Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker

Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker. Assalammualaikum semua, masyaAllah gas dekat rumah habis! Ayoyo! Dah le nak masak gulai lemak kuning ayam. Mesti ambil masa lama untuk empukkan kentang dan masak ayam. Hurrrm. Nasib baik ada Pensonic Multi Cooker yang ruby beli baru-baru ni. Mudah je nak pasang rupanya. Hahaha. Barang dalam kotak tak buka. Tengok Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail masak macam-macam dengan Pensonic Multi Cooker macam senang je.

On elektrik dan naikkan suhu, dah boleh mula memasak. Lagi satu kan, ruby ingatkan Pensonic Multi Cooker ni kecil. Rupanya besar! Boleh masak untuk seisi keluarga. Kalau tetamu datang lagi lah senang!

Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker

Jadi ruby cuba masak dengan Pensonic Multi Cooker, rasa macam janggal pula sebab mudah sangat. Hahaha. Masuk-masuk dan tutup periuk.

Bahan-Bahan

  • 1 inch Kunyit Hidup
  • 3 batang Serai
  • 7 biji Cili Padi Hijau
  • 400 ml santan kotak
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 ekor Ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air Semangkuk

Cara masak

Blender Kunyit Hidup dan Cili Padi, kemudian masukkan santan ke dalam Pensonic Multi Cooker. Masukkan bahan blender tadi. Masukkan serai dan kentang. Kacau rata. Kemudian masukkan ayam. Tutup Pensonic Multi Cooker dan biarkan semua bahan masak empuk. Kemudian last sekali masukkan garam dan tomato.

Cara masak memang mudah kan? Cuma bila menggunakan Pensonic Multi Cooker buat kali pertama jadi kekok. Nanti kali kedua dan ketiga mesti dah expert. Hahaha.

Pensonic Multi Cooker

Pensonic Multi Cooker ni memang penyelamat lah, siap ada periuk untuk masak makanan berkuah dan sup. Lepas tu ada lagi satu hot plate untuk BBQ. Masa buka kotak, macam terkejut! Ehhh boleh panggang ayam, kambing, daging dan ikan lah! Ini memang produk yang terbaik. Wajib ada di dalam setiap dapur. Betul tak? Hahaha.

Ruby tengok harga Pensonic Multi Cooker ni banyak harga promosi. Dekat Lazada dan Shopee pun ada. Sekitar RM 209. Makin murah! Tambahan musim perayaan ni kan. Memang banyak promosi!

Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker

VLOG Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker

 

Ikuti facebook Pensonic Malaysia untuk kemaskini terkini tentang peraduan dan jadual Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat bersama Chef Mail.

www.pensonic.com

www.facebook.com/pensonicmalaysia

7 comments on “Masak Lemak Kuning Ayam Bersama Pensonic Multi Cooker

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge