Berbuka Puasa Bersama Keluarga

0

Berbuka Puasa Bersama Keluarga. Assalammualaikum semua, subhanallah rasa bersyukur sangat dapat berkumpul sekeluarga. Ruby rasa, bulan Ramadan pada tahun ini sangat meriah dan ikatan siratulrahim semakin utuh. Mana taknya, ruby dapat berbuka puasa bersama keluarga. 3 June 2017 berbuka puasa di rumah adik saudara. Mak Ngah sekeluarga, Pak Cik sekeluarga, Mak Teh sekeluarga dan Keluarga ruby join. Alhamdulillah. Pelbagai juadah berbuka kami sediakan. Meriah sangat. Nasi Putih, Ikan Cencaru Sumbat, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Ayam Tua, Ulam, Air Tembikai dan banyak lagi.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Kemudian pada 11 June 2017, kami plan berbuka puasa di rumah Pak Cik pula. Masa ni menu mee kari, laksa, nasi impit kuah kacang, kuah lodeh dan murtabak. Minuman pula teh o lemon pudina. Yummy!

Oh ya sebelum terlupa, ruby ada berbuka puasa dengan keluarga Gaya Travel. Memang meriah. Stail pot luck giteww. Ruby bawa acar buah dan kawan-kawan lain pelbagai juadah lagi. Memang seronok. Rindu semua kenangan ni. Sebab waktu bulan Ramadan kita semua ada kelapangan masa untuk get together.

Dalam kehidupan kita, kena selalu beringat dekat orang yang sentiasa menyokong kita. Tidak kira ketika senang mahupun susah. Nak meletakkan kepercayaan diantara satu sama lain memang susah. Ada yang mengambil masa bertahun baru percaya antara satu sama lain. Jadi, kita eratkan siratulrahim dan teruskan hubungan baik ini. Dah matang dan beralah. Hehehe. Kadang-kadang perkara simple pun boleh bermasam muka, jadi kena belajar Redha.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Berbuka Puasa Bersama KeluargaBerbuka Puasa Bersama Keluarga Berbuka Puasa Bersama Keluarga Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersama Volkswagen Tiguan Highline

Paling terkini adalah berbuka puasa di rumah Mak Teh. Hehehe. Kali ini lagi seronok sebab ruby dan suami dapat memandu Volkswagen Tiguan Highline. Perjalanan jauh terasa lancar dan selesa. Jam 5pm bertolak, 6.30pm dah sampai dengan selamat. Alhamdulillah. Suami juga cakap selesa memandu, tidak sakit belakang seperti selalu ketika memandu. Malah tidak mengantuk. Itu paling penting la kan? Siap cuba fungsi Cruise ketika memandu 80km/j.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

VLOG : Berbuka Puasa Bersama Keluarga

 

Selamat menonton!

www.volkswagen.com.my/tiguan

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge