Perkembangan Adam Dan Alif : Menangis Berirama

Perkembangan Adam Dan Alif : Menangis Berirama. Assalammualaikum semua, ruby dah lama nak menulis tentang perkembangan anak-anak ni. Cuma sibuk sangat sampai masa pun dah berlalu dan Adam dah besar, Adik pun dah berjalan. Cepatnya masa! Sebelum ruby makin lupa dengan pengalaman berharga sebagai ibu. Ruby nak menulis disini. Agar suatu masa bila anak dah besar, boleh baca balik sambil tersengih-sengih atau menangis? Huwaaaa. my baby boy..

Perkembangan Adam Dan Alif : Menangis Berirama

Menangis berirama. Sejak akhir-akhir ini, Adam dan Alif ada tantrum yang bila ruby fikir balik. Macam tantrum sengaja bagi ruby dan suami stress. Mereka boleh main bersama, tiba-tiba bergaduh terjerit-jerit. Setakat ini tiada lagi adengan pukul-pukul atau baling barang. Jika terjadi begitu, ruby akan jadi singa la kan. Terkejut! Jadi, adengan jerit-jerit tu disudahi dengan menangis. Menangis yang tak ada air mata. Tapi, oleh kerana suara anak-anak ruby ni sejenis kuat dan volume tinggi. Jadi bergema satu rumah. Subhanallah gamat suasana bila ada anak-anak. Meriah. Pasti akan merindui saat ini.

Ruby dan suami gunakan pendekatan tidak masuk campur setelah 3 minggu keadaan ini berterusan. Elok bila kami tidak masuk campur, mereka gelak mengekek main bersama. Tengok video youtube kids sama-sama. Ehhh. Pandai eh anak-anak bagi ibu ayah suspen. Hehehe. Sekarang lepas balik dari Playschool, ada stail menangis terkini dari Adam dan Alif. Nangis ehhheeeeeheeeeehheeeeeee lama-lama tu. Annoying betul dengar. Bila ruby gunakan pendekatan buat tak tau. Baru dia kembali tengok tv. Hahaha.

Buat-buat tak tau atau tak nampak oleh ibu bapa kita adalah kami ada mata di setiap sudut. Hujung ekor mata pun boleh nampak tau. Itulah manisnya menjadi ibu bapa kan? Tanggunjawab paling besar adalah anak-anak. Disamping menjaga, Allah s.w.t bagi kita bahagia yang kita sendiri akan rasa tercuit hati tanpa disedari. Hargailah apa yang kita miliki dan InsyaAllah syurga menanti. Syurga itu mahal, pasti ada cabaran dan pengorbanan.

Terima kasih sudi membaca.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Perkembangan Adam Dan Alif : Menangis Berirama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.