Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

      2 Comments on Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

Berbuka Puasa Di Dalam Kereta. Assalammualaikum semua, hahaha ruby tak tau lah macam mana ruby plan perjalanan. Tapi jalan dekat Kuala Lumpur ni memang tersangatlah jem kalau lepas jam 4pm. Hurmmm. Macam mana la nak buat kan. Nak naik motor, nanti hujan pula. Baru-baru ini ruby plan ke Bazaar Ramadan. Dari rumah jalan lancar je. Bila sampai simpang masuk MRR2 tu jem teruk! Nak lagi jem sapu kaya, cuaca hujan pula. Lagi la tak bergerak langsung kenderaan lain.

Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

Ruby cuma plan bawa makanan untuk berbuka seperti roti dan air kotak aje. Tapi mana lah ada feel kan kalau berbuka di dalam kereta. Tengok kiri kanan lampu merah dari kereta lain. Lepas tu anak tanya, kenapa makan dalam kereta. Hahaha. Tapi disebabkan jalan jem, dia pun taknak kacau ruby lagi.

Berbuka Puasa Di Dalam Kereta Berbuka Puasa Di Dalam Kereta Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

Hampir je azan Maghrib, suami segera buka meja belakang kerusi yang siap ada tempat cawan tu. Meja tu terletak di belakang tempat duduk depan, boleh selaraskan ketinggian mengikut pemegang cawan. Bagus untuk kemudahan penumpang dibelakang. Lepas tu, anak nak tengok ipad pun mudah. Tak perlu mereka pegang gadget sepanjang masa.

Untuk penumpang yang duduk dibelakang dah macam naik kapal terbang kan? Cuma tiada pramugari dan pramugara nak melayan je. Hahaha. Masa meja ni dibuka, panik sekejap bila meja macam sangkut. Hahaha. Rupanya ia ada 3 fasa pelarasan. Tekan klip bahagian depan untuk laraskan ikut keselesaan anda. Jangan kasar-kasar nanti patah pula.

VLOG Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

Sempat juga ruby buat VLOG, sejak berkecimpung dalam dunia edit video. Rasa seronok pula rekod video ni. Tambahan bersama anak-anak dan suami. Masa mereka kecil ni la kenangan bersama yang boleh kita simpan. Diantaranya dengan merekod video. Kemudian ruby sunting sendiri. Banyak perkara ruby perlu belajar. Diharap anda semua suka dan terhibur. Jangan lupa subscribe tau!

 

Selamat menonton!

www.volkswagen.com.my/tiguan

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

2 comments on “Berbuka Puasa Di Dalam Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge