Borong Huggies Dry Pants di Lazada Big Baby Fair

Borong Huggies Dry Pants di Lazada Big Baby Fair. Assalammualaikum semua, wah lama juga tidak kemas kini blog ruby ni. Sibuk dengan persiapan rumah terbuka sampai tak sempat nak buka laptop. Kemas rumah, sampai laptop pun letak entah kat mana. Hahaha. Tapi telefon pintar sentiasa ada di tangan. Jadi boleh la join shopping di Lazada Big Baby Fair yang sedang berlangsung dari 26 Julai 2017 – 30 Julai 2017. Memang banyak produk dijual dengan harga berpatutan. Tapi, anda nak tahu tak tips membeli di Lazada?

Jika mereka umumkan tarikh jualan murah, anda perlu mula shopping pada hari pertama! Shopping tu bermaksud lepas pilih, terus beli dan proceed to checkout. Sebab jika anda biar ia di dalam troli my cart tu. Maka harga boleh berubah. Sebagai contoh, ruby memang suka beli borong pampers anak-anak. Jadi suami ruby tolong cari dan pilih. Dia akan masukkan dalam cart. Tapi dia nak ruby yang checkout buat payment. Ruby pula buat checkout pada keesokan hari iaitu 27 Julai 2017. Husband pun tanya ruby, eh semalam RM 72 dapat Huggies Dry Pants L50+4 x 3 Super Jumbo Pack. Hari ni dah RM 79.90. Huhuhu.

Borong Huggies Dry Pants di Lazada Big Baby Fair

Borong Huggies Dry Pants di Lazada Big Baby Fair

Walau apa pun ruby memang suka beli secara dalam talian. Sebab free delivery sampai ke rumah. 1 kotak ada 3 pampers. Kalau beli dekat pasaraya macam mana nak angkat? Hahaha. At least courier service ada troli untuk hantar sampai ke depan rumah. Hehehe.

Untuk kali ini, ruby beli lampin aje lah. Yang lain nanti kita tengok. Susu Adam dan Alif sering bertukar-tukar, jadi kita tunggu pesanan yang telah di pesan sampai k. Hehehe. Ruby beli dua kotak. Ia bermaksud 6 pek pampers Huggies Dry Pants! Hahaha. Boleh bertahan sehingga 3 bulan. Sebab 1 pek bertahan selama 2 minggu. Adam dan Alif sama saiz, Adam kadang-kadang je dia pakai. Masih lagi dalam potty training. Alhamdulillah semalam dia nak duduk dekat atas kerusi jamban dia. Sebelum ni taknak. Pelan-pelan. Hehehe.

Jadi untuk ibu bapa diluar sana. Selamat membeli belah ya!

www.lazada.com.my

13 comments on “Borong Huggies Dry Pants di Lazada Big Baby Fair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge