Tech & Gadget

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin kongsikan dengan anda satu aplikasi yang amat sesuai untuk anak-anak kita. Secara keseluruhan, ruby sarankan ibu bapa muat turun aplikasi MYCHAMPION. Selain dari menjawab soalan-soalan mengikut profesion pekerjaan sebagai Doctor, Athlete, Celebrity, Pilot dan Chef. Anda sebagai ibu bapa dapat ganjaran dengan mendapat Vitamin CHAMPS dari Watsons Malaysia. Vitamin CHAMPS anda boleh memilih untuk penghantaran ke rumah atau ambil di mana-mana cawangan Watsons berdekatan anda. Untuk penghantaran ke rumah, minimum RM 150 untuk dapat FREE Delivery. Memandangkan banyak produk Watsons kita sering membeli-belah. Kenapa tidak menambah belian ketika menebus ganjaran CHAMPS kan?

Ruby kalau ke pasaraya, mesti masuk farmasi Watsons. Cuci mata boleh release stress. Lagi satu ruby suka susun produk. Jika ada gondola yang ada customer dah beli dan bahagian hadapan kosong. Ruby akan susun agar ia nampak cantik penuh tersusun. Hahaha.

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Berbalik kepada aplikasi MYCHAMPION, Ruby sudah mencuba. Memang menarik dan ruby pun tidak pasti jawapan yang tepat. Bila jawapan salah, jawapan yang betul akan diberitahu. Tips dan Info tentang soalan serta jawapan juga turut disediakan. Ruby dah cuba jawab soalan untuk profesion sebagai Chef.

Untuk karier kerjaya sebagai Chef, anda perlu tahu nutrisi makanan, asal dari negara mana makanan tersebut, peralatan di dapur, perbezaan buah dan sayuran dan macam-macam lagi. Ruby pun tidak tahu bezakan Tomato tu buah atau sayur? Cuba jawab. Hahahaha. Tomato adalah buah atau sayur?

Ruby jawab sebagai buah. Hahahahaha. Sedangkan ia sayur. Sebab biasa makan tomato macam makan epal. Hehehe.

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION turut dihadiri guru dan pelajar sekolah Kampung Jawa. Setiap kanak-kanak mempunyai cita-cita. Apa yang mereka ingin jadi ketika dewasa adalah dari keazaman ketika kanak-kanak. Apabila mereka di dedahkan dengan pelbagai karier pekerjaan. Mereka mempunyai cita-cita untuk belajar sebaik mungkin agar dapat merialisasikan impian mereka.

Ketika zaman kanak-kanak, mereka hanya tahu profesion sahaja. Mereka tidak tahu bahawa sebagai Doktor apa yang perlu mereka tahu. Merawat, melakukan pembedahan, melakukan x-ray, memberi preskripsi ubat dan sentiasa on-call demi tanggungjawab yang dipikul. Karier yang sangat mulia. Selain itu, tahukah mereka. Walaupun ingin menjadi doktor gigi, mereka perlu belajar asas badan manusia juga. Bukan hanya belajar tentang rongga mulut dan gigi sahaja. Pendedahan dari aplikasi pendidikan interaktif MYCHAMPION sangat membantu memberi pendedahan awal karier.

Selain itu, setiap soalan dan jawapan adalah melalui ensiklopedia. Jadi, ia adalah soalan dan jawapan relevan mengikut usia kanak-kanak. Jika soalan sukar pun, ia boleh dijawab oleh ibu bapa. Maka, proses menggunakan aplikasi pendidikan interaktif MYCHAMPION dapat mengeratkan siratulrahim seisi keluarga.

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION
MR BILLY URUDRA, CHIEF COMMERCIAL OFFICER OF CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Aplikasi ini terdapat didalam dua bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia dan ia sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 6 tahun hingga 12 tahun.

Muat Turun Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play dari 1 May 2017.

Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.convep.mychampion

Apple Store : https://itunes.apple.com/tr/app/my-champion/id1169967708?mt=8

Aplikasi ini adalah PERCUMA.

Ganjaran dari Watsons Malaysia untuk anda

Setelah sukses menamatkan permainan, ibu bapa boleh klik button CLAIM untuk menebus vitamin CHAMPS. Dengan cara ini, anak anda akan berterusan mendapat nutrisi hebat dari CHAMPS. Bagus kan? Bagi ruby, ini adalah usaha murni dari CHAMPS dan Watsons untuk ibu bapa di luar sana. Bertahun kita percaya dengan Vitamin CHAMPS dapat memberi anak kekal sihat dan aktif.  www.watsons.com.my/champs

Vitamin CHAMPS

Selama ruby hidup, ruby dibesarkan dengan Vitamin CHAMPS. Abah ruby memang suka bagi vitamin ni memandangkan ia lebih mudah sebab seperti gula-gula. Berbanding makan vitamin berbentuk cecair, memang trauma la nak makan. Sebab ingat ubat demam dan ubat batuk yang tak sedap tu. Hahaha. Berapa ramai dikalangan ibu bapa amalkan Vitamin CHAMPS untuk anak-anak? Mesti ramai kan! Hehehe. CHAMPS adalah dari syarikat CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd dan kini berusia 55 tahun pada tahun 2017. Sudah tentu ia dipercayai oleh semua ibu bapa.

Rangka promosi Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION akan berada di dalam akhbar The Star dalam sisipan kekeluargaan dan di dalam majalah Kuntum juga terdapat maklumat aplikasi serta baucar Watsons Malaysia. Ia bermula dari May 2017 hingga Oktober 2017.

 

25 thoughts on “Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION

  1. Vitamin Champs ni memang dah dikenali dari dulu lagi.. TB pun banyak dengar orang kata vitamin champs ni sedap sangat tapi TB takl pernah ras alagi.. rasa oren2 ye Ruby? hehehe

  2. hahaha kita yang teruja lebih. Nak suruh Kakak buat untuk anak dorang lah. sebab kita yang tua pun dah rasa menarik apatah lagi kanak-kanak , dapat Vitamin Free lagi sambil-sambil tu 😀

  3. So applikasi ni adalah untuk dedahkan kanak² lebih lagi mengenai kerjaya masa dewasa lah ya? Menarik. Sebab anak² Salma cepat sangat terpengaruh dengan rancangan tv. Tengok ultraman cakap bila besar nak jadi ultraman. Haha. Boleh dedahkan dorang dengan cara interaktif ni pulak.
    Salma Othman´s last blog post ..Review | Safi Balqis OxywhiteMy Profile

  4. Wahhhh! Kak ruby, bagusnya usaha murni CHAMPS ni. Gunakan sosial media sebaik mungkin untuk menanam minat kanak-kanak trhadap cita-citanya. Satu program yang baik. Yang bestnya siap dapat vitamin CHAMPS lagi tu. Rasa berbaloi. Nanti nak suruh adik-adik install la aplikasi ni. Actually, kami sekeluarga memang selalu beli CHAMPS ni pun. Hihi. Tq akak for sharing. Lagi satu, onie harap..ramailah yang install aplikasi ni daripada melayari benda tak faedahkan. Good job CHAMPS dan juga Watsons Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge