Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

      1 Comment on Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya. Assalammuaaikum semua, ruby shut down sekejap semalam selepas lihat kemalangan jalan raya. Depan ruby! Astaghfirullahalazim. Mengucap dua khalimah syahadah dibuatnya. Panik dan terpaku. Semalam ruby keluar jam 8 malam untuk bawa kawan blogger dari Australia pergi makan di Kampung Baru. Dari rumah ruby ke hotel mereka tidak jauh pun menerusi AKLEH. Tapi sebelum nak masuk AKLEH perlu melalui jalan MRR2. Semalam hujan sepanjang petang. Jadi pada waktu malam cuaca sangat bagus. Dalam keadaan cuaca bagus, tiba-tiba kemalangan berlaku di hadapan ruby.

25 Mei 2017 MRR2 Ulu Klang – Petron/Bukit Antarabangsa

Pemanduan tenang di kejutkan dengan brek dari kereta di lorong kanan. Ruby berada di lorong tengah. Dihadapan ruby sebuah kereta dilanggar bahagian pemandu hinga terseret ke bahu jalan susur keluar Bukit Antarabangsa. Astaghfirullahalazim!!! Jangan kena kereta lain! Kereta di lorong kanan sebuah Alza Putih tiba-tiba brek kerana hampir langgar ke kanan pembahagi jalan dan segera pusing steering kereta untuk membelok kiri. Steering dipulas habis. Maka kereta berpusing. Langgar kereta di lorong kiri dan terus berpusing. Dua laluan menjadi sesak secara tiba-tiba. Kereta Alza yang berpusing tadi masih berada di laluan tengah dan kanan.

Syukur tiada kemalangan serius dan ruby dapat lihat wajah pemandu yang terkejut. Kereta lagi satu di bahu jalan juga terkejut. Setelah melihat kedua-duanya ok. Ruby berlalu. Semasa kejadian, ruby tekan horn sekuat mungkin. Sehabisnya ruby tekan. Sebab risau kenderaan belakang yang tidak nampak kemalangan ini akan memandu laju.  Disamping untuk memberitahu mangsa kemalangan. Sebab tiada siapa pun tekan horn. Peliknya.

Sebagai saksi wanita memandu berseorangan. What should i do? Ruby risau ruby juga akan mengeruhkan keadaan dengan keadaan trauma ruby. Takleh bernafas sekejap semalam.

Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Pengalaman Kemalangan & Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Ruby ada juga peristiwa kemalangan. Ia bukan perkara untuk dibanggakan. Ya Ruby masih hidup sehingga ke hari ini. Syukur Alhamdulillah. Kemalangan pertama ruby di simpang Taman Melati yang ke arah masjid Taman Melati. Balai Polis Taman Melati juga berdekatan. Nak dijadikam cerita, masa tu traffic light belum ada lagi di bawah LRT. Simpang tu memang kena hati-hati. Masa tu mak memandu dan mak ingat tiada lagi kenderaan. Bila mak belok je. Terus kena langgar dengan van hijau. Sakitnya badan ya Allah. Kejang otot.

Sebab tu ruby kalau boleh nak beli kereta warna putih atau silver sahaja. Agar pemandu lain nampak ruby.

Pengalaman kedua, masa tu ruby memandu di MRR2 Batu Caves. Ada pemandu lain yang suka cucuk angin. Hampir kemalangan tetapi situasai itu menakutkan. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Situasi seterusnya ketika jalan sedang dalam pembinaan di Sg Buloh. Pada waktu jam 6.30pagi. Ruby memandu ke rumah pakcik ruby untuk betulkan tudung adik siti. Sebab dia masuk pertandingan membaca kalau tak silap. Memandu awal pagi dengan tenang je lah. Sekali kena langgar dari belakang. Dah la memandu kereta mak. Mati lah ruby. Huhuhu. Ini adalah kes pertama ruby memandu seorang diri dan kena langgar. Nasib baik orang yang langgar tu tak lari. Claim insuran dia lah. Kereta mak pergi ketuk dekat Kepong. Siap.

Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Selain dari itu, Ruby jadi saksi kemalangan macam-macam stail. Jalan tengah jem. Kereta lorong ke tiga tiba-tiba tekan minyak. Bannnkkk langgar kereta depan. Gara-gara tengah jalan jem main telefon pintar.

Bahaya bila kita tidak fokus memandu. Zaman telefon pintar ni, kita pun kena jadi pintar juga. Beli lah Smartphone Holder untuk kereta. Jangan pegang telefon, jangan letak kat peha henfon untuk tengok WAZE/Google Maps. Jangan jawab panggilan. Jangan guna voice message. Bahaya! Kalau kita buat semua tu dan hilang fokus kepada kenderaan. Maka berlakulah kemalangan.

Bawa kereta terlalu slow pun tak ok. Terlalu laju juga tidak ok. Jadi, pandulah dengan berhemah. Mungkin anda 1/50 adalah pemandu berhemah. Teruskan membuat kebaikan. Biarlah pemandu lain nak buat apa pun. Kita fokus agar selamat sampai ke destinasi. Ada satu ketika kita akan rasa pemandu lain sengaja mencari fasal. Cucuk angin kereta kita, menghimpit kereta kita, high beam walau kereta di kelajuan yang betul, tidak memberi peluang untuk kita menukar lorong, pura-pura tidak nampak kereta kita dan macam-macam lagi. Banyakkan bersabar k!

Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Pandu Cermat, Jiwa Selamat. Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya juga memberi kesan kepada ruby. Jika ruby yang menghadapi musibah kemalangan jalan raya, lagilah trauma tidak mahu memandu. Allahuakbar minta dijauhkan.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Trauma Saksi Kemalangan Jalan Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge