Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat. Assalammualaikum semua, ruby ingin kongsikan berita gembira buat anda yang suka memasak. Pelbagai program telah disediakan oleh Pensonic Malaysia. Malah ia telah menjadi trending. Jika Ramadan hampir tiba, pasti Chef Mail kembali dengan rancangan memasak bersama selebriti dan pemenang. Kemudian lepas menonton siaran tersebut, anda yang menonton berpeluang masuk peraduan dan memenangi produk Chef’s Like Pensonic. Best kan? Kalau dah beli produk Chef’s Like boleh join kembara memasak bersama Chef Mail. Wahhh siap ada hadiah RM 400 lagi tu. Untung untung!

Kini sudah sampai ke tahun keempat bagi Pensonic menganjurkan Kempen Chef’s Like dan kami sungguh seronok kerana dapat kembali untuk memberi lebih banyak ganjaran, aktiviti dan keseronokkan untuk semua pengguna produk kami. Kempen Chef’s Like selama tiga tahun ini yang lepas merupakan tahun-tahun yang penuh dengan kenangan manis bagi kami. Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi peraduan dan aktiviti telah diadakan untuk para pengguna.

Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Pensonic telah menganjurkan acara memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan secara langsung. Semua keperluan untuk para peserta bagi acara memasak bersama-sama DCH Ismail disediakan oleh Pensonic, termasuk bahan-bahan mentah, peralatan memasak dan apron. Para peserta sangat bertuah kerana mereka telah berpeluang belajar, diselia dan beramah mesra dengan Chef terkenal DCH Ismail, yang telah mewakili Malaysia dalam banyak acara pelancongan. Para peserta juga membawa pulang masakan yang telah mereka masak sendiri untuk dikongsi bersama keluarga, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!

Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat (2017) Pensonic yang akan diadakan daripada bulan April hingga Julai 2017 menonjolkan konsep yang berbeza sedikit kerana kempen ini memberi ganjaran kepada para pengguna yang telah menyokong peniaga-peniaga sehingga kini. Jika anda tidak berpeluang menyertai acara memasak bersama-sama Pensonic tahun lalu, kini peluang anda untuk bertemu dengan Duta Pelancongan Masakan Asli Melayu Malaysia dan Rakan Pensonic Dato’ Chef Haji Ismail, akan mengadakan kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih. Kami akan mengadakan banyak peraduan-peraduan di mana pemenang dapat membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Periuk Serbaguna Pensonic, oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.

Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):

  • Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  • CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  • Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  • HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  • AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  • Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  • Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  • senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).

Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017

Semasa kempen Chef’s Like, sudah menjadi kebiasaan untuk kami memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna dengan memberi peluang kepada pengguna-pengguna menjadi ‘bintang’ dalam rancangan memasak “Chef Mail Masak Bersama Pensonic”. Disamping pengguna-pengguna berpeluang menampilkan bakat memasak di televisyen, mereka juga dapat memasak bersama selebriti tanahair dan DCH Ismail. Pengguna-pengguna yang menjadi ‘bintang’ dalam rancangan ini merupakan pemenang dalam peraduan “We Want You To Be On TV” Facebook Pensonic. Peserta rancangan ini hendaklah menghantar resepi mereka beserta gambar dan langkah-langkah masakan. Tujuh pemenang telah dipilih untuk menjadi ‘bintang’ dalam rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”.

Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod akan kembali dengan lebih banyak aksi hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti ‘hot’ yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Bukan sahaja setiap episod rancangan ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini.

Rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” Pensonic sungguh popular dan kami berjaya mendapat bilangan penonton yang tinggi. Episod dengan penonton tertinggi mencecah lebih dari 780,000 orang penonton. Jumlah keseluruhan yang telah menonton rancangan ini pada tahun lalu ialah 4.7 juta penonton. Oleh kerana maklumbalas yang menggalakkan daripada penonton rancangan ini sejak dua musim yang lalu, kami telah meneruskan rancangan ini untuk musim ketiga pada tahun ini.

Tahun lepas, setiap pemenang telah berpeluang untuk memasak dengan DCH Ismail dan selebriti tempatan di rumah pemenang. Bagi tahun ini, kami melakukan sesuatu yang berbeza. Rancangan ini yang melibatkan 12 selebriti tanahair bersama DCH Ismail telah dirakamkan di 8 lokasi menarik yang menampilkan 7 restoran dengan masakan yang berbeza. Setiap restoran ini mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India. Chef profesional di restoran masing-masing telah menyediakan hidangan yang lazat manakala 7 pemenang tersebut juga turut menyediakan hidangan yang menyelerakan dalam rancangan ini.

Tonton & Menang Rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017

Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan.

Penonton di rumah yang menonton rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” di halaman Facebook Pensonic. Kami berharap rancangan ini menyemarakkan lagi semangat penonton supaya mereka memasak di rumah. Rancangan ini akan membantu penonton dengan memberi panduan kepada penonton mengenai cara-cara menyediakan hidangan yang sihat dan lazat dengan cepat dan mudah.

Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Produk Chef’s Like Pensonic

Peralatan gaya hidup dapur Chef’s Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi dan kreativiti untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan hasil masakan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Peralatan dalam siri Chef’s Like termasuk Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000, Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002, Pengisar (Blender) PB-801, Pencampur (Mixer) PM-214, Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G, Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000, Pengukus (Steamer) PSM-1603, Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N, Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N, Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910, Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003 dan ‘Air Fryer’ (PDF-2201).

Nikmati makanan yang sungguh lazat dan detik-detik indah bersama orang-orang yang tersayang dengan peralatan gaya hidup Chef’s Like Pensonic di rumah anda! Jadi, dengan sorotan program yang telah disediakan oleh Pensonic. Tiada alasan lagi untuk tidak memasak. Anda juga berpeluang memenangi hadiah walau hanya menonton dari televisyen. Best kan? Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat, Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 dan Peraduan Tonton & Menang. Bulan Ramadan ni jom masak berbuka puasa dengan Pensonic!

Ikuti facebook Pensonic Malaysia untuk kemaskini terkini tentang peraduan dan jadual Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat bersama Chef Mail.

www.pensonic.com

www.facebook.com/pensonicmalaysia

3 comments on “Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge