15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan. Assalammualaikum semua, hai. Sedar tidak sedar dah 5 tahun usia perkahwinan ruby (10.11.12 – kini). Terpanggil untuk berkongsi idea dan pengalaman ruby menghias rumah. Pada awalnya dulu, ruby meminati rumah minimalis dan konsep modern country. Pemilihan warna putih dan warna kayu paling ruby suka. Tapi, ekonomi sebuah keluarga baru adalah amat terhad. Jadi, ruby hias rumah dengan barang-barang sedia ada. Walaupun warna lain. Seperti kelabu dan hitam. Tapi, alhamdulillah ia menjadikan rumah ruby cukup selesa untuk keluarga kecil ruby.

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

  1. Cat Dinding / Separuh / Wallpaper
  2. Lapik Meja
  3. Tiles / Tikar
  4. Langsir
  5. Bantal Hiasan
  6. Quotes / Mix & Match
  7. Perabot Antik / Rak
  8. Kawasan Bacaan / Rak Buku / Ruang kerja
  9. Lampu
  10. Permaidani Turki / Karpet
  11. Kerusi / Sofa
  12. Statement Wall / Art / Photo Frame / Cermin
  13. Almari / Galeri Pinggan Mangkuk
  14. Bunga
  15. Wangian / Aromatic Diffuser / Glade / Ambi Pur

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

5 tahun pertama ini memang mencabar, ini adalah masa untuk kita mengenali minat dan apa kebolehan pasangan masing-masing. Bersyukurlah anda jika memiliki pasangan yang ringan tulang. Tidak semua lelaki atau wanita memiliki sifat rajin. Hehehe. Ruby dan suami saling tolong menolong. Tidak kira apa pun perkara. Kami sentiasa bersedia. Bergaduh tu perkara biasa, darah muda kan. Hahaha. 15 idea hiasan rumah ni semua ruby dah ada. Cuma nak laksanakan perlu ada masa yang sesuai.

Masa mula-mula masuk rumah, perkara utama ruby beli

  • Katil
  • Tilam
  • Bantal
  • Selimut
  • Dapur Gas
  • Tong Gas
  • Pinggan
  • Cawan
  • Sudu & Garfu

Itu pun dah cukup untuk permulaan kehidupan. Kemudian pada bulan kedua, ruby mula beli bekas makanan untuk simpan rempah ratus dan bahan-bahan masakan. Apa yang penting, beri makan kenyang-kenyang kepada keluarga kita. Bulan pertama okaylah makan di kedai kan? Hahaha. Masak tak sedap. Tapi masih mencuba. Bila dah pandai, dapur ini aku yang punya!!! Hahaha.

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

Bila ruby dah rajin masak, barulah suami cari pekerja untuk buat kitchen cabinet. Seronok sangat dapat kitchen cabinet. Ini di antara permulaan hiasan rumah ruby. Kemudian barulah kami pergi buat tempahan langsir. Naluri seorang wanita, pasti nak rumah kemas dan cantik. Sedap mata memandang.

Hiasan rumah yang ruby sering tekankan adalah susun atur kabinet dan perabot. Pada awalnya rumah ruby banyak juga perabot. Semua perabot dari rumah bujang sebelum nikah. Tapi bila lahir anak pertama, Adam Solihin ni suka sangat terhantuk sana sini. Kejap-kejap dengar lah dia menangis. Jadi, ruby ubah suai balik susun atur perabot. Malah tiada karpet, sebab suami dan anak ada sinus. Bersin tidak ingat dunia. Huwaaa. Tak boleh ada karpet yang cantik. Tapi tak mengapa, demi persekitaran yang bersih. Hehehe.

Semua perabot dan kabinet ruby kurangkan, yang tinggal hanya meja makan dan coffee table. Hahaha. Oh ya dan sofa bed. Memang lapang lah rumah ruby ni. Ruby simpan hasrat untuk dapatkan hiasan rumah yang berkonsep modern kontemporari macam gambar di bawah.

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan 15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

Ruby tunggu Adam Solihin dan Alif Daniel membesar dulu, baru ruby hias rumah seperti yang ruby idamkan. Buat masa ini ruby kumpulkan barang sikit-sikit. Hehehe. Cara begini lagi murah, mudah dan puas hati. Malah suami ruby pun tak faham kenapa perlu beli barang-barang ini sedangkan tidak digantung, tidak digunakan dan tidak dikeluarkan dari bag plastik pun. Hahaha. Pernah satu hari tu, suami ruby cakap “Sayang, you dah macam HOARDERS”. Ruby senyum je lah. Hahaha, tunggu lah anak dah sekolah nanti. Tunggu anak dah tak conteng dinding nanti. Rumah ni pasti jadi seperti yang ruby idamkan.

Kumpul Sikit-Sikit Barang Hiasan Rumah

Nak tahu dari mana ruby beli barang hiasan rumah? Ruby tidak tertumpu kepada kedai utama. Kadang-kadang beli dekat IKEA, AEON, Mr DIY, DAISO, CAVENZI, Nilai, Tangkak, Senawang dan kedai dalam talian. Bila beli dalam talian, ruby dapat barang dari luar negara. Lagi mudah dan murah. Malah penghantaran percuma.

Apakah Produk Hiasan Rumah Yang Wajib Ditukar Ganti

Bagi ruby, hiasan rumah seperti perabot, almari dan lain-lain boleh bertahan sehingga 10 tahun. Penjagaan rapi dan pembersihan perlu la kerap dilakukan. Agar ia kelihatan menarik sepanjang masa. Ruby sering tukar langsir dan cadar tempat tidur sahaja. Langsir tukar setahun sekali, cadar ruby suka beli setahun 3 unit. Jadi, apabila dikumpulkan. Ia boleh gilir-gilir digunakan. Betul tak?

15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

Harap-harap 15 idea hiasan rumah yang ruby kongsikan ini memberi manfaat buat pembaca semua. Buat ibu-ibu di luar sana. Walau ekonomi tidak menentu, pastikan rumah kita kemas dan selesa. Agar semua ahli keluarga seronok pulang ke rumah. Suami balik kerja pun happy. Bukan setakat suami je perlu happy. Kita sebagai ibu pun perlu happy. Tengok langsir cantik, lantai elok bersih, tiada pinggan mangkuk dalam sinki dan bau rumah segar. Rumah adalah tempat perasaan bahagia hadir. Sentiasa kreatif hias rumah k.

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

17 thoughts on “15 Idea Hiasan Rumah Selama 5 Tahun Perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.