Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017. Assalammualaikum semua, ruby ingin kongsikan larian yang bakal berlangsung pada hari Ahad 16 Julai 2017 di Berjaya Times Square. Mungkin anda baru tahu tentang larian tahunan ini atau anda dah terlalu banyak menyertai larian sehingga terlupa larian yang paling senior di Malaysia. Hehehe. Roasters Chicken Run telah diadakan sebagai acara kebajikan dan tahun 2007 adalah genap usia acara ini 13 tahun. Ia bermula sejak tahun 2005. Ruby masih ingat lagi tahun 2007 ruby menyertai Roasters Chicken Run di Sunway Pyramid. Selepas larian, kami mandi di Sunway Lagoon. Best sangat!
Tapi bagi tahun 2017, huyoo dah 10 tahun dah ruby menyertai larian Roasters Chicken Run. Alhamdulillah! Tempat bertukar-tukar agar dapat menarik pengunjung baru dan memberi kelainan kepada peserta setia Roasters Chicken Run. Hehehe. Memang seronok! Tambahan sekarang dah ada finisher medal. Lagi la best kan.
- Hari : Ahad
- Tarikh : 16 Julai 2017
- Masa : 7.00 am
- Lokasi : Main Entrance, The Boulevard, Berjaya Times Square
- Parking : Basement parking di Berjaya Times Square
Yuran Pendaftaran Roasters Chicken Run 2017
Laluan Roasters Chicken Run 2017
Pengambilan Race Pack Roasters Chicken Run 2017
Race pack atau di dalam Bahasa Malaysia adalah pek perlumbaan boleh mula di ambil pada 12 Julai 2017 (12pm–7pm) dan 13 Julai 2017 (12pm – 5pm) di Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square. Pek perlumbaan mengandungi :
- Goodies Bag
- Exclusive Runner’s T-Shirt
- Bib Tag
- Berjaya Time Square Theme Park Entrance Wrist Band
- Finisher Medal
- E-Cert
Finisher Medal dan E-Cert akan diberi selepas larian!
- Strictly no bib and T-Shirt collection on event day.
- Egg, Cone and Theme Park Wrist Band will be given out to participants on event day, upon presentation of event bib.
Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017
Pihak Kenny Rogers berbesar hati menerima pendaftaran saat akhir, tetapi anda perlu hadir ke cawangan Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square pada 12 Julai & 13 Julai (12pm to 7pm).
Jumpa anda semua pada hari ahad ini!
9 thoughts on “Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017”
Rane Chin
(July 22, 2017 - 9:07 pm)I enjoyed the run last Sunday morning. Too bad didnt see you else can take pic together
Rane Chin´s last blog post ..Sonne Sauna – Far Infrared (FIR) Home & Professional Sauna
Mazni Azmi
(July 16, 2017 - 7:18 am)Sambil makan ayam kenny rogers
Sambil lari lari ya ruby
Mazni Azmi´s last blog post ..Vitalea Shaklee 19 Kebaikan Untuk Ibu Mengandung
Fadzi Razak
(July 15, 2017 - 6:37 pm)Macam mana akak boleh larat lari? Fadzi nak join event lari lari ni memang tak larat. Last bersukan pun masa sekolah menengah dulu
Ruby
(July 15, 2017 - 11:06 pm)Hahaha. larat lari? Akak masuk supaya ada aktiviti mingguan. Lari bukan dapat no 1 pun. No berapa ratus tau. Buat je. hahahaha
Bro Framestone
(July 15, 2017 - 5:38 pm)Hahaha Esok ek?
Xpe la…. Tahun depan baru set balik azam nak join larian macam nie.
Tahun nie, kita just kuatkan azam untuk berazam pada tahun depan… (boleh caya ke nie?)
Ruby
(July 15, 2017 - 11:14 pm)hahahahhaa!!!
NUR ALJA
(July 15, 2017 - 3:23 pm)Alja baru tahu, ruginya. Sebab memang suka lari-2 mcm ni cuma tak berpeluang. Ni dekat TS dekat dgn pulak dengan public transport. Harap dapat join lepas ni 😀
Hanny Abdullah
(July 15, 2017 - 1:19 pm)Sis kalau lutut tak sakit memang teringin nak join run run ni. Sekarang tak leh join apa2 dah, tu badan naik tu
Mahamahu
(July 15, 2017 - 12:21 pm)Sedihnya tak dpt join chicken run ni. Tapi next time ok..