Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra. Assalammualaikum semua, hehehe. Tak pernah nak blog berkenaan gigi. Mesti pembaca ruby takut nanti. Sama macam ruby, asal nak jumpa dentist je takut. Sebab pengalaman klinik kerajaan masa kecil memang buat kita semua trauma. Bila dah besar, baru nampak keadaan sebenar klinik kerajaan kan. Orang ramai, doktor dan nurse kena buat rawatan cepat dan tangkas.

Tapi masa kecil dulu kalau pergi klinik kerajaan rasa macam cepat je rawatan yang kita terima. Mungkin sebab masa tu kita masih kanak-kanak. Aktif melakukan aktiviti di klinik. Lari sana sini. Hahaha. Cuba lihat muka ibu bapa kita? Mereka letih menunggu kan? Jadi, sekarang ruby dah faham. Sebab masa hamil dulu, ruby dapat rawatan KKIA bersebelahan klinik pergigian kerajaan. Kematu duduk gitu aje. Kalau masa tiada anak, pergi KKIA boleh la baca buku. Bila dah ada Adam, sibuk kejar dia aje. Masa hamilkan Alif memang banyak cabaran. Hahaha.

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Dek kerana trauma masa kecil, ruby memang jarang pergi klinik pergigian. Kalau masuk klinik pergigian mesti tengok suasana dan ambil bau. Kalau bau macam hospital tu, errrrmmmm memang takmo. Seriau. Hahaha. Tapi alhamdulillah Klinik Pergigian Izra ni suasana dia tenang dan selesa. Tema warna ungu dan ruang menunggu juga santai.

Dulu mana la ruby tahu nama Scaling ni, ruby tahu “cuci gigi” je. Hahaha. Bila dah tahu scaling tu apa, baru lah yakin nak berkomunikasi “ruby dah scaling gigi” “scaling gigi agar gigi bersih” “jom scaling gigi”.

Scaling Gigi

Perkembangan skala dan akar, atau dikenali sebagai terapi periodontal konvensional, terapi periodontal bukan pembedahan atau pembersihan yang mendalam, ia adalah proses mengeluarkan atau menghapuskan agen etiologi – plak gigi, produknya, dan kalkulus – yang menyebabkan keradangan. Membantu periodontium mengurangkan penyakit periodontal. Pengimbas Periodontal dan kuret periodontal adalah beberapa alatan yang terlibat.

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian IzraPengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Whitening Gigi

Pemutihan gigi menggunakan laser / sinaran biru. 4 kali proses pemutihan akan dilakukan dan dalam 1 kali proses mengambil masa 15 minit. Bibir anda akan disapu dengan petroleum jelly, supaya tidak kering. Setelah memakai “Retractors Lips Mouth Opener”, ubat akan disapu di gigi sahaja. Doktor akan menjaga gusi agar tidak terkena gel, ini kerana jika terkena gusi, anda akan berasa sangat pedih. Selepas tamat 15 minit, doktor akan mengulangi proses yang sama. Semasa proses pemutihan gigi, gigi anda akan berasa ngilu dan cubalah bertahan. Ini kerana “beauty is pain”. Hehe.Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

 

Dr. Musturawani Mohamed D.D.S U.K.M

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Dr Musturawani, atau lebih mesra dipanggil sebagai Dr Tura. Beliau telah menceburi bidang pergigian hampir 12 tahun. Dr Tura adalah Graduan Ijazah Doktor Pergigian tahun 2004 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui pengalaman ruby mendapatkan rawatan pergigian bersama Dr Tura, Dr Tura seorang yang mesra, penuh dengan informasi dan pastinya kita sebagai pesakit akan berasa selesa. Banyak maklum balas ruby baca di internet bahawa Dr Tura sangat bagus melayan pesakit. Tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Jadi, kita tidak akan berasa Trauma ke Klinik Pergigian kan? Rawatan gigi sangat penting, jangan diabaikan. Jangan tunggu sakit baru nak ke klinik.

Klinik Pergigian Izra

Klinik Pergigian Izra terletak di Putrajaya iaitu di Precint 8. Lokasi ini berdekatan Pusat Komuniti. Parking sangat mudah untuk dicari dan percuma! Hehehe.

Pusat Komuniti Presint 8, Blok A-T.01-U.07, Jalan P8C/2, Presint 8, 62250, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia

Waktu Operasi

Monday – Friday : 9:00am – 6:00 pm
Sabtu : 9:00am – 3:00 pm
Sunday & Public Holiday : 
CLOSE

+60 3-8889 3221

www.instagram.com/dr_tura

www.instagram.com/izradental

www.izradentalclinic.my

26 comments on “Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

  1. Mak Lin

    Kita pernah tengok iklan putihkan gigi, do-it-yourself. Murah, tapi macam takut nak try. Baguslah Dr. Musturawani ni, siap detail explaination. Yang penting, memang registered pakar. Jadi tak perlu risau.

    Reply
  2. Hanny Abdullah

    Wahh patutlah tengok Ruby sekarang ni asyik tersenyum hingga ke pipi jew…gigi dah chantikkk gitu..hehehe.
    Sis dulu memang buat kat klinik gigi di Bangsar, memang dah bertahun tahun gunakan khidmat doc gigi kat situ,tapi sebab kan ekonomi makin sesak, so sis berubah ke klinik gigi kerajaan pulak….dah tak larat dah nak bayar ribu riban…huhuhu
    Hanny Abdullah´s last blog post ..20th Century Fox World Studio Store Kini Di Buka Di Resorts World GentingMy Profile

    Reply
  3. Zharif Azis

    wahhhh RM 1500 untuk whitening. takut pulak kita dengar. insyaAllah one fine day akan buat rawatan utk whitening teeth. anyway, klinik nya nampak begitu selesa dan aman. jadi, sedikit sebanyak kerisauan utk berjumpa dentist tu dapat dikurangkan. hahahhaa

    Reply
  4. amirnawawi

    Alaaa saya baca pun ngeri la kak kalau ngilu-ngilu ni.

    Haritu saya dah buat scalling,. Ok la takde la sakit sngt.

    Tapi orang cakap whitening ni mahal. Betul ke? Nak buat juga tapi katanya banyak sesi jugak la kena buat baru ok. Ermm
    amirnawawi´s last blog post ..Selera Ramadan di PWTCMy Profile

    Reply
  5. Jane

    I’m thinking to go to do the treatment too. To makes my teeth whiter and healthier but afraid of the pain. Ha ha ha…

    Reply
  6. Huda

    menarik rupanya proses scaling dan whitening ni. Tak pernah try, teringin nak cuba. Doctor Tura sangat bagus merawat patient, tengok ruby enjoy jer sepanjang proses rawatan. Tq sharing Ruby! InshaAllah ada rezeki nak cuba nanti.

    Reply
  7. Nhazla binti Mohamed Fikri

    cantiknya gigi! mahal jugak ye nak putihkan gigi. saya tak pernah buat di klinik swasta. dan rasa kena perlu menabung banyak untuk ke sana. tapi sangat berbaloi dengan tempat dan khidmat diberi. doktor pun berpengalaman 12 tahun. bab kesihatan gigi sebenarnya tak boleh berkira.

    Reply
  8. Puteri Nabila

    Wow! RM1500 untuk whitening??! perghhh, memang mampu gi sana untuk scaling je la, hahahaha… kalau ikut, dah lama jugak tak gi scaling gigi.. boleh la kasi try sekali kat area putrajaya ni..

    Reply
  9. adianiez AIDA

    rm1500 whitening? wow! kena menabung rupanya.
    lom semampun ruby hi hi hi hi… tapi bagus dan berbaloi kan.
    gigi ibarat muka, kena presentable. jgn kedekut la kita dgn gigi sendiri.
    aida akan menabung. wajib nih!
    scaling aida pernah gi. ngilu!!! aduhai… tapi aida memang ke klinik kerajaan, ruby.
    kebetulan memang tiap tahun gi. annually cek up.
    adianiez AIDA´s last blog post ..House of Kambing, MAEPS Serdang ::: Sangat Sedap !!!My Profile

    Reply
        1. Ruby Post author

          Profession sebagai doktor melibatkan keselamatan dan nyawa. Buatnya gigi jenis yang ada masalah gusi dan gigi jenis tak kuat. Jadi, nak buat rawatan gigi kena tengok juga taraf pendidikan doktor tersebut dan berapa tahun pengalaman. Ruby rasa ni harga standard di mana-mana klinik pergigian. Ada juga harga promosi ditawarkan. Seperti 30% untuk mana-mana rawatan yang diperlukan.

          Kalau selesa dengan klinik pergigian kerajaan boleh je pergi ke sana. Cuma tak larat menunggu dengan anak kecil ada bersama dan tarikh appoinment yang tak ikut kesesuaian masa yang kita ada.

          Mana boleh sama kan kereta dan gigi kak oiii. Hahaha.

          Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge