 dengan skor sebanyak 71/100.

Statistik Anak-Anak Masih Menetap Bersama Ibu Bapa :

  • 85% daripada orang dewasa Malaysia dalam tinjauan yang berumur 25 hingga 55 tahun mempunyai ibu bapa yang masih hidup.
  • Daripada angka ini, lebih daripada satu dalam tiga (36%) tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mereka.
  • Ramai yang tinggal berjauhan, dengan satu dalam tiga (33%) tinggal lebih sejam masa perjalanan dari ibu bapa mereka.
  • Ramai rakyat Malaysia berpindah daripada rumah ibu bapa mereka setelah mereka berkahwin.
  • Hanya satu dalam lima (20%) rakyat Malaysia yang telah berkahwin tinggal dengan ibu bapa mereka sendiri atau dengan ibu bapa mertua mereka.

Statistik Keinginan Anak-Anak daripada Ibu Bapa :

  • Skor purata bagi perhubungan rakyat Malaysia dewasa dengan ibu bapa mereka adalah 48/100, tinggi sedikit daripada skor purata untuk rantau ini (47/100).
  • Perhubungan yang Ideal dengan Ibu Bapa Kebanyakan rakyat Malaysia mahu ibu bapa mereka menyediakan sokongan dan keselesaan kepada mereka.
  • 76% mengatakan bahawa adalah penting untuk ibu bapa mereka membela mereka.
  • 71% mengatakan bahawa ibu bapa mereka akan membantu mereka semasa dalam keadaan kecemasan.
  • 68% mengatakan ibu bapa mereka prihatin terhadap kesejahteraan mereka.
  • 66% mengatakan ibu bapa mereka membantu menjaga anak mereka.
  • Orang Cina Malaysia terutamanya menghargai kebebasan daripada ibu bapa mereka – 61% daripada mereka berpendapat adalah penting untuk ibu bapa mereka menyesuaikan diri dengan gaya hidup mereka demi perhubungan yang baik.
  • 58% mahu ibu bapa mereka menyediakan keselesaan kepada mereka semasa mereka bersedih.
  • 54% hanya mahu berasa selesa bersama-sama mereka dalam senyap.
  • Separuh (50%) daripada orang Cina Malaysia berasa ibu bapa mereka masih melayani mereka seperti kanak-kanak.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia cenderung untuk memikirkan bahawa ibu bapa akan menyediakan sokongan kewangan, kesejahteraan dan praktikal.

Statistik Interaksi Anak-Anak kepada Ibu Bapa : 

  • 59% berasa adalah penting bahawa ibu bapa mereka kerap berinteraksi dengan mereka.
  • Lebih daripada separuh (54%) menghabiskan sekurang-kurangnya satu jam bercakap dengan ibu bapa mereka setiap minggu, termasuk 21% yang melakukannya setiap hari.
  • Hanya 15% mengatakan mereka bertengkar dengan ibu bapa mereka setiap minggu.
  • 66% mengatakan mereka bertengkar kurang daripada sekali sebulan.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia menghargai semua perkara yang ibu bapa mereka telah lakukan untuk mereka. 87% mengatakan mereka menghormati ibu bapa mereka dan lebih daripada separuh (58%) mengatakan bahawa ibu bapa mereka telah bekerja terlalu kuat untuk mereka.

Indeks Perhubungan Prudential Dengan Saudara-Mara

85% daripada rakyat dewasa Malaysia dalam tinjauan ini mempunyai adik beradik lelaki atau perempuan. Hampir satu pertiga (31%) mempunyai datuk dan nenek yang masih hidup. 77% mempunyai ibu atau bapa saudara dan 77% mempunyai sepupu. 9% daripada rakyat Malaysia yang berumur lebih 40 tahun mempunyai cucu mereka sendiri.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia mempunyai perhubungan yang agak baik dengan keluarga besar mereka. Skor purata perhubungan rakyat Malaysia dengan saudara-mara mereka ialah 39/100, tinggi sedikit daripada purata rantau (35/100).

Rakyat Malaysia berkemungkinan untuk mencari perkara yang sama daripada saudara-mara mereka seperti mana yang dicari daripada ibu bapa mereka. 70% berpendapat adalah penting untuk saudara-mara membela mereka. Mereka juga menghargai interaksi, dengan 56% mengatakan mereka mahu interaksi yang kerap dengan saudara-mara mereka dan 52% mahu saudara-mara mereka menikmati aktiviti yang dilakukan bersama-sama.

Kuiz Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara di Facebook

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Kuiz di antara ruby dan emak ruby. Keputusannya kami Teman Baik. Bila dapat keputusan ini, teringat saudara-mara cakap yang ruby ni macam kawan dengan mak. Muka seiras. Bila membesar ketika remaja dan masuk universiti, lagi la jelas macam kawan-kawan. Fesyen ruby dengan emak pun lebih kurang. Bergaya dan kemas. Kemudian kami berdua suka memasak. Hehehe. Ah rindu mak.

Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Apabila menjawab kuiz tentang saudara-mara. Ruby memilih pakcik saudara ruby. Ruby memang memandang saudara mara adalah cara untuk mendapatkan sumber inspirasi. Sebab ruby tiada bapa, jadi pakcik saudara dan ibu saudara ruby memang sentiasa ada untuk ruby. Malah ruby sentiasa memikirkan sesuatu perkara sebelum bertindak agar tidak tercalar nama baik keluarga, maruah kami dan nama baik mak. Setiap setandan pisang pasti ada yang tidak elok, begitu juga dengan sikap ruby. Pasti ada yang annoying. Hahaha. Jadi, kena lah jaga. Rapat dengan saudara-mara juga salah satu cara megetahui susur galur dan menjaga hubungan itu.

Nak cuba jawab kuiz hubungan berkualiti dengan Ibu Bapa dan Saudara-Mara? klik www.prudentialrelationshipindex.com/my/ms/quiz

Jadi bagaimana ingin menjaga Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara?

Hubungilah mereka, berkunjunglah ke rumah mereka, whatsapp mereka. Hanya mereka yang tahu tentang kita lebih dari orang lain. Malah mereka juga yang akan menjaga keturunan dan generasi akan datang iaitu anak-anak dan cucu kita.

www.prudentialrelationshipindex.com

www.facebook.com/Prudential

3 comments on “Hubungan Berkualiti Dengan Ibu Bapa Dan Saudara-Mara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge