Tech & Gadget

Pelancaran Kamera Instax SQUARE SQ10 dan Instax Mini 9

Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9.  FUJIFILM (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan bangganya melancarkan instax SQUARE SQ10 (“SQ10”) yang dinanti-nantikan seiring dengan versi terkini instax mini 9. Pelancaran SQ10 diumumkan dengan tema ‘The New Shape of Creativity’. Kamera segera hibrid SQ10 dengan format baru menawarkan filem berbentuk segi empat sama ‘filem instax SQUARE’ adalah kamera segera hibrid pertama dalam rangkaiannya yang dilengkapi dengan pengesan imej digital dan teknologi penghasilan imej digital yang membolehkan kualiti imej fotografi yang lebih hebat dan fungsi suntingan/penghasilan imej sebelum mencetak.

Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9

  • instax SQUARE SQ10 adalah kamera segera hibrid pertama dalam rangkaiannya yang dikhususkan untuk format baru berbentuk segi empat sama.
  • instax mini 9 adalah kamera segera ikonik yang terkini dengan lima variasi warna baru dilengkapi cermin berswafoto dan kanta fokus dekat.
Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9
Mr. Yoshitaka Nakamura, Managing Director of FUJIFILM (Malaysia) Sdn. Bhd

“Kami amat teruja membawakan kepada anda SQ10 yang terkini dan ingin kami tekankan mengenai tema ‘The New Shape of Creativity’ adalah satu tema yang indah seiring dengan versi baru rangkaian ini,” kata Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia. Menurut beliau lagi, “format filem berbentuk empat segi sama itu memberi ruang yang terbaik untuk menonjolkan kemahiran seni. Kamera ini pasti akan menggoda generasi muda kerana ia sebuah kamera yang sangat menarik dan menawan, terutama sekali apabila ‘Social Network Service’ (SNS) atau ‘Sistem Jaringan Sosial’ juga menggunakan format berbentuk segi empat sama. “Sistem baru SQ10 ini juga telah menganjakkan kualiti imej instax ke aras yang lebih tinggi dan membolehkan jurugambar memperbaiki ketajaman daya kreativiti dan seni fotografi mereka menggunakan ‘interface’ atau antara muka bersifat intuitif yang direka khas untuk kamera hibrid ini.

Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9
Ahmad Ezzrin Loy, Ramona ZamZam, Charlene Tan, Mr. Yoshitaka Nakamura, Hatta Dolmat, Angela Lieche, Fara Ain.

Bersempena dengan pelancaran itu, satu kempen ‘Taking New Shape: Creating Journals of Journeys’ telah dijalankan dengan bantuan enam ‘Key Opinion Leaders (KOLs)’ atau individu berpengaruh yang terdiri daripada; Hatta Dolmat, Charlene Tan, Ahmad Ezzrin Loy, Fara Ain, Ramona ZamZam dan Angela Lieche. Individu-individu berseni ini telah memaparkan jurnal kehidupan mereka sepanjang 5 hari dengan hanya menggunakan kamera SQ10 yang  mempunyai ciri-ciri yang amat mudah untuk digunakan. Setiap jurnal mereka dihasilkan mengikut kreativiti mereka yang tersendiri dengan menggunakan format segi empat sama yang ditawarkan.

Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9 Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9 Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9 Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9

Setiap KOL yang dipilih diberi peluang untuk merasai kehebatan fungsi terkini menangkap gambar dan tahap kawalan yang tiada tandingan serta kemudahan menggunakan kamera SQ10. “Menghasilkan jurnal bergambar ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan ianya teramatlah mudah… terutama sekali apabila saya sentiasa sibuk di tempat kerja,” kata pereka fesyen Hatta Dolmat.

“Format filem berbentuk segi empat sama yang baru dibangunkan ini sangat mengujakan kerana ia mampu menghasilkan gambar dengan citarasa berseni. Saya percaya format ini sesuai dengan kehendak generasi kini dan juga peminat seni fotografi. Pengalaman saya menangkap gambar dengan komposisi yang sesuai untuk aspek nisbah “1:1” serta kebolehan mencetak gambar secara fizikal menggunakan fungsi penyuntingan dan penghasilan menjadikan kamera SQ10 ini lebih menggoda,” katanya lagi.

“Taking New Shape: Creating Journals of Journeys” yang dihasilkan oleh KOLs telah dipamerkan dan seperti yang dijangka para tetamu yang hadir kagum dengan imej-imej yang dihasilkan oleh kamera itu. Pameran itu juga telah memainkan peranan dalam menunjukkan bagaimana potensi kreativiti boleh dikembangkan oleh pengguna SQ10. “Idea utama kempen ini adalah untuk menunjukkan bagaimana mudahnya untuk meneroka sisi kreatif seseorang tanpa kemahiran seorang jurugambar profesional,” kata Nakamura. “Selain itu, kami mahu mengetengahkan bagaimana format berbentuk segi empat sama ini mampu menjadikan fotografi itu sendiri sangat mudah dan berseni disetiap sudut.” Kamera itu juga memberikan

instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9

KOL keterujaan dan peluang menghasilkan karya yang berseni dalam kehidupan mereka. Selain itu, kamera instax mini 9 juga turut dilancarkan pada majlis tersebut. mini 9 dicipta berdasarkan kejayaan yang diperolehi dari instax mini 8 di seluruh dunia di mana ia mempunyai reka bentuk ikonik dan kemudahan penggunaan yang sama. Rangkaian terbaru ini dilengkapi dengan cermin swafoto dan kanta fokus dekat. Beberapa ciri-ciri lengkap daripada mini 8 dikekalkan – seperti pengukur pendedahan automatik untuk aturan aperture dan high-key mode atau pilihan kekunci-tinggi yang membolehkan pengguna menangkap imej dalam keadaan cerah serta sesuai untuk imej jenis potret.

Pelancaran kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9

“Kami telah mencipta mini 9 sebagai versi terkini mini 8 kerana rangkaian instax mini masih menjadi pilihan popular di kalangan jurugambar muda yang sedang meningkat naik dan yang mempunyai kemahiran kreativiti secara semulajadi. Masyarakat menerima kamera ini sebagai kamera kompak yang bersesuaian untuk ke majlis keraian, hari perayaan, pelbagai acara dan hari bersantai di luar. Kami mahu pelanggan kami merakamkan keseronokkan dan cetakan retro dengan hanya gerakan yang mudah iaitu ‘point and shoot’ atau ‘hala dan tangkap’,” dedah Nakamura. mini 9 yang terkini menawarkan lima warna baru yang bergaya, iaitu ‘Flamingo Pink’, ‘Lime Green’, ‘Cobalt Blue’, ‘Smoky White’ dan ‘Ice Blue’ yang direka khas untuk menarik minat golongan muda.

Harga instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9

Instax Square SQ10 Hybrid Instant Camera bernilai RM 1328.00

Instax Mini 9 bernilai RM 399

Dapatkan kamera instax SQUARE SQ10 dan instax mini 9 kegemaran anda dari pengedar sah Fujifilm Instax. Kebiasaannya tiap pembelian akan mendapat 6 bundle gift. Contohnya 1 x FujiFilm Instax Film 10 pcs (Worth RM29), 1 x Instax Pouch Bag (Worth RM 10), 1 x Mounted Close-Up Lens, 1 x Instax Arcylic Photo Stand, 1 x Instax Sticker Roll dan 2 x Instax Magic Pen (Worth RM 10) atau dapat Single Pack Square Instax Film 10 Pieces (Worth RM49) percuma. Ok la kan?

www.instax.com

www.instax.fujifilm.my

www.instagram.com/instaxclub

https://www.facebook.com/instaxclub

2 thoughts on “Pelancaran Kamera Instax SQUARE SQ10 dan Instax Mini 9

  1. So many Instax have been launched already. I only have the first ever Instax they’ve released (doesn’t have a screen to view). the film is the rectangular sized one. I’m kind of liking the square type, but I’m not sure if I’ll purchase since I don’t use my Instax that much anymore.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge