Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku

Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku. Assalammualaikum semua, hari ini ruby berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua satu kempen baru. Ia adalah usaha yang sangat murni. Ini kerana Kempen Jom Derma Buku bukanlah seperti yang kebiasaan kita lihat, iaitu menderma buku-buku lama. Tetapi Jom Derma Buku telah menerima 5 penaja yang akan menderma buku-buku baru.

Buku-buku ini akan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih. Pemilihan rumah anak-anak yatim akan di teliti dari segi keperluan buku apa yang mereka inginkan. Seperti kita semua maklum, rumah anak-anak yatim terdapat pelbagai peringkat usia. Jadi, pihak Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) akan melakukan proses lawatan, bancian, keperluan dan penghantaran. Kempen ini mensasarkan kepada 222 kawasan parlimen yang memiliki rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia.

Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku

Kempen Jom Derma Buku pada awalnya ingin usaha ini dari semua rakyat Malaysia. Mereka akan wujudkan hub pengumpulan buku dan melakukan pengasingan setiap buku. Kita sedia maklum bahawa keperluan buku untuk anak-anak yatim adalah berbeza. Mungkin mereka tiada langsung perpustakaan, kabinet atau buku keperluan mengikut usia. Jadi, ruby juga teringin menderma buku. Tapi, buku ruby semua silibus tahun 2000/2004. Bahasa Melayu pula tu. Sebab sekarang pelajar belajar menggunakan Bahasa Inggeris kan. Oleh kerana itu, ruby ada bertanyakan bagaimana proses ini akan dilakukan.

Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku

Buat permulaan Kempen Jom Derma Buku, pihak KSP telah menerima 5 penaja. 5 penaja ini adalah Sasbadi Holdings Berhad, Kumpulan Media Karangkraf, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),  Sarjana Media Sdn Bhd dan Mahkota Enterprise.

Jadi, pendermaan buku menjadi lebih meriah dengan penajaan dari syarikat buku terkenal. Malah anak-anak yatim ini akan menerima buku-buku baru. Ahh seronoknya dapat buku baru kan? Diharap pemberian ini di jaga sebaiknya agar boleh dikongsi bersama oleh semua anak-anak yatim. Semoga manfaat membaca buku akan membuat mereka lebih bersemangat untuk berjaya. Membaca buku adalah jambatan ilmu. Dari buku, ruby tahu macam-macam perkara. Jadi, manfaatkanlah.

Antara lima buah rumah anak yatim yang menerima sumbangan awal buku ialah Rumah Kebajikan Nur Hati, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rumah Kasih Nur Hasanah, Pusat Jagaan As-Samad dan Persatuan Darulhayah Selangor dan Kuala Lumpur.

Mengenai Kelab Sahabat Persaudaraan

Kelab Sahabat Persaudaraan terbentuk dari hasil gabungan sukarelawan profesional dan berpengalaman untuk bersama menyuntik idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program kemasyarakatan yang berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan.

Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku

Slogan “Kesyukuran Teras Kesepakatan” adalah slogan Kelab Sahabat Persaudaraan.

Ruby ada bertanyakan tentang bagaimana Kelab Sahabat Persaudaran selaku Non-Governmental Organization (NGO) beroperasi. Apakah aktiviti yang mereka lakukan dan objektif kelab tersebut. Ruby difahamkan di dalam kelab ini terdapat golongan profesional yang dapat membantu mengetengahkan apa sahaja idea anda. Anda usulkan idea anda dan mereka akan lakukan mesyuarat tertutup. Apabila sudah mendapat undian tertutup dan idea anda diterima, maka idea anda akan diusulkan kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Kita semua sedia maklum prosedur untuk mendapat pengesahan dari Perdana Menteri bukannya senang. Tambahan lagi jika anda hanya mempunyai idea bernas tetapi tiada bantuan dari mana-mana pihak. Jadi, dengan bantuan Kelab Sahabat Persaudaraan, banyak kelebihan disediakan. Dana untuk idea projek turut disediakan. Kemudian jika anda ingin kolabrasi dengan Kelab Sahabat Persaudaraan juga di alu-alukan.

Kolabrasi dari Non-Governmental Organization (NGO) lain juga turut di alu-alukan, agar usaha murni ini diteruskan.

Hubungi Biro Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP)

Biro Media Komunikasi

+6019-366-0168

1 comment on “Kelab Sahabat Persaudaraan Anjur Kempen Jom Derma Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge