Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017

Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017. Assalammualaikum semua, Subhanallah dah tiba hari yang kita sebagai umat Islam nantikan. Menyambut kehadiran bulan Ramadhan sememangnya sangat indah dan masa inilah kita berebut untuk memperbanyakkan amal ibadat. Melebihkan akhirat dan berpada-pada tentang duniawi. Sepanjang bulan Ramadhan ini ruby sudah plan sebaiknya diantara kerjaya dan keluarga. Ada juga kempen bulan Ramadhan yang memerlukan komitmen di samping itu ada travel trip kebajikan ke rumah anak-anak yatim. Semoga aktiviti ini bermanfaat untuk Ruby. Apa yang penting niat kita kan?

Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017

Jika anda ingin jadual waktu berbuka untuk kawasan anda. Anda boleh muat turun di laman web JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) www.islam.gov.my/pengumuman/952-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-1438h-2017m. Untuk memudahkan kerja anda, anda boleh muat turun serta-merta dari blog ruby juga.

 Perlis  adobe reader
 Johor  adobe reader
 Kedah  adobe reader
 Kelantan  adobe reader
 Melaka  adobe reader
 Negeri Sembilan  adobe reader
 Pahang  adobe reader
 Perak  adobe reader
 Pulau Pinang  adobe reader
 Sabah  adobe reader
 Sarawak  adobe reader
 Selangor  adobe reader
 Terengganu  adobe reader
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan  adobe reader

Waktu bersahur dan berbuka puasa ni penting untuk kita semua. Biar wujud masyarakat berilmu. Di rumah dan pejabat pasti ada salinan waktu bersahur dan berbuka puasa. Bukannya apa, kadang-kadang tidak sedar waktu imsak sudah berlalu tetapi kita masih makan sampai azan Subuh sudah berkumandang barulah berhenti makan dan minum. Lokasi yang sering ruby berada adalah di Selangor dan Kuala Lumpur, waktu bersahur dan berbuka tidak banyak perbezaan. Jika sedang memandu, ruby suka buka radio IKIM FM 91.5FM. Waktu bulan Ramadhan itulah channel radio kegemaran. Pelan-pelan ke arah kebaikan pada bulan yang mulia ini.

Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017 Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017

Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017 ZON2 Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak banyak perbezaan masa. Imsak 5.22am dan Iftar 7.22pm.  Selamat berpuasa! Jangan lupa baca niat 1 bulan berpuasa di Bulan Ramadhan ya!

Lafaz niat satu bulan berpuasa di bulan Ramadhan (RUMI)

Nawaitu Saoma Shahri Ramadhana Kul’lihi Lillah’hi Ta’ala

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Lafaz niat satu hari berpuasa di bulan Ramadhan (RUMI)

Nawaitu Saoma Ghadin ‘An Ada-i’, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lillah’hi Ta’ala

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Doa berbuka puasa pada bulan Ramadhan (RUMI)

Allahhumma laka shumtu wabika amantu wa’ala rizqika afthartu birahmatikaya arhamarrohimin.

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Manfaat di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam mempercayai pada bulan Ramadan, ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatulqadar atau Malam al-Qadar. Lailatulqadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Dipercayai sesiapa yang beramal pada malam tersebut, sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Rasulullah S.A.W mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya, dia tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatulqadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan isyak secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah S.A.W “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.”

(Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah S.A.W: “Allah berfirman; “Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Hal ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

Sumber : Wikipedia

Selamat berpuasa, semoga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Disini ruby ingin memohon maaf di sepanjang perkenalan kita jika ada terguris hati, terlebih bicara. Maafkan ruby ya. Begitu juga ruby telah memaafkan segalanya. Ruby nak ketenangan dan berkat kehidupan. InsyaAllah hati lebih terang dan lapang. Semoga penulisan tentang Waktu Bersahur Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2017 ini bermanfaat! Terima kasih di atas sokongan anda semua! Terima kasih sudi membaca!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.