Sajian Sempoi Sahur Kimball

3

Sajian Sempoi Sahur Kimball. Assalammualaikum semua, selamat pagi! Sedang bersiap-sedia makanan untuk Sahur ke? Hehehe. Ruby tengah runsing fikir nak masak apa pagi ini. Sedar tidak sedar dah 4 Ramadan! Cepat je masa berlalu. Bagaimana Puasa anda? Pastinya seronok dan dipernuhi dengan amal ibadat yang bermanfaat untuk akhirat kelak. InsyaAllah.

Untuk isteri-isteri sekalian, bulan Ramadan ini kita dapat ganjaran pahala berganda dengan mentaati suami. Masak Sahur, masak lauk berbuka Puasa dan solat berjemaat bersama. Mudah kan? Jadi, Sahur pagi ini nak masak apa? Ruby fikir nak masak nasi dan lauk simple aje. Telur dadar dan Sambal Ikan Bilis. Suami suka sambal-sambal ni. Tapi bulan puasa begini, kalau makan untuk Sahur pedas-pedas, mesti cepat lapar. Sebab kita akan ke toilet lebih awal dari waktunya. Puasa dah le 14 jam kan. Jadi, ruby fikir elok masak makanan yang seimbang. Jom ikuti apakah yang boleh kita cuba di dalam Sajian Sempoi Sahur Kimball.

Sajian Sempoi Sahur Kimball

Ramadan ialah bulan yang suci buat umat Islam di mana semua penganutnya diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Ia juga merupakan tempoh paling sibuk buat ibu-ibu Melayu kerana mereka perlu mengimbangi tugas harian di rumah, pejabat dan menyediakan hidangan bersahur pada awal pagi untuk ahli keluarga tersayang.

Bagi ibu yang pertama kali menyediakan sahur untuk anak-anak kecil, timbul kebimbangan sama ada hidangan yang disediakan itu mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari dan sesuai untuk anak yang cerewet dan pilih makanan. Namun, perkara yang paling membimbangkan ialah adakah makanan itu dapat disediakan dan dinikmati sebelum waktu sahur berakhir.

Kimball, jenama produk kulinari rakyat Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, termasuk terpaksa bangun awal pagi semasa bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan sahur. Oleh itu, Kimball memberikan penyelesaian untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk menemani keluarga.

Pengalaman Ibu Menyediakan Sahur

Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang anak, Pn Nur Yusnizah Yushof, Ramadan ialah masa yang istimewa kerana beliau boleh menjadi contoh dari segi rohani kepada anak-anaknya. Namun begitu, beliau merasakan bahawa aspek pengurusan masa menjadi cabaran paling besar, terutama dalam penyediaan makanan untuk bersahur. Beliau biasanya memasak hidangan sahur di rumah kerana mahu hidangan tersebut sesuai untuk selera keluarga, di samping menawarkan nutrisi dan tenaga sewajarnya supaya mereka boleh berpuasa dengan sempurna.

Sajian Sempoi Sahur Kimball

“Anak perempuan saya berumur 14 dan 12 tahun, mereka sudah berpuasa sejak beberapa tahun lalu. Penyediaan hidangan sahur pertama untuk anak sulung saya agak sukar kerana saya mahu memberikannya makanan yang menyelerakan dan juga  membolehkannya bertahan sepanjang hari. Masa itu, saya tidak tidur kerana risau, malah saya membeli makanan tambahan di kedai kerana takut saya tidak sempat memasak makanan untuk bersahur. Insha’Allah, semuanya berjalan lancar. Sebab itu saya sentiasa mencari resepi yang mudah untuk sahur,” jelas Pn Nur Yusnizah.

Resepi Sajian Sempoi Sahur Kimball

Memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu sepanjang Ramadan terutama penyediaan hidangan sahur, Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk menghasilkan lima resepi sahur yang mudah dan lazat serta ia boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar RM15 sahaja.

Sebagai seorang ibu juga, Chef Rohani memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya. Jom tonton video Sajian Sempoi Sahur Kimball. Macam sedap je Roti Berinti Kimball tu. Mudah pula tu.

Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti. Roti Berinti Kimball yang menjadi kegemaran ramai, Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang sangat mudah, Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball yang sedap dan senang, hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball serta Bun Ayam BBQ Kimball yang bersaiz gigitan dan enak. Semua hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga untuk menjalani puasa dengan selesa. Sebagai contoh, ia menggunakan pasta Angel Hair Kimball berbanding mee kerana ia lebih sihat, berkhasiat dan mengenyangkan.

Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball

Sajian Sempoi Sahur Kimball

Roti Berinti Kimball

Sajian Sempoi Sahur Kimball

“Saya menghasilkan resepi-resepi ini agar ia mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya. Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur,” kata Chef Rohani.

“Saya pasti akan menggunakan resepi-resepi Kimball ini sepanjang Ramadan. Resepi Chef Rohani memang bagus kerana resepi yang ala ‘satu periuk’ ini dapat menjimatkan masa memasak dan mencuci. Keluarga saya sangat menggemari Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball dan Bun Ayam BBQ Kimball. Sos-sos Kimball yang digunakan juga memang menambah perisa dan memendek masa penyediaan makanan,” katanya.

Nasi Ayam Hainan Kimball

Sajian Sempoi Sahur Kimball

Bun Ayam BBQ Kimball Sajian Sempoi Sahur Kimball

Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, terutama ketika hendak menyediakan hidangan sahur sepanjang Ramadan. Maka, Kimball telah menghasilkan resepi-resepi yang mudah, berkhasiat dan lazat untuk memberikan ibu-ibu lebih banyak masa bersama dengan keluarga, dengan memendekkan masa yang diluangkan di dapur.

Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball

Sajian Sempoi Sahur Kimball

“Sebagai contoh, Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball boleh disediakan dengan pantas. Ia merupakan satu hidangan yang berkhasiat kerana mengandungi sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Apa yang lebih bagus lagi, semua hidangan sahur Kimball yang kami hasilkan boleh dinikmati oleh lima orang sekeluarga dengan kos cuma RM15 atau kurang,” kata Cik Tania.

Bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini serta maklumat mengenai produk-produk Kimball, selain panduan bagaimana mahu memaksimakan keenakan masakan menggunakan ramuan-ramuan ringkas yang boleh diperolehi di rumah dengan harga yang berpatutan. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai ‘Sajian Sempoi Sahur Kimball’ atau pelbagai resepi-resepi Kimball yang mudah, menjimatkan dan ringkas, sila lawati laman web mereka di

www.kimball.com.my

www.facebook.com/KimballMalaysia

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge