Kitchen & Home Appliances

Ruby sebagai Chef Jemputan di Pelancaran Philips All In One Pressure Cooker

Ruby sebagai Chef Jemputan di Pelancaran Philips All In One Pressure Cooker. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin kongsikan berita gembira yang ruby bersyukur sehingga ke hari ini. Ruby diberi peluang untuk menjadi Chef Jemputan pada hari pelancaran Philips All In One Pressure Cooker khamis lalu di Yellow Apron, Petaling Jaya. Persediaan untuk menjadi chef jemputan sudah semestinya adalah komitmen. Boleh ke tidak untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat. Komitmen kepada Philips Malaysia, Ketua Chef dan Chef yang lain. Jadi semasa menerima berita ini, ruby fikir dua tiga kali juga. Sebab nak tengok jadual dan bahagikan masa.

Kerjaya sebagai penulis blog ni sangat unik, hari-hari kita bekerja. Menulis pun ambil masa 3 jam. Bahan penulisan perlu di kaji faktanya. Diselitkan dengan pengalaman hidup ruby. Kemudian baru publish. Selain itu jadual acara yang perlu ruby hadir dan dah RSVP juga perlu di ambil kira, nanti kelam kabut. Sebab ruby memandu, cari parking, isi minyak dan top up touch n go lagi. Semua urusan itu ketika on the road. Risau lewat hadir atau tiba-tiba cancel rsvp. Tak manis la kan? Sebab kita semua manusia, jadi penjagaan masa itu penting.

Ruby sebagai Chef Jemputan di Pelancaran Philips All In One Pressure Cooker

Selepas 3 hari baru ruby membalas jemputan Philips Malaysia dan menyatakan bahawa ruby ok untuk sertai. 1 bulan kami plan untuk semuanya berjalan lancar. Chef Marina beri senarai menu untuk kami masak. Kemudian kami pilih. Setelah itu Chef sediakan bahan untuk ruby cuba di rumah. Pada mulanya ruby dapat resepi Kuih Seri Muka, tapi macam tidak raya la pula kan. Kemudian resepi Kek Sarang Semut / Gula Hangus. Hahaha. Lepas tu terus ke Acar Buah. Masa kami brainstorming berkenaan resepi ruby ni, ada adegan lucu. Bila dengar Acar Buah, terus je angkat tangan nak masak acar buah ni. Resepi Ruby dan Chef Ichiro sering berubah-ubah. Akhir sekali Chef Ichiro masak dua menu, Kek Sarang Semut dan Dodol.

Philips All In One Pressure Cooker Philips All In One Pressure Cooker

Perjumpaan kami setiap minggu pada hari khamis. Masa ini lah kami jadi juri untuk rasa tekstur dan apa perlu ditambah. Malah fungsi periuk juga kami cuba ketika itu. Masa inilah nak bertanya apa patut kan? Supaya tidak kekok pada hari event itu sendiri. Perjumpaan pertama, berkenalan dengan semua yang terlibat. Dapat rasa Roti Naik dari Chef Ichiro, Mee Rebus Tulang Muar dari Chef Anna, Kurma Lamb Shank dari Chef Jo Vin dan Nasi Beriyani & Rendang Daging Chef Marina Mustafa. Ruby pula tidak bawa apa-apa ketika ini. Loyang kuih tak jumpa. Hahaha.

Perjumpaan seterusnya seminggu sebelum acara pelancaran di rumah Chef Marina Mustafa. Di sini Chef Ichiro masak Kek Gula Hangus dan Dodol. Wohohohooo. Hahaha. Selain itu Jeanette dan Michelle rehearsal interview dengan kami semua. Untuk sediakan personal intro dan apa yang kami ingin cakapkan. Agar tersusun bicara. Ewahh.

Philips All In One Pressure Cooker Philips All In One Pressure Cooker Philips All In One Pressure Cooker Philips All In One Pressure Cooker

Resepi Acar Buah Philips All In One Pressure Cooker

Penyedian Acar Buah ni mudah, cuma dia ada waktu perap dan waktu relax. Ruby beli buah jeruk campur-campur di pasaraya NSK dekat kedai makanan ringan tu. Lagi satu boleh beli di Chow Kit. Kedai makanan ringan ni pasti ada jual jeruk kering. Ruby beli 2kg RM 21.50. Resepi asal Chef Marina lebih kurang dengan cara ruby. Cuma jenis jeruk mungkin anda boleh ikut selera anda sendiri. Sebab ruby suka acar buah dari jeruk kering seperti buah prune, cherry hijau merah kuning, halia, mangga muda, betik dan salak.

Philips All In One Pressure Cooker

Bahan-Bahan :

  • 1kg jeruk kering
  • 1/4 cup cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 cup gula melaka
  • 1 tbsp biji sawi
  • 1 tbsp bijan
  • 1/2 cup minyak
  • 1/2 cup air panas
  • 10 biji bawang ros kecil
  • 10 biji bawang putih
  • Sedikit Kapur Sireh
  • 1/4 cup Cuka Makan

Cara-cara penyediaan bahan :

Goreng bijan tanpa minyak sehingga kekuningan garing. Jangan hangus pula! Perap 6 jam awal jeruk kering dengan cuka makan. Rendam Bawang Putih & Bawang Ros kecil di dalam air kapur sireh. Supaya tekstur bawang-bawang ini tidak lembik dan masih serasi dengan jeruk kering apabila sudah dimasak. Konsep jeruk kering ia akan meresap dan mula melembut. Jadi, ini adalah asasnya apabila menyediakan Acar Buah yang sedap dan tahan lama sampai 1 tahun. Tapi biasanya 1 bulan dah habis dah makan. Hahaha.

Philips All In One Pressure Cooker

Masak Acar Buah Menggunakan Philips All In One Pressure Cooker

  1. Setelah ON plug Philips All In One Pressure Cooker, tutup periuk, tekan “Sauté/Sear HIGH TEMP’ dan tekan ‘START’. Ini untuk memanaskan periuk terlebih dahulu.
  2. Kemudian buka penutup periuk, masukkan minyak masak. Di mod ini, anda akan diberi masa 2 minit secara automatik untuk menumis. Jika anda ingin menambah masa, boleh tekan “+”.
  3. Setelah minyak panas, masukkan biji sawi. Apabila biji sawi sudah mengeluarkan bau wangi, masukkan bawang ros kecil, bawang putih. Tumis seketika.
  4. Kemudian masukkan cili kisar.
  5. Masukkan gula melaka dan tumis sehingga garing sedikit.
  6. Kemudian apabila gula sudah cair, masukkan buah jeruk kering dan gaul rata.
  7. Tutup periuk dan putar tombol di penutup kepada “SEAL”.
  8. Press ‘STEW’ of then then press ‘START’. Mod stew akan secara automatik set kepada 1 jam.
  9. Setelah 1 jam, periuk ini akan secara automatik set kepada “Keep Warm”
  10. Kemudian anda boleh melepaskan angin dengan memutarkan tombol pada bahagian atas penutup ke arah lubang angin “VENT”
  11. Buka penutup dan anda boleh taburkan bijan yang telah digoreng kering tadi.

Siap! mudah kan?

Philips All In One Pressure Cooker

Philips All In One Pressure Cooker adalah periuk tekanan yang menggunakan fungsi stim. Oleh itu ia akan memasak dengan cara lebih cepat dan dalam masa yang sama memberi keenakan menyeluruh. Paling ruby suka apabila masakan tidak mudah kering dan hangit. Fungsi keep warm selepas menggunakan periuk amat membantu untuk memberi keenakan kepada seisi keluarga.

Penggunaan periuk tekanan amat membantu bagi anda yang ingin menyediakan hidangan enak dan berkhasiat. Jika dulu, penyediaan bahan-bahan masakan amat rumit. Sekarang ada pengisar, ada Philips All In One Pressure CookerTiada alasan untuk tidak memasak!

Philips All In One Pressure Cooker Philips All In One Pressure Cooker

Ruby suka memasak, selalu kalau masak mesti nak cepat. Api besar dan sering kacau-kacau tumisan. Lepas tu siap! Philips All In One Pressure Cooker adalah percubaan pertama ruby. Macam biasa, mesti skeptikal. Betul ke boleh masak ni? Kalau fungsi tekanan udara, mesti masak stim je boleh. Macam mana nak menumis? Leceh lahh. Bila dah cuba. Hahaha. Hari-hari ruby rajin masak. Masak gulai, masak pengat durian, masak sambal lala dan nasi beriyani ayam. Wuwuwuw menjadi semua menu ni. Tak sangka betul. Ruby praktis dulu, nanti bulan Ramadan takleh rasa beriya sangat. Jadi bila dah pandai sukat masam manis masin pedas semua, tutup penutup Philips All In One Pressure Cooker dan boleh buat kerja lain. Ruby plan Ramadan tahun ini ruby nak lebihkan amal ibadat dan makan makanan berkhasiat. Oh ya ruby juga nak berjimat. Berbuka puasa ala kadar. Lebih kan ibadat.

Philips All In One Pressure Cooker
Ruby akan merindui saat ini. Terima kasih di atas peluang yang diberikan.

Philips All In One Pressure Cooker

Philips All In One Pressure Cooker dijual pada harga RM 899. Dapatkan segera!

www.philips.com.my

www.facebook.com/Philips

www.instagram.com/philips_my

1 thought on “Ruby sebagai Chef Jemputan di Pelancaran Philips All In One Pressure Cooker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge