7 Perkara Menarik Tentang Volkswagen Tiguan Highline

7 Perkara Menarik Tentang Volkswagen Tiguan Highline. Assalammualaikum semua, hari ini ruby nak kongsikan tentang kenderaan. Yelah, nak balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri kan? Mesti nak tahu berkenaan kenderaan yang kita akan pandu. Kebiasaannya musim perayaan mesti kita akan bersiap sedia. Siap sedia dari segi perhiasan rumah, pakaian, duit raya dan kenderaan. Memang banyak wang perlu disediakan. Macam ruby, ruby akan menabung dari selepas habis bulan Syawal lagi. Supaya Ramadan akan datang tidak kelam kabut nak bekerja keras. Kalau boleh pada setiap bulan Ramadan diperbanyakkan amal ibadat. Kalau dah serabut memikirkan kos sana-sini. Nanti nikmat keberkatan pada bulan Ramadan tidak berseri pada Hari Raya Aidilfitri.

Perkara yang kita sering lakukan untuk pemeriksaan kenderaan adalah tambah minyak hitam, minyak break, minyak gear, cek tayar dan allignment. Jika tiada perkara serius, tidak perlu tukar tayar dan gear box. Jika ada perkara serius? Masa ni memang nak menangis. Bila tayar semua dah botak. Empat biji tayar saiz 13 dah RM 1000. Kalau saiz lain? Huwaaa. Penting sangat kita menjaga kenderaan kita sebaiknya. Itulah harta dan nyawa kita. Kalau jenis yang pergi berlumba racing sampai botak tayar, semestinya pemilik kereta dah sediakan wang untuk kos penyelenggaran. Jadi, lain pemandu, lain caranya pula. Sekarang ruby nak bercerita tentang cara ruby menjaga kenderaan.

Volkswagen Tiguan

Volkswagen dipendekkan kepada VW, adalah pembuat kenderaan Jerman. Ditubuhkan pada 28 Mei 1937 oleh German Labour Front dan Ibu Pejabat di Wolfsburg. Ia adalah jenama utama Kumpulan Volkswagen dan pembuat terbesar di seluruh dunia. Volkswagen adalah bahasa  Jerman yang bermaksud “kereta rakyat”, dan slogan pengiklanan antarabangsa syarikat itu adalah hanya “Volkswagen”.

Di Malaysia, Volkswagen Malaysia mempunyai 7 model kenderaan iaitu, Volkswagen Golf, Volkswagen Polo, Volkswagen The Beetle, Volkswagen Jetta, Volkswagen Passat, Volkswagen Vento dan Volkswagen Tiguan. Volkswagen Tiguan terdapat di dalam 2 siri iaitu Comfortline atau Highline.

Sekarang ada promosi Volkswagen Tiguan Comfortline. Raikan Aidilfitri dengan Tiguan sehari dari RM51/hari * dengan penjimatan sehingga RM5,000.

  • Enjin 1.4L TSI
  • Electronic parking brake bersama Auto-hold function
  • Roda aloi ‘Montana’ 7J x 17″
  • ‘Iklim’ sistem penghawa dingin dengan kawalan suhu
  • Lampu dan pengesan hujan automatik
  • Pelbagai fungsi stereng dengan audio, telefon dan kawalan komputer di dalam kenderaan
  • Radio CD 8 “skrin sentuh ‘Composition Media’ sistem hiburan dari USB, AUX-In, Bluetooth dan 8 pembesar suara.
  • 615 liter ruang but
  • Pelapik fabrik kerusi dari ‘Rhombus’
  • 6-kelajuan klac transmisi DSG dengan Paddle Shifters

Dari sekarang hingga 30 Jun 2017 semua pembelian Volkswagen Tiguan akan menerima RM500 petrol baucar. Bestkan? Harga Volkswagen Tiguan Comfortline RM148,990.

Volkswagen Tiguan Highline

Sekarang ruby nak cerita tentang lagi satu siri Volkswagen Tiguan iaitu Highline. Hehehe. Ruby sangat teruja ingin kongsikan tentang kenderaan SUV (Suburban Utility Vehicle) ini. SUV adalah sebuah kenderaan utiliti pinggir bandar (SUV) yang diklasifikasikan sebagai sebuah trak ringan, tetapi beroperasi sebagai kenderaan keluarga. Walaupun ia tersedia pada bulan Oktober 2017, tapi ruby nak kongsikan sekarang juga! Hehehe.

  • Enjin 1.4L TSI & Jimat Petrol
  • Skrin sentuh 8-inci sistem hiburan ‘Discover Media’ dengan GPS Navigasi, USB dan antara muka iPod, slot kad SD, AUX-IN, Bluetooth dan 8 pembesar suara, dengan pilihan App-Connect upgrade
  • 12.3-inci skrin warna penuh “Active Info Display” dengan lima mod
  • Pelbagai fungsi stereng dengan audio, telefon dan kawalan komputer di dalam kenderaan
  • Kawalan pelayaran (Cruise) dengan penghad kelajuan
  • Electronic parking brake bersama Auto-hold function
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Anti-lock Break System (ABS) with Brake Assist (BA)
  • ‘Air Care Climatronic’ sistem penghawa dingin dengan kawalan suhu 3 zon
  • Pelapik kulit kerusi ‘Vienna’
  • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektrik 12 hala dan 4-arah sokongan lumbar.
  • ‘Akses Keyless’ mengunci tanpa kunci dan sistem bermula dengan tekan “Start Engine Stop”
  • Tailgate bonet elektrik
  • Park Assist 3.0
  • Pelbagai pandangan kamera, mudah untuk parking.
  • Roda aloi ‘Kingston’ 7J x 18 “
  • Sistem lampu LED adaptif dengan lampu siang LED sentiasa ON.
  • Lampu dan pengesan hujan automatik
  • ISOFIX untuk car sear anak-anak
  • 615 liter ruang but dan apabila kerusi penumpang belakang dilipat ia akan menjadi 1,655 liter ruang but. Hebat?
  • Tray untuk makan atau letak ipad anak-anak
  • Penghawa dingin untuk penumpang dibahagian belakang
  • 12v USB di bahagian hadapan dan di belakang

Volkswagen Tiguan Highline RM168,990

Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Highline

7 Perkara Menarik Tentang Volkswagen Tiguan Highline

Ini pendapat ruby dan ruby suka sangat. Diharap anda juga suka.

  1. LED light. Dimana-mana aja ada lampu LED, di hadapan kereta, di bawah cermin sisi , di setiap pintu dan ketika membuka pintu kereta juga anda akan nampak lampu LED di bawahnya.
  2. ISOFIX, ini kalau tak ada. Ruby mesti panik nak tarik seat belt dan betulkan car seat anak-anak. Nak kena ketatkan agar tidak longgar. Tapi dengan ISOFIX, ia memang grip terus.
  3. Active Info Display. Ruby suka sangat pemanduan kereta yang selesa. Mata fokus di hadapan dan stereng. Sambil tengok stereng, nampak navigator penunjuk arah, keadaan kereta dan speedometer.
  4. Enjin TSI 1.4L. Jimat minyak!
  5. Interior Design tip top. Penghawa Dingin Air Care Climatronic mengikut iklim. Ada Tray di bahagian belakang kerusi.
  6. Sebab SUV! Ruby suka SUV, Tinggi dan selesa.
  7. Ruang but yang luas. Sesuai untuk balik kampung, berkelah dan nak simpan stok barang berniaga juga boleh.

7 Perkara Menarik Tentang Volkswagen Tiguan Highline

Pengalaman Memandu Volkswagen Tiguan Highline

Sepanjang memandu uji kenderaan ini, pemanduan ruby sangat selesa dan lancar. Dari mula ingin ke kenderaan, hanya menggunakan remote tanpa kunci dan tiada bunyi tit tit. Tetapi cermin sisi terbuka dan ada lampu LED dibawahnya. Teruja? Ya sangat teruja! Duduk di kerusi dan mula melaraskan kerusi mengikut keselesaan ruby. Boleh tinggikan, kebelakangkan dan kedepan! Hebat? Sangat hebat! Kemudian menghidupkan enjin dengan hanya menekan pedal break di kaki dan tekan “Start Engine” button. Lancar! Lepaskan Elektronik Parking Break dan menolak gear ke D. Mudahnya!

Keselesaan sesebuah kenderaan terletak kepada pengalaman si pemandu. Betul tak? Enjin 1.4 TSI sangat menjimatkan minyak.

www.volkswagen.com.my

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

13 comments on “7 Perkara Menarik Tentang Volkswagen Tiguan Highline

  1. Miera

    Kalau Ruby beli, nanti boleh tumpang Miera ke event etc… Hehehe.. memang kelas sangat dan cantik… Jom belikan… Hahahah ?

    Reply
  2. Lia Hasty

    Wow menariknya info pasal volkswagen ni. Baru lia tahu koleksi model volkswagen di malaysia ni. Design kereta yang sporty & nampak hebat. ?

    Reply
  3. Blair villanueva

    I like the volkswagon (though quite expensive) especially its vintage cars. They know exactly what a client wants for their car, and the engine is impressive.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge