Cabaran 21 Hari HCG Diet Program Bersama Dr Douglas Nexus Clinic

| |

Cabaran 21 Hari HCG Diet Program! Apa Itu HCG Diet Program? Assalammualaikum semua, ruby memang sedang stress memikirkan berat badan yang semakin susah turun. Macam biasa la, dilema ibu-ibu selepas melahirkan anak. Tidak sempat bersenam dan tidak cukup tidur. Makan lagilah tidak menentu. Hahaha. HCG Diet Program adalah diet 500 kalori dan melibatkan suntikan harian HCG (Human Chorionic Gonadotropin). HCG adalah hormon wanita ketika hamil. Ia adalah selamat.

Cara suntikan adalah anda perlu buat sendiri! Hahaha! Takut? Jika anda ingin kurangkan berat badan, anda kena berazam! Kena kuat! Nak hadapi 500 kalori sehari pun siksa. Nak cucuk pun takut. Macam mana tu? Jadi kena kuat semangat. Nanti badan dah kurang berat badan, dah nampak bentuk menawan dan pemakanan seimbang. Mesti kita happy dan bangga kan?

Cabaran 21 Hari HCG Diet Program

NO Karbohidrat – Nasi, roti, tepung gandum, kentang dan berkanji tidak boleh makan dalam tempoh HCG!

NO Susu – Yogurt, susu, susu lembu, susu soya, susu kambing, cheese, krimer, marjerin, santan dan adik beradik produk tenusu tidak boleh di makan!

NO Gula – Minuman berkarbonat, minuman kordial, gula dalam teh dan gula dalam makanan tidak boleh!

NO Minyak – Minyak masak, minyak zaitun, minyak ikan dan adik beradik minyak semua tidak boleh!

NO Alkohol – Alkohol ni kita sebagai muslim boleh skip lah. Sebab tak minum alkohol. Jadi 4 syarat diatas anda boleh laksanakan dengan jayanya!

Pelan penurunan berat badan HCG secara amnya dibahagikan kepada 3 fasa:

  1. Fasa pemanasan : mulakan dengan rawatan HCG dan pada masa yang sama mengambil lemak tinggi, diet kalori tinggi selama 2 hari
  2. Fasa penurunan berat badan : terus dengan rawatan HCG dan hanya makan 500 kalori sehari selama 3 hingga 6 minggu
  3. Fasa penyelenggaraan : Hentikan rawatan HCG dan secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan makanan tetapi elakkan makanan bahan yang dilarang selama 3 minggu.

Hari pertama ruby sangat indah. Makan sarapan pagi 100 gram isi ayam, daun salad dan teh o tanpa gula. Kemudian lunch makan sayur bayam rebus bersama bawang putih, isi ayam bakar dan air kosong. Dinner pula, mula memikirkan sesuatu yang lain. Muak pula makan ayam aje. Cubaan ikan kukus tak berjaya. Rasa loya makan ikan. Hahahaha. Kena olah lagi resepi bagi lagi sedap.

Hari ini adalah hari kedua ruby. Terasa susah bila sambutan perayaan sedang berlangsung. Makanan enak-enak. Bila teringat 4 syarat HCG, terus telan air liur.

Ruby dah la selalu lakukan kerja luar, memandu kereta kadang-kadang rasa mengantuk tau. Lemah otak nak berfikir. Maka, ruby pilih untuk stay di rumah aje. Risau kemalangan ke apa ke kan. Kalau nak keluar juga, gunakan grab atau uber. Senang! Hehehe

Menu Hidangan HCG Diet Program

Persoalan ini ruby ajukan kepada doktor ruby. Apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh. Memang terkejut. Tetapi pada sudut positifnya, ruby dapat jimat duit untuk barang dapur dan makanan kami seisi keluarga lebih sihat. Sayur 1 ikat RM 1 je. Lepas tu semasa membeli ayam, ruby beli isi ayam sahaja. Tiada tulang, tiada kulit ayam. 800 gram RM 12. Ok lah kan? Kemudian, tiada minyak, tiada susu, tiada gula dan tiada karbohidrat. Memang jimat. Tak makan nasi dah kami sekeluarga. Makan lauk aje.

Cara masak juga semakin seronok. Gunakan bahan mentah asli. Tiada lagi bahan dari botol cili, kicap, soya sos dan perasa. Tapi ruby memang tidak suka perasa makanan. Mesti akan rasa kelat di lidah. Lepas tu pening kepala. Huhu. Jadi, memasak sekarang lebih kemas. Kupas bawang, potong halia, rebus sayur, bakar ayam. Olah kan roti pita karbohidrat kepada daun salad. Buat kebab dengan daun salad. Ayam pula di perap dengan serbuk lada, daun thyme, daun oregano dan daun rosmary. Dalam peti sejuk dah ada banyak sayur hijau yang berdaun. Sedihnya bila brokoli dan karot tidak boleh dimakan ketika program HCG. Sebab ia jenis sayur yang berkanji.

Secara asasnya HCG Diet Program ini banyak menu ke arah western style. Cuma tiada sos la. Hehehe. Gigih kan?

Manfaat dari HCG Diet Program

Selain dari akan memiliki bentuk badan yang cantik, kehidupan kita juga lebih sihat. Dari pemakanan yang seimbang, kita akan kurang berat badan. Rasa badan ringan, kulit jadi lebih sihat. Sebab kita hanya boleh minum teh o, kopi o dan air kosong sahaja. Sejuk atau panas terpulang kepada anda. Jika rasa lapar, minum air kosong banyak-banyak. Itulah yang ruby amalkan. Memang susah dan putus asa juga kadang-kadang.

Ruby mula tahu tentang informasi makanan, apa yang baik. apa yang tidak. Ruby juga tahu kira kalori. Memang menakutkan apabila tahu kalori makanan yang ruby makan sebelum HCG Diet Plan. Apa ruby telah lakukan kepada badan ruby! Kesian!

Ikan berisi putih, kenapa mahal? Sebab ia bagus untuk kesihatan kita. Sebagai contoh, Ikan Kod, Ikan Siakap dan ikan berisi putih yang lain. Ikan Tuna, Salmon, Tenggiri, Sardin semua tidak boleh makan! Kemudian, kenapa sayur warna hijau dan berdaun sahaja boleh makan? Sebab ia lebih banyak nutrisi dari sayuran lain. Makanan yang sudah di proses seperti makanan dalam tin, fish ball, fish cake, mee segera, mee kuning, bihun, spaghetti, tauhu dan banyak lagi makanan yang siap tu tidak boleh makan. Bila baca label dekat produk, terkedu. Why usia 30 tahun baru nak tengok semua ni. Rasa bersalah. Jadi, ruby akan pupuk makan makanan sihat dekat anak-anak ruby. Supaya mereka faham makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Dr Douglas Nexus Clinic

Cabaran 21 Hari HCG Diet Program Bersama Dr Douglas Nexus Clinic

Dr.Douglas memperolehi ijazah perubatannya dari Akademi Perubatan Moscow, Rusia dan menyelesaikan kursus keseluruhan. Beliau meneruskan kelayakan lepasan ijazah dalam Primary Care Clinical Dermatology, Institute of Dermatology of Bangkok dan Diploma in America Academy of Aesthetic Medicine.

Kepentingan beliau dalam Perubatan Aestetik adalah keinginannya untuk membantu dari semua peringkat umur lelaki dan wanita untuk melihat yang terbaik dan merasa baik terhadap diri mereka. Dr Douglas fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Kantonis dan Rusia. Pesakitnya mendapati dia sangat tampan, ikhlas dan mudah didekati.

Nexus Clinic Kuala Lumpur
LG 10, Lower Ground Floor,
Wisma UOA II, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

+60321635699
+603-2163 5698
+6017-2163 569
 contact@nexus-clinic.com

Website: www.nexus-clinic.com

Previous

Prettysuci.com Portal Produk Kecantikan Halal

Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.