Ruby's Thoughts

Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Assalammualaikum semua! Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga! Hehehe. Ruby nak kongsikan apa program ruby lakukan dan plan kami tahun ni adalah beraya di Kuala Lumpur aje. Tahun ni tidak balik kampung Kuantan, Pahang dan Tanjung Tualang, Perak. Makanya kami di Kuala lumpur. Ini adalah tahun pertama kami beraya seisi keluarga. Suami, Ruby, Adam dan Alif. Macam best kan?

1 Bulan Sebelum Aidilfitri

Teruja nak beraya, kain ela bermeter-meter mak ruby dah belikan. Kemudian masuk buku hutang. Sebab gaji belum masuk. Hahaha. Dapat la 3 pasang kain sedondon. Hijau Emerald, Hijau Opal dan Merah. Wahh cantik kan. Bila balik rumah, tengok dalam almari banyak warna hijau. Hahaha. Suami dah sengih. Tahun sudah Hijau Mint. Tahun 2015 warna merah. Tahun 2014 warna hijau pucuk pisang dan tahun 2013 warna purple dan coklat. Hahahaha. Apa la ruby ni.

2 Minggu Sebelum Aidilfitri

Persediaan raya menjadi tunggang terbalik setelah apa yang kami plan tak menjadi. Tak sempat beli kain laingsir baru, kereta tak boleh servis dan maka bermulalah plan beraya di KL aje. Bayaran kerja tak dapat-dapat. Arghh lumrah bekerja sebagai freelancer kan. Sedih sangat! Sebab ruby dan suami asingkan duit gaji masing-masing untuk tanggungjawab yang dah di amanahkan. Ruby urus rumah tangga, husband buat bayar bil dan loan. Arghh sedih ya amat.

7 Hari Sebelum Aidilfitri

Masa ni bleh tengok aje la Bazaar Malam di Jalan TAR. Kemudian belek-belek samping dan songkok anak. Pastu letak balik. Kemudian tengok serunding dan lemang dari atas jalan raya aje. Sepanjang jalan Ulu Klang orang jual lemang. Huwaaa. Bila lah aku nak membeli ni.

3 Hari Sebelum Aidilfitri

Ruby tengok suami, suami tengok ruby. Sabar aje la preparation tak dapat nak buat. Cuma apa yang kami sempat buat semasa bulan Ramadan adalah puasa penuh, makan ala kadar, solat wajib, solat sunat, solat taubat dan bayar zakat fitrah.

1 Hari Sebelum Aidilfitri

Berbekalkan RM 100, kami pergi ke pasar tani dan beli bahan untuk masak. Takkan la raya pertama nak pergi awal-awal ke rumah orang. Siapa yang ada di Kuala Lumpur pun ruby tak tau. Jadi ruby plan nak masak ayam masak merah, rendang daging, nasi minyak dan air sarsi. Hahaha. Lemang beli lemang Pak Ali RM 20. Suami akan beli selepas solat hari raya nanti.

Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Alhamdulillah kami survive dengan bersederhana aje Aidilfitri kali ini. Duit raya pun tukar di kedai mamak. Punyalah kedekut mamak tu, kata duit RM 5 takda. Sedangkan dalam drawer dia banyak. Takpelah. Keluarkan duit di ATM CIMB di Hospital Gleaneagles Jalan Ampang. RM 10 duit raya. Rezeki siapa la ni kan. Hahaha. Bagi ruby, duit raya ni ibarat ruby bersedekah. Masih ruby ingat lagi. Jika ingin bersedekah dan bantu orang. Mulakan dengan saudara terdekat kita. Adik-beradik kita. Walaupun mereka macam hidup normal atau berlagak tak bertempat. Kita bantu apa yang termampu k.

Bila semua pengalaman ni berlaku, ruby niat dalam diri akan plan lebih baik raya 2018 nanti. Mesti balik kampung. Sebak gila pagi raya tu. Bangun awal tengok anak-anak. Pastu tengok suami dah teroyak rindu mak ayah dia. Sebagai isteri mesti la kita terasa kan. Kalau suami takleh plan, kita sebagai isteri kena bantu. Cari kereta sewa ke apa ke kan. Tapi dah last minute. Kereta takda dan duit pun tak da! Huwaa sedih.

Semoga raya aidilfitri tahun ni diberi keberkatan dan raya akan datang kita lebih bersedia. Persediaan awal memudahkan kita untuk laksanakan banyak amal ibadat. Bila kita tak plan, maka nak bergaduh je la hari-hari. Malah amal ibadat entah kemana nanti. Ruby anak sulong dari 3 beradik dan suami anak ke-3 dari 6 beradik. Kena tolak ansur fikirkan juga apa yang terbaik. Nampak remeh je hal raya ni. Tapi bila dah berumahtangga dan ada anak. Terasa sayu tau.

Ruby nak mohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan ruby sepanjang menulis blog dan sepanjang anda mengenali ruby sekeluarga. Maaf kan kami ya. Jika ada pendapat dan teguran, silalah maklumkan kami. Agar kami boleh berubah kearah kebaikan dan rezeki kami diberkati. Amin. Semoga kehidupan anda dimurahkan rezeki dan diberkati. Amin Amin. Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

 

9 thoughts on “Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge