Ruby's On The Scene

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains. Assalammualaikum semua, baru-baru ini ruby berkesempatan berkenalan dan mengenali satu jenama produk kecantikan. Dari bungkusan botol, pengiklanan, jenis produk dan siapa pengusahanya membuatkan ruby bangga dengan kejayaan jenama Sweedskin. Pada pendapat ruby, ia adalah produk yang bagus digunakan untuk seisi keluarga. Pelbagai jenis masalah kulit telah berjaya dirawat dengan rutin penggunaan yang berterusan. Usaha murni ini dari Pengasasnya, Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad yang menginginkan produk sesuai untuk semua permasalahan kulit dan dikaji sebaik mungkin dari pakar-pakar bertauliah.

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

SNA WELLNESS INTERNATIONAL SDN BHD ditubuhkan pada tahun 2014, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat ialah Encik Mohd Suharman Abdul Rahman. SNA WELLNESS INTERNATIONAL SDN BHD adalah sebuah syarikat subsidiari dibawah DSN GROUP SDN BHD. Berbekalkan modal RM 2 juta, produk Sweedskin berjaya dipasarkan setelah melalui pelbagai proses dan pensijilan. Produk ini mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

SNA WELLNESS INTERNATIONAL SDN BHD mencipta tujuh jenis produk penjagaan kulit berasaskan semulajadi yang dinamakan sebagai SWEEDSKIN dengan slogan dipanggil “Sciense Behind Beauty / Kesempurnaan Disebalik Sains” adalah merujuk kepada “from nature to lab / dari alam semula jadi untuk makmal”. Maka dari kuasa alam semula jadi untuk pasaran tempatan. Produk SWEEDSKIN bekerjasama dengan SOLABIA GROUP OF FRANCE dan MIBELLE GROUP BIOCHEMISTRY SWITZERLAND. Dengan kerjasama SOLABIA GROUP OF FRANCE kita berjaya membawa CELTONYL® (TARO LEAF CELL / Sel Daun Keladi) penggubalan dalam semua produk SWEEDSKIN yang pertama di dunia yang menggunakan CELTONYL® sementara itu dengan kerjasama MIBELLE GROUP BIOCHEMISTRY SWITZERLAND  dapat menghasilkan produk SWEEDSKIN menggunakan rumusan SNOW ALGAE POWDER.

Oleh itu, Estrak Daun Keladi dan Rumpai Laut adalah kunci kepada kecantikan dari Sweeskin. Produk ini untuk semua jenis kulit, natural dan minimum bahan kimia. Bau produk adalah bau natural daun-daun. Pakailah produk kurang bahan kimia, baca label, baca isi kandungan, maka lahirlah masyarakat berpengetahuan. Produk natural tidak semestinya organik kerana perlu tahan lama. Jika ingin kan produk organik dan tahan lama, bahan kimia untuk tahan lama diperlukan. Agak mustahil 100% organik dan natural. Betul tak?

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

1ST IN THE WORLD SKINCARE MENGGUNAKAN CELTONYL®

CELTONYL® ialah pengaktif pembaharuan sel, yang diperolehi daripada hidrolisis double enzim daun keladi (Colocasia esculenta), kaya dengan unsur-unsur berkhasiat. CELTONYL® mengaktifkan pengatur utama fungsi penting kulit, laluan mTOR itu, untuk memastikan pembaharuan, untuk mengukuhkan fungsi halangan dan untuk mengoptimumkan tahap penghidratan.

1ST IN SOUTH EAST ASIA MENGGUNAKAN SNOW ALGA POWDER

Snow Algae adalah berdasarkan ekstrak yang unik spesies alga extremophile. Spesies ini berjaya membangunkan strategi hidup yang membolehkan ia tumbuh di glasier dan dalam salji kekal. Serbuk Snow Algae adalah kunci untuk panjang umur kulit. Ia menguatkan mekanisme pertahanan selular melalui aktiviti sekatan peniruan kalori.

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

Senarai Produk Sweedskin

  • Hydrating Moisturizer Serum Focucert® RM 85.90
  • Age Reversing Serum Snow Algae Powder RM 85.90
  • DD Cream Daily Defence Cream Saniskin® RM 75.90
  • Luminous Purifying Cleanser with BioEcolia® RM 58.90
  • Skin Activator Mist with Celtonyl® RM 85.90
  • Sebum Reducer Serum Sebustop®Up RM 84.90
  • Brightening Serum Omegalight® RM 85.90
  • Power of Two (Sweedskin Luminous Purifying Cleanser with BioEcolia® + Sweedskin Skin Activator Mist with Celtonyl®) RM 130.90

Jika produk SKII menggunakan Pitera, Sweedskin menggunakan CELTONYL dan Snow Algae. Harga produk Sweedskin bermula dari RM 75.90. RM 690 harga untuk 7 produk diatas. Sebelum anda membeli produk, anda boleh mengetahui kondisi kulit anda dan pembantu kecantikan akan membantu anda. Tidak semestinya perlu membeli semua, ia begantung kepada usia anda, masalah kulit anda dan gaya hidup anda. Cubalah!

Usahawan Sweedskin

Selain dari itu, perkongsian menarik jika anda ingin menjadi Agen Sweedskin, anda akan mendapat 30% profit. Modal hanya RM 2,000. Dari RM 2,000 anda perlu beli 1 set produk Sweedskin dan tambah lain-lain produk Sweedskin. Contohnya perbanyakkan Sweedskin Age Reversing Serum. Sebab ruby dah cuba dan rasa ini pasti laris. Dalam beberapa saat dah nampak hasil kulit menegang dan terus meresap tanpa ada sisa di kulit. Maknya ia benarlah serum dan bukan losyen ya. Ilmu kecantikan jangan mudah tertipu. Hehehe.

Ingin menjadi Stokis untuk Agen? Modal RM 10,000 dan anda akan mendapat 45% profit. Apa yang menarik adalah setiap stokis mengikut kawasan. Jadi demographic stokis/wholesaler mengikut 1 kawasan. Contohnya  Bawah Stokis ada ramai agen. Retail price fix. Menjadikan situasi perniagaan yang bersaing secara sihat.

Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains
Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad; Pengasas Sweedskin

Dapatkan produk Sweedskin jika ingin kekal cantik seperti Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad. Usia Datin? ruby rahsiakan. Tetapi beliau nampak seperti berusia 40-an. 20 tahun lebih muda bila menggunakan Sweedskin.

  • Online Lazada & 11 Street
  • Signature booth di METROJAYA, The Curve Mutiara Damansara
  • Outlet AEON Kota Bharu Kelantan
  • Farmasi Lembah Klang Healthlink
  • Agen & Dealer Luar Lembah Klang

www.sweedskin.com

www.facebook.com/sweedskin

www.twitter.com/sweedskin

www.instagram.com/sweedskin

1 thought on “Sweedskin Kesempurnaan Disebalik Sains

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge