Jom Balik Kampung Bersama FashionValet!

      1 Comment on Jom Balik Kampung Bersama FashionValet!

Jom Balik Kampung Bersama FashionValet! FASHIONVALET GAYA KOLEKSI RAYA 2017 telah menampilkan ramai pereka fesyen dan ruby sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua. Masih sempat untuk membeli baju raya di dalam talian! Don’t worry! FashionValet, portal e-dagang terulung di Asia Tenggara, kini kembali dengan Gaya Koleksi Raya 2017! Kali ini, suasana balik kampung menjadi sumber inspirasi FashionValet dengan penampilan pelbagai koleksi ekslusif yang d iilhamkan oleh pereka-pereka tempatan dan serantau.

Jom Balik Kampung Bersama FashionValet!

“Suasana di pejabat FashionValet kini semakin hangat dengan kesibukan persiapan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang memang dinanti-nantikan! Kita telah menempa nama sebagai platfom membeli-belah pilihan pada musim perayaan umat Islam. Tahun ini juga tiada bezanya, dengan koleksi besar-besaran – kebanyakannya ekslusif yang merangkumi pelbagai jenama tempatan serta Asia Tenggara seperti Afiq M, Alia B, Fizi Woo, Khoon Hooi, Mimpikita, NH oleh Nurita Harith, S. Baharim, aere dan ramai lagi!” jelas Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif , FashionValet.

“Istimewanya tahun ini, kesemua ahli boleh membeli-belah bersama di FashionValet kerana kami telah menambah kategori baru khusus untuk lelaki dan kanak-kanak. Memang hasrat kami untuk menghidupkan lagi tradisi di mana semua ahli keluarga dapat berkongsi kerseronokan membuat persediaan menyambut hari lebaran. Apakah ertinya Hari Raya tanpa semangat bersatu dan bermuafakat? Sebagai destinasi terulung bagi keperluan Raya, kami berharap dapat menggalakkan setiap insan menyambut Hari Raya tahun ini dengan penuh barokah, ” luah Vivy.

Keriuhan Hari Raya tidak lengkap tanpa pementasan fesyen. FashionValet sekali lagi bergabung dengan Andrews Models Malaysia untuk menganjurkan Pertunjukan Fesyen Raya terbesar – Gaya Koleksi Raya 2017 di Black Box, Publika bermula 11 hingga 14 Mei 2017. Acara empat hari ini merupakan platform bagi pereka fesyen dan jenama tempatan menampilkan rekaan koleksi Raya masing-masing. Acara pertunjukan fesyen FashionValet ditetapkan pada hari terakhir, iaitu 14 Mei 2017 – terbahagi kepada lima sesi sepanjang hari – bermula dari pukul 2:00 petang hingga 9:00 malam.

Berikut adalah senarai pereka fesyen yang menyertai FASHIONVALET GAYA KOLEKSI RAYA 2017

  • Matase Sutera
  • Cahaya Lily
  •  Merah Cinta Hati
  • Merah Jambu
  • Larney
  • Clothersology
  • Ira by Twenty3
  • Eclectic by Carven Ong
  • Lana
  • Calaqisya
  • Minaz
  • Tudung People
  • Poplook Premium
  • Emel by Melinda Looi
  • LKW Fashion Club
  • Locka
  • FZK by Fitri Zainal
  • Laguna Sydney
  • Kree
  • Arared
  • Schmiley Mo
  • Love To Dress
  • Aere
  • Afiq M
  • Syaiful Baharim
  • Alia B
  • Fizi Woo
  • NH by Nurita Harith
  • Mimpi Kita
  • Khoon Hooi
  • Rizman Ruzaini
  • Sapto Djojokartiko
  • Studio 133 Biyan

Dalam semangat ukhwah sempena bulan Ramadhan, FashionValet menawarkan potongan harga 10% bagi koleksi Raya di kedai pop-up, juga di kedai-kedai fizikal serata Malaysia dan Singapura. Harga istimewa ini ditawarkan hanya antara 11 hingga 12 Mei 2017 sahaja. Pakaian rekaan jenama Indonesia yang mempunyai permintaan tinggi seperti Studio 133 Biyan dan Sapto Djojokartiko juga boleh dibeli dengan potongan harga yang sama. Serentak dengan Gaya Koleksi Raya 2017, kempen #FVtakemethere – titik pertemuan fesyen dengan kembara – juga akan berlangsung. Singapura dan Indonesia merupakan dua pasaran terbesar bagi FashionValet, di mana social media influencer daripada negara-negara yang terlibat akan membuat liputan acara fesyen berprestij ini.

Kempen Jom Balik Kampung Bersama FashionValet ditaja oleh SilkAir – syarikat penerbangan serantau milik Singapore Airlines; Dwidayatour, Stripes Hotel Kuala Lumpur dan Grabcar. Brunei Darussalam juga tidak dikecualikan sebagai pasaran penting bagi FashionValet. Berikutan kejayaan tahun lepas yang memberangsangkan, FashionValet akan mendirikan kedai pop-up bermula 21 hingga 31 Mei 2017, antara 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Empire Hotel & Country Club. Bergandingan dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sebagai penaja rasmi, ahli kad akan mendapat potongan harga eksklusif sebanyak 10% sepanjang tempoh kedai pop-up FashionValet berlangsung.

Semua koleksi Raya eksklusif FashionValet boleh didapati dan dibeli, termasuk koleksi lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, ahli privilege BIBD akan diraikan di satu majlis minum petang eksklusif untuk pratonton koleksi terbaru. Pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar, akan turut hadir untuk menyambut dan beramah mesra dengan peminat dan pengunjung semua.

Keseluruhan koleksi Raya FashionValet dibahagikan kepada yang mampu milik, dalam linkungan RM199 hingga RM399 dan harga premium dalam lingkungan RM700 hingga RM1,900. Ayuh! Dapatkan baju Raya pilihan anda sekarang dengan melayari www.fashionvalet.com serta berkunjung ke rangkaian kedai FashionValet di Pavilion, Bangsar Village II dan 313@Somerset, Singapura!

Jom Balik Kampung Bersama FashionValet

1 comment on “Jom Balik Kampung Bersama FashionValet!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge