Program Panggung Seni Tradisional 2017

      No Comments on Program Panggung Seni Tradisional 2017

Panggung Seni Tradisional 2017. Program Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik. Ia dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 hinggalah kini. Sebagai perkongsian, program Panggung Seni Tradisional ini merupakan sebuah program penjenamaan semula daripada program Siri Teater Tradisional Malaysia yang dilaksanakan selama 4 tahun bermula pada tahun 2009 hingga 2012.

Pada ketika itu, tumpuan pelaksanaan lebih kepada bidang teater dan sebanyak 18 pengisian telah dilaksanakan sepanjang tempoh itu. Antara pengisian persembahan ialah Teater Tradisional Makyong, Randai, Jikey, Opera Cina, Teater Klasik India, Wayang Kulit dan Ulik Mayang.

Panggung Seni Tradisional 2017

Bermula tahun 2013, program ini telah diberi nafas baharu, jenama baharu dan skop pelaksanaan bidang yang merangkumi tari dan muzik selain teater. Sejak tahun 2013 hingga 2016, program ini telah mementaskan 25 kesenian tradisional yang merangkumi 3 genre iaitu Tari, Muzik dan Teater. Melibatkan 50 kumpulan kesenian dan 1016 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian dan Badan-badan Bukan Kerajaan (BKK). Beberapa kumpulan seni persembahan di bawah Program Perantisan telah diberi peluang untuk turut membuat persembahan seperti Kumpulan Makyong Kijang Mas (Makyong), Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah, AKRAB Kedah (Mek Mulung), Kumpulan Menora Sri Timur (Menora), Persatuan Seni Tradisional Setia, Jaya, Kampung Nesam, Perlis (Jikey) dan Kumpulan Boria Angkatan Budayasari, Pulau Pinang (Boria).

Panggung Seni Tradisional 2017

Kini, Panggung Seni Tradisional 2017 kembali menemui warga kota Kuala Lumpur, Program kali ini akan menampilkan beberapa kumpulan seperti Kumpulan The Sound of Tai Hei, Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA), Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB Kedah), Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pre-Zapin), Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara kesenian tradisional yang akan diangkat pada tahun 2017 adalah :

  • Tajuk : Wedding Nite – The Gathering and Fairy Tales in The Heaven
  • Tarikh : 28 & 29 Julai 2017
  • Persembahan : Opera Cina (Kantonis)
  • Kumpulan : The Sound of Tai Hei
  • Pengarah : Encik Jeff Chua Chin Hok

 

  • Tajuk : Devdas
  • Tarikh : 25 & 26 Ogos 2017
  • Persembahan : Dramatari Klasik India
  • Kumpulan : Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA)
  • Pengarah : Encik Ravi Shanker Rama Murthy

 

  • Tajuk : Naga Berapi
  • Tarikh : 27 & 28 Oktober 2017
  • Persembahan : Teater Tradisional Jikey
  • Kumpulan : AKRAB Kedah
  • Pengarah : Encik Saipol Bahari Mohd Iman

 

  • Tajuk : Koleksi Tari Serumpun
  • Tarikh : 17 & 18 November 2017
  • Persembahan : Koleksi Tari Serumpun
  • Kumpulan : KK JKKN, Pre-Zapin, ASWARA, UPSI

Panggung Seni Tradisional 2017

Untuk menonton persembahan Panggung Seni Tradisional 2017, anda boleh dapatkan tiket-tiket dengan membuat tempahan sekarang!

Lokasi : Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 Malam
Harga Tiket : RM 20 / RM50

RM20 (50% diskaun untuk Tiket Biasa/Regular bagi Pelajar, Warga Emas dan OKU)

RM50 (VIP/Premier – akan menerima goodies oleh pihak penganjur)

Tempahan Tiket : 03 – 2614 8200

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

www.facebook.com/PanggungSeniTradisional2017

www.facebook.com/MaTiCmy

www.facebook.com/mysenibudaya

www.instagram.com/mysenibudaya

www.jkkn.gov.my/ms

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge