Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017

      No Comments on Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017. Teater bangsawan merupakan seni pementasan atau teater lama di Malaysia. Di zaman kegemilangannya, pementasan bangsawan sangat terkenal di kalangan masyarakat ketika itu dan berjaya melahirkan ramai pelakon-pelakon filem yang hebat dan terkenal di layar perak. Bangsawan merupakan satu bentuk teater Melayu yang menggabungkan unsur teater tradisional dan moden kerana telah dipengaruhi oleh wayang Parsi atau mendu yang dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1870 oleh pedagang India.

Menariknya maksud Teater Tradisional Melayu petikan dari Mohamed Ghouse Nasuruddin; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2003. Kebiasaannya ruby menonton teater jika ada pelakon yang ruby gemari akan membuat persembahan. Seperti Vanidah Imran, Umie Aida dan beberapa pelakon lain. Teater ketika zaman ruby membesar tidak dikenali. Masa zaman itu, kami sarat dengan lambakan filem di panggung wayang. Maka tidak berkesempatan menyelami teater terlebih dahulu. Sedangkan dari teater lah yang melahirkan pelakon filem.

Jika anda ingin mengetahui apa itu teater dan bagaimana pementasannya. Jom tonton pementasan teater Semarak Bangsawan 2017. Hanya 5 teater yang akan dipentaskan. Pilih dan simpan dalam jadual anda. Kemudian jangan lupa hubungi untuk dapatkan tiket!

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017

Sesebuah pementasan bangsawan yang baik terdiri dalam strukturnya yang membezakan ia dengan teater-teater lain. Antara struktur sesebuah pementasan bangsawan adalah berkisarkan kisah-kisah istana, dipersembahkan melalui babak ke babak, mempunyai latar pentas yang membezakan latar tempat bagi setiap babak, penggunaan slide wing atau sebeng bagi mengimbangi tirai babak, pemasangan mahkota alam, menggunakan muzik secara langsung, unsur tasmat atau kekaguman, persembahan extra turn yang merupakan persembahan selingan untuk pertukaran set dan ia juga adalah sebagai hiburan bagi meredakan perasaan penonton. Watak taukeh panggung sebagai pembuka persembahan, bernasib dan lain-lain.

Pementasan bangsawan yang suatu ketika dahulu sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia sebelum kedatangan televisyen hitam putih kini kembali mewarnai dunia seni budaya tanah air. Tahun 2007 merupakan titik tolak buat pemain, peminat dan para budayawan bangsawan apabila Program Semarak Bangsawan diwujudkan kembali. Bertujuan untuk memelihara, memulihara dan membangunkan kembali seni bangsawan pada kedudukannya yang wajar program ini dipelopori oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama erat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Siri Semarak Bangsawan 2017

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017
TAJUK: Cincin Naga Api
TARIKH: 12, 13 & 14 Mei 2017
KUMPULAN: Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor
PENGARAH: Khusiary Mahyuddin & Roydy Rokidy

SINOPSIS:
Sekumpulan manusia dari pelbagai puak di Middle Earth cuba untuk memusnahkan sebentuk cincin yang mempunyai kuasa jahat dari Sauron, yang bakal menakluki dunia. Dalam perjalanan mereka menuju ke Pergunungan Doom, pelbagai halangan dan dugaan yang mereka hadapi, terutamanya Frodo sebagai pembawa amanat cincin itu untuk dimusnahkan. Tanpa disangka, Raja Saruman yang disangka sebagai penyelamat mereka telah berpaling tadah dan tunduk pada kuasa jahat Sauron.

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017

TAJUK: Satria Menara Putih
TARIKH: 21, 22 & 23 Julai 2017
KUMPULAN: Perkumpulan Seni Singapura
PENGARAH: Ihsan Ali

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017
TAJUK: Dewa Kencana
TARIKH: 15, 16 & 17 September 2017
KUMPULAN: Pertubuhan Teater Hidayah
PENGARAH: Kamarul AR

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017
TAJUK: Zhou Si Anak Yatim
TARIKH: 13, 14 & 15 Oktober 2017
KUMPULAN: Opera Sri Bandaraya DBKL
PENGARAH: Lenny Erwan

Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017
TAJUK: Dendam Laksamana
TARIKH: 10, 11 & 12 November 2017
KUMPULAN: Persatuan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia
PENGARAH: Pat Ibrahim

TEMPAT: Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
MASA: 8.30 Malam
TIKET: RM10 / RM25 / RM50 (Premier)
TEMPAHAN TIKET: ?03 – 2614 8200? / 8262 / 8265

Keistimewaan Pementasan Teater Semarak Bangsawan 2017

Semarak Bangsawan 2017 mempunyai beberapa keistimewaan terutama dari sudut naskah yang pelbagai iaitu naskah terjemahan dari barat seperti Cincin Naga Api (The Lord of The Ring) dan naskah terjemahan dari negara China iaitu Zhou Si Anak Yatim (The Orphan of Zhao) yang bergabung dengan naskah tempatan seperti Dewa Kencana dan Dendam Laksamana.

Pada tahun ini juga buat pertama kalinya program Semarak Bangsawan turut disertai oleh kumpulan dari negara jiran Singapura iaitu Perkumpulan Seni Singapura dengan naskah Satria Menara Putih.

Menarik kan? Dapatkan tiket anda segera!

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

www.facebook.com/mysenibudaya

www.instagram.com/mysenibudaya

www.jkkn.gov.my/ms

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge