Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana. Assalammualaikum semua, ruby beberapa hari ni ada perhatikan anak ruby. Kalau Adam gunakan ipad tengok Youtube Kids dah ada video baru dia suka tengok. Entah macam mana si Adam ni boleh pilih lagu-lagu ni. Sebab selalunya Ruby akan bantu dia semasa menonton Youtube Kids. Jadi, bila dengar suara asing, muzik lain dari yang lain tiba-tiba senyap pun Ruby akan segera tengok apa yang si Adam ni tonton. Paronoid tak? Kahkahkah. Mestilah Paranoid, sebab anak ruby kan. Takkan nak biar aje. Ruby akan menyibuk dari anak dalam rahim dan sampai bila-bila. Nampak tak kasih seorang ibu. Hehehe.

Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

Sorry Adam dan Alif, ibu ada dimana-mana. Hahaha. Okay berbalik kepada rancangan Youtube Kids yang Adam tengok tu, Ruby dah tahu mereka tonton apa. Mereka tonton Omar & Hana! Lerrr ingatkan rancangan apa. Ruby kalau bab video animasi ni. Sampai ke akaun Youtube Digital Durian ruby tengok semua. Bagus ke tidak dan betul ke bersesuaian dengan pendidikan ilmiah ni. Yelah ada muzik kanak-kanak ni selamba je ditukar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya lagu Air Pasang Dalam, lirik terakhir

“Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur”

Nampak Isteri Comel Terselit Bawah Dapur. Apakah?

Isteri apa yang dinyanyi oleh anak-anak kita? Merepek betul. Kemudian lagu kanak-kanak Sayang Mak Limah. Ada lirik diubah suai,

“Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi”

tetapi diubah kepada

“Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada LAKI”

Astaghfirullahalazaim. Kenapa lah kan ada lirik begini. Bila Adam dan Alif nyanyi. Ruby tukar kepada nama mereka atau nama ibu dan ayah. Nak buat macam mana lagi kan, sebab video dan muzik dah berleluasa. Boleh dimainkan berkali-kali pula tu.

Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

Tapi, ruby selalu blocked akaun Youtube yang siarkan video muzik tersebut. Hahahaha. Biar anak ruby tak jumpa dah akaun tu. Malah Youtube tidak akan suggest lagi. Betul tak? Terkini, Adam dan Alif tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana dan mereka suka sangat muzik video Alhamdulillah tu. Lagu simple je untuk ajar anak-anak ucap Alhamdulillah. Bila tengok Adam buka video itu ketika bulan Ramadan ni. Sejuk perut ibu mengandungkan Adam dan Alif. Hehehe.

Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

 

Sekarang video siri animasi Omar & Hana dah ada 17 video di saluran Youtube Channel Omar & Hana – Lagu Kanak-Kanak Islam. Dari video Promo, interview dan lagu animasi. Semua Adam tengok. Hehehe. Ustaz Don, Ustaz Nushi (Kuiscell) dan Puan Zaliza (Genius Aulad) adalah ‘education consultant’ bagi siri animasi Omar & Hana. Syah Inteam pula memainkan suara bagi watak Ustaz Musa.

Sekarang ni kegemaran si Adam dan Alif adalah Omar & Hana dan Didi & Friends. Sebab warna ceria dan lagu catchy kan? Selamat menonton!

www.facebook.com/OmarDanHana

 

8 comments on “Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Islamik Omar & Hana

  1. Mrs fara

    Anak fara pon dah start suka omar dan hana ni.. lebih bagus dan padat dengan kata-kata yang baik… Pandai ckp alhamdulillah, syg allah syg nabi… Byk anak belajar kt situ… Senang hati mak die.. hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge