Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri

      2 Comments on Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri

Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri. Lagi beberapa hari nak raya!! Yahoo. Subhanallah seronoknya. Tapi orang yang paling seronok adalah anak-anak kita la kan. Kenangan beraya ni sampai ke tua nanti biar mereka ingat. Macam ruby, sampai sekarang rindu kampung. Rindu arwah atok, opah, makcik, ayah, abah dan yang telah pergi ke rahmatullah. Sebab mereka lah di antara orang yang memberi keistimewaan ketika hari raya. Tapi, yang telah tiada tetap tidak akan ada kan? Ruby belajar hargai orang yang masih ada disekeliling ruby. Masih sihat melayan ruby dan anak-anak. Syukur. Ruby masih ada emak, pakcik, pak mat, mak teh, pak teh, chu dan mak su. Kemudian ada ramai sepupu dan anak-anak saudara. Ruby hanya 3 orang adik perempuan iaitu angah dan adik. Nak jumpa memang jarang-jarang. Masing-masing dah bekeluarga dan kerja jauh. Bila dah berkahwin, Ruby ada abang long, kak gee, nana, aten dan bugee. Nampak tak? Ruby kembali tersenyum.

Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri

Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri

Checklist tiap kali menjelang hari raya Aidilfitri adalah :

  1. Duit Raya Baru. Ini part paling seronok. Kena menabung tau. Haha
  2. Pakaian sedondon untuk anak-anak dan suami. 2 pasang seorang. Tahun ni warna emerald green, sebab tahun lepas mint green. Dah kenapa suka warna hijau ni? Hahaha. Sebab family ruby ni semuanya lelaki. Mereka kena redha. Hahaha.
  3. Kasut raya Adam, Alif dan Ayah. Sebab kasut waktu musim perayaan murah. Terutamanya dekat Bata. Ibu ni pakai kasut Scholl je boleh. Beli bila-bila pun tidak apa, sebab harga sama je.
  4. Tambah barang elektrik dan perabot. Miahahahaha! Masa ni la nak tukar yang dah rosak tu. Betul tak? Tambahan banyak promosi.
  5. Dekorasi rumah, langsir dan karpet. Ni memang kena tukar dan beli baru. Rumah ruby setahun sekali je langsir ditukar. Warna pun dah pudar.
  6. Bahan masakan. Ayam, Daging, Lemang, Ketupat, Kacang, Sayur, Serai dan lain-lain. Ini dibeli 2 hari sebelum raya. Tapi jangan bawa suami dan anak-anak sebab mereka tidak tahan sesak. Hahaha.

Itu je persediaan raya ruby. Memang seronok kan? Hehehe. Sebelum nak bersedia untuk shopping, sila kemas kereta dulu. Bagi ruang luas sikit. Boleh la shopping dengan aman dan mudah. Tambahan pergi shopping sorang-sorang, lagi la perlukan penyusunan barang elok-elok dan ruang yang luas.

 

Ruby tidak sabar nak beraya ni. Walaupun tahun ni tidak pulang ke kampung. Tapi takpa, InsyaAllah kita buat video call untuk Wan dan Atok. Mereka rindu Adam dan Alif. Sudah semestinya rindu anak teruna mereka juga. Husband ruby anak yang taat. Walaupun tak pulang ke kampung, dia selalu keep in touch. Ini lah nasib duduk di perantauan. Wuwuwuuw sedihnyaaa!

www.volkswagen.com.my/tiguan

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

2 comments on “Shopping Persediaan Hari Raya Aidilfitri

  1. Claudine

    Love the vlog ! And hope you have a wonderful Raya Celebration with your family. I love preparation times too because it’s fun going from one place to another!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge