Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

      No Comments on Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX. Assalammualaikum semua, okay ruby tahu agak lambat untuk kongsikan maklumat ini. Tetapi ruby juga pengguna bahan api Shell. Jadi, ruby nak cuba teknologi DYNAFLEX sebelum memberi pendapat. Ruby dah guna hampir sebulan. Kereta yang ruby gunakan untuk bahan api ini adalah Hyundai Atos suami. Kereta itu adalah kereta susah senang kami, lama sangat kereta itu bersama kami. Sampailah sekarang dah mula merajuk sikit-sikit. Semput nak pandu jauh, penghawa dingin bermasalah. Tapi, kami masih sayang kereta itu sebab itu adalah kereta bandar. Kalau di dalam kawasan Kuala Lumpur yang serba sesak ni, kami pandu rilek je cilok-cilok. Parking pun senang! Hahaha.

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Ini pendapat ruby, harap anda terima dengan hati terbuka. Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX ni memang terbaik!!!! Serius! Selepas ruby pam minyak, kereta terasa ringan semasa memandu. Kemudian petrol dari DYNAFLEX ni menjimatkan minyak. Macam biasa la, isi minyak kereta kebiasaannya RM 50 dan bertahan hanya 3 hari. Sekarang 5 hari bertahan. Aktiviti ruby macam biasa la kan, pergi mesyuarat, pergi media event, naik bukit turun bukit, pandu jauh-jauh, tersekat dalam trafik sesak dan cuaca hujan lagi la bertambah sesak. Tapi, kereta steady! Nak balik kampung untuk Raya Aidilfitri ni jangan lupa isi minyak full tank Shell DYNAFLEX tau!

Anda sedia maklum kereta zaman sekarang dah ada pelbagai teknologi kereta baru berbanding kereta ruby yang hanya 1000cc. Jika kereta macam ruby pun dah teruja dengan teknologi DYNAFLEX. Pastinya anda yang ada kereta baru, lagi bertambah suka kan? Jimat minyak, perjalanan lancar dan senyummmm tengok dompet masih ada duit. Hehehe.

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Dari kiri Encik Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd2); Encik Shairan Huzani Husain, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd3); Puan Mae Ascan, Senior Scientist, Shell Global Solutions4) dan Encik Ben Mahmud, Head of Retail Marketing, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Shell Malaysia hari ini melancarkan bahan api terbaharunya yang dicipta untuk efisiensi enjin. Bahan api baharu yang direka untuk digunakan pada kenderaan baru dan lama kini sudah boleh didapati disemua stesen minyak Shell di seluruh negara. Formulasi baharunya mengandungi teknologi DYNAFLEX yang dicipta untuk memastikan enjin sentiasa bersih dan dilindungi agar enjin berjalan lancar.

Bahan api baharu Shell ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan selama lebih lima tahun serta puluhan ribu jam, untuk membantu meningkatkan kecekapan perjalanan pelanggan kami. Dicipta menggunakan teknologi baharu DYNAFLEX, bahan api Shell ini adalah bahan api termaju kami. Ini menyokong matlamat Shell dalam memberikan perjalanan kehidupan yang lebih baik kepada pemandu.

Bahan api Shell mengandungi teknologi DYNAFLEX yang membantu membersih dan melindungi komponen-komponen penting sistem bahan api seperti injap pengambilan dan/atau penyuntik bahan api daripada pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi enjin. Ia memastikan enjin kekal bersih dan dilindungi untuk operasi yang lebih efisien.Teknologi unik DYNAFLEX untuk enjin diesel juga telah dibangunkan. Ia mengandungi molekul ’dirtbusting’ baharu untuk enjin yang bersih dan efisien. Bahan api baharu itu sudah boleh didapati di stesen-stesen minyak Shell diseluruh negara mulai hari ini. Ia juga boleh dibeli oleh para pelanggan industri dan pemilik kenderaan komersial menerusi saluran B2B Shell.

Komitmen Shell terhadap penyelidikan bukan sekadar enjin dan kenderaan sahaja. Malah, Shell turut mengumumkan hasil kaji selidik terunggul yang dijalankan untuk memahami pengguna Malaysia dengan lebih baik. Kaji selidik itu menggunakan teknologi‘wearable’dan aplikasi peranti mudah alih terkini. Memantau lebih,500 perjalanan di KualaLumpur, kajiselidik tersebut mendapati purata kelajuan hanyalah 14.5km/j, sekaligus meningkatkan tekanan keatas enjin kenderaan dan pemandu.

Shell Bekerjasama Dengan Goldsmiths, University of London

Dengan kerjasama Goldsmiths, University of London, kaji selidik itu menggunakan kombinasi peranti pengesan emosi yang boleh dipakai bersama teknologi chatbot dan GPS dari aplikasi Shell Motorist yang bersertakan maklumat cuaca dan trafik untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang apa yang dihadapi oleh pemandu di atas jalan raya.

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Pengarah Inovasi di Goldsmiths, University of London, Dr.Chris Brauer berkata, “Apa yang unik tentang eksperimen pemanduan ini adalah kami boleh memantau pemandu sepanjang perjalanan mereka pada setiap hari. Melihat kepada pemandu di Malaysia.

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX“Kami mahu ada di sana bersama para pelanggan apabila mereka mengunjungi stesen dan masuk kedalam kedai kami; sama ada mencari tempat untuk berehat atau menyegarkan diri. Kami mahu orang ramai Go Well dengan Shell,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Bahan Api Baru Shell DYNAFLEX

Cik Shafila, Gadis Air Mineral Shell. Ruby terkejut masa isi minyak, dah la mata ruby ni rabun. Siapa pula yang perhatikan ruby. Sekali patung. Hahaha.

Shell DYNAFLEX membantu membersih dan melindungi komponen-komponen penting sistem bahan api seperti injap pengambilan dan/atau penyuntik bahan api dari pada pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi enjin. Kesan dan manfaat sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis kenderaan, kondisi dan gaya pemanduan. Layari laman web shell.com.my/fuels untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge