Simple Dimple Superman Limited Edition Diaper Bags

Simple Dimple Superman Limited Edition Diaper Bags. Assalammualaikum semua. Hari ni ruby nak kongsikan pengalaman membeli bag untuk mudah travel dengan anak-anak dan suami. Travel ni bukan setakat melancong ke luar negara, pergi tepi pantai, tempat sejuk, makan-makan, balik kampung dan semua yang seronok tu. Ia melibatkan pergi pasar, pergi bayar bil utiliti, pergi kerja, pergi mesyuarat dan ke mana aja! Ibarat kalau ruby keluar rumah, bag tu wajib dibawa. Haaaa. Betapa penting papa bag ni. Sebab ia memudahkan ruby dan suami.

Pengalaman bersama Simple Dimple

Tapi pada awal-awal masa Adam lahir dulu, ruby punya diaper bags yang pertama adalah bag non woven dari event tu. Hahaha. Ya Allah macam comot sangat tau. Semuanya dalam satu bag non woven. Huggies Dry Pants, Susu Adam, Botol Susu, Air Thermos, Toys, Wet Tissue, Snacks and ubat-ubat untuk standby.

Masa ruby bersalin, mana ada sesiapa nak hadiahkan diaper bags. Memang new mom lah. Mak ruby siap cakap bawa bakul je. Macam mak dulu. Semua ada dalam bakul dan letak dalam kereta. Habis tu kalau dekat tempat event ruby anak nangis macam mana? Kena pergi kat parking semata-mata untuk buat susu dan ambil pampers? Sekarang kemudahan dah ada. Kebanyakan mall ada baby room. Bila diingat balik, lagi susah ibu-ibu zaman dulu. Bawa bakul camtu. Kesian mak. Nasib baik dah ada idea papa bag masa ruby dah ada anak.

Simple Dimple Superman Limited Edition Diaper Bags

Simple Dimple Diaper Bags

Ruby shopping diaper bags masa duit takda. Masa tu bawa Adam dalam Boba Wrap lagi. Dia pramatang. So, duduk dalam boba tu membantu perkembangan dia dan mengatasi kesejukan. Sambil mencari-cari. Ruby nampak bag yang lain dari yang lain. Ada permukaan keras di luar. Bila buka zip, elok 45 darjah terbuka. Senang masukkan barang dan dia bag sandang. Jadi tak sakit bahu dan sangat selesa dengan pad yang disediakan.

Simple Dimple Superman Limited Edition Diaper Bags

Simple Dimple Papa Bag White Shield bernilai RM 90 sahaja. Ruby beli di AEON Jusco Mid Valley. Elok pula masa tu ada baby fair. Harga asal RM 199. Sebab apa beli model yang ni? Sebab besar! Simple-Dimple ada banyak papa bag tau. Ikut selera anda suka yang mana. Tapi ruby suka warna cerah putih grey ni. Nampak kemas dan suci gitu. Dari February 2014 ruby guna hinggalah sampai ke hari ini iaitu 24 Mei 2017. Haaa lama betul bag ni berjasa. Sampailah ia menunjukkan tanda-tanda kerosakan di bahagian zip. Wuwuwuwu. Nostalgia sangat!

Simple Dimple Superman Limited Edition

Pada tahun 2017 ni meriah pula dengan koleksi paling ruby tak sangka akan muncul! Koleksi papa bag dari Superman! Ya Allah suka sangat! Sebab ruby sekeluarga suka sangat tengok filem Superhero. Adam suka. Suami suka. Latest si Alif pun suka. Hehehe. Bila dah ada tanggungjawab, ruby KIV dulu niat untuk membeli bag Superman ni. Masuk contest Simpe-Dimple Facebook tak berjaya. Nak pergi Baby Expo tidak berkesempatan. Tapi tahun lepas ruby ada sertai peraduan DC Justice League. Ruby dapat hadiah saguhati dan tidak sangka dapat Simple-Dimple Superman Limited Edition warna merah! Ya Allah!!! Syukur sangat-sangat! Tak tahu pun dapat bag tu. Sebab ruby berhajat nak luggage Batman 24″. Harga asal bag ni RM 199. Sekarang banyak promosi sedang berlangsung. Dapatkan segera k!

Simple Dimple Superman Limited Edition Diaper Bags

Rezeki mana yang ingin kau dustakan? Semuanya percaturan yang maha esa. Syukur Alhamdulillah.

Jadi, perjalanan ruby bersama simple-dimple akan diteruskan dengan lebih ceria. Ada dua papa bag dan ruby tak sabar nak tunjukkan dekat Adam dan Alif bag baru mereka. Kalau anda nak join peraduan, boleh jenguk-jenguk facebook dan instagram link dibawah.

Terima kasih!

www.dccomics.com

www.facebook.com/JusticeLeague

www.facebook.com/mysimpledimple

www.instagram.com/simpledimple.neogeo

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.