Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika

Assalammualaikum semua, ruby terpanggil untuk berkongsi tentang “Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika”. Berapa ramai diantara kita yang menggunakan perkhidmatan Grab & Uber? Ruby akui telah menggunakan aplikasi ini lebih dari 1 tahun. Dari MyTeksi pada tahun 2013, dan kini dinamakan sebagai Grab. Manakala Uber ruby daftar pada tahun 2015. Memang ruby seronok bila ada kedua-dua aplikasi ini. Ruby rasa selamat dan selesa.

Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika

Tapi kebanyakan pengguna Grab & Uber ni seperti tidak tahu memanfaatkan teknologi yang disediakan. Makin mudah, makin bangang manusia ni. Mungkin mereka ingat pemandu-pemandu Grab & Uber adalah pemandu peribadi mereka. Ruby nak kongsikan pengalaman ruby sepanjang menggunakan kedua-dua aplikasi ini.

Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika

  1. Selamat. Paling utama adalah keselamatan. Bagaimana keadaan kebersihan kenderaan tersebut, ia boleh menenangkan pengguna. Pemandu Grab & Uber adalah orang asing. Kita tak kenal dia, dia tak kenal kita. Tapi dengan penampilan dan keadaan kereta, kita ada kepercayaan menggunakan perkhidmatan mereka.
  2. Aplikasi sentiasa dikemaskini dan promo kod. Kenapa pelanggan masih menggunakan aplikasi ini walaupun pelbagai isu berbangkit, macam-macam siaran media kita baca. Sebab, pihak Uber & Grab sentiasa memastikan sesuatu perkara itu ditangani. Ciri keselamatan untuk pengguna diutamakan. Malah customer service sangat cepat bertindak.
  3. Komunikasi. Walaupun pemandu adalah orang asing, tetapi ia tidak meletakkan kita ini bagus sampai tidak boleh berkomunikasi secara sopan. Ramai pemandu grab adalah dikalangan orang yang berpendidikan. Pelajar, bekas pekerja Oil & Gas, penjawat awam, pekerja part time dan mereka yang pencen. Jadi, cubalah berkomunikasi tanpa ada sifat-sifat angkuh dan bongkak. Hidup kita tidak selamanya di atas. Hina ke bekerja sebagai pemandu Uber & Grab? Mereka boleh dapat income sehingga RM 5K sebulan disebabkan kerajinan mereka. Anda?
  4. Manfaatkan fungsi aplikasi. Anda sedia maklum bahawa aplikasi Uber & Grab sangat canggih. Sehinggakan boleh nampak lokasi kenderaan pemandu. Siap dengan jangkaan masa. Malah sekarang, pemandu boleh menurunkan penumpang lain dan seterusnya mengambil anda pula. Anda ada hak untuk cancel jika ia terlalu lama. TETAPI, jika pemandu sudah menunggu anda. Tapi anda tidak muncul bagaimana pula? Ada button mesej dan call disediakan. Jika inginkan perkhidmatan Uber & Grab di kawasan pusat membeli belah seperti KLCC, anda perlu ada di ruang lobi luar kerana kenderaan menunggu Uber & Grab tidak dibenarkan menunggu lama-lama. 3 minit pun sudah dikira lama.
  5. Jaga kebersihan kenderaan Uber & Grab. Ya, sebagai pengguna. Tolonglah bertimbang rasa. Tutup pintu pelan-pelan. Kalau bawa barang banyak, susun kemas-kemas. Nak kuatkan penghawa dingin maklumkan pemandu. Bukannya buat muka masam mencuka. Hahaha.

Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika

Ruby bercakap hal ni sebab ruby suka perhatikan pengguna Uber & Grab. Ramai yang mengadu itu ini. Tapi hakikatnya diri sendiri yang teruk.

Cara ruby bila nak membuat tempahan Uber & Grab mudah je

  1. Siap sedia nak keluar, kunci pintu rumah.
  2. Buka aplikasi Uber & Grab. Bandingkan harga.
  3. Harga memang penting. Tengok mana yang ruby mampu ketika tu. Kalau ada promo kod lagi bagus. Sebab boleh berjimat. Mana murah memang ruby akan guna perkhidmatan salah satu. Destinasi ruby memang jauh-jauh. RM 5 promo kod amat bermakna.
  4. Hubungi melalu mesej di aplikasi dan maklumkan lokasi untuk ambil dimana. Di Blok sekian, depan kedai sekian.
  5. Pemandu akan balas mesej. Itu sangat bagus!
  6. Tunggu kenderaan Uber / Grab. Ya ruby tunggu! Bukan pemandu tunggu.
  7. Naik kenderaan, bagi salam untuk beragama Islam. Jika pemandu bukan beragama Islam, Good Morning dan Good Afternoon!
  8. Pemandu akan sebut nama ruby dan destinasi.
  9. Ruby duduk dalam kenderaan dan tengok persekitaran.
  10. Kereta perlu locked. Jika tidak locked, ruby akan maklumkan. Bahaya hoi. Takut! Kot ada peragut ke apa kan. Kalau pemandu buat hal, ruby bleh tekan button emergency Grab je.
  11. Sambil-sambil tu bersembang lah isu semasa.
  12. Sampai ke destinasi, bayar duit cash tu bagi la duit kecil. Lagi elok guna debit card aje. Senang. Lepas sampai destinasi boleh terus keluar dari kenderaan. Selalu ruby ucapkan “Bye uncle!””Bye encik” “Assalammualaikum”.

Jadi, tak susah mana pun nak mendidik diri kita sebagai pengguna Uber & Grab untuk gunakan perkhidmatan ini sebaiknya. Bila pemandu mengadu perangai pengguna teruk. Pihak Uber & Grab mesti tak boleh buat apa-apa kepada pengguna sebab “customer always right”. Tapi kalau sesuatu terjadi kepada diri kita seperti dimarahi oleh pemandu. Macam mana pula? Nanti satu hari rosak mood. Ya, memang kita boleh bagi 1 bintang atau mengadu pemandu itu teruk. Tapi kena marah dengan pemandu tu boleh diingati sampai bila-bila kan? Anda jadi serik nak gunakan Uber & Grab. Anda trauma. Anda sentiasa rasa diri anda tidak salah. Anda rasa anda sentiasa betul. Sedangkan anda telah menyusahkan pemandu. Menunggu lama di luar pusat membeli belah. Kenapa anda tidak cancel? Mudahkan kerja pemandu untuk dapat pelanggan baru jika anda jalan terkedek-kedek nak ke lobi.

Ruby bengang tau bila di KLIA, ada pemandu Uber & Grab dah menunggu mangkuk ni. Ruby punya aplikasi masih searching driver. Mangkuk tu datang dalam masa 10 min. Wahhh hebat eh lenggang kangkung datang. Ingat pemandu Uber & Grab ni personal driver kau? Huh! Manusia macam ni memang jenis tak bertimbang rasa. Kesian pemandu menunggu. Takkan lah bodoh sangat dari tempat ambil bagasi dah start booking Uber & Grab. Tu awal sangat! Sekarang dah ramai buat Uber & Grab sebagai pekerjaan sampingan. Pasti ada driver yang ingin ambil kita walau lambat sikit pun. Biar kita tunggu pemandu, bukan pemandu tunggu kita. Sebab tiada zon menunggu macam VIP pun dimana-mana!

Macam-macam ragam manusia kan? Hurrmm. Sabar je lah.

Disclaimer : Blog POST Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika adalah pendapat saya sendiri berdasarkan pengalaman saya. Ini bukan kempen Uber atau Grab. Saya juga pelanggan mereka. Sekadar perkongsian.

12 comments on “Mendidik Pengguna Grab Dan Uber Agar Lebih Beretika

  1. Li Chuen

    I love using Grab car because it is very convenient 🙂 Good tips that you share, because I also wouldn’t want other people treating my car like sampah. haha

    Reply
  2. Hanny Abdullah

    Sis pun pengguna setia uber n grab. Bila ke town n bila ada promo free mmg akan gunakan grab atau uber. Keta tersadai je kat umah..hehehe.
    Setakat ni alhamdulillah blom pernah wat perangai gan diorg..??

    Reply
  3. Hilmas Life

    Bagus remonder untuk semua. Sekarang ni Grab dah ada emergency button. Tak sure mcm mana its function. Takut nak tekan ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.