Resepi Kek Kukus Pelangi

      6 Comments on Resepi Kek Kukus Pelangi

Resepi Kek Kukus Pelangi. Hehehe. Assalammualaikum semua, ruby dah cuba resepi kek kukus pelangi. Nama lain dipanggil kek marble. Hahaha. Dah banyak kali cuba buat, cuma sentiasa tak menjadi sebab ketuhar ruby jenis konveksional dan lambat masak. Lepas tu masak kek mesti kat tengah kek masih lembik cair. Hurmmm. Teknik kukus paling selamat dan tidak akan hangit! hahaha. Lagi pula ruby suka tekstur lembut lembab bila makan kek yang dikukus. Anak pun suka. Buat pun tidak risau berkenaan suhu dan minit. Hehehe. Confirmed masak dan sedap! Jom cuba resepi ruby ni. InsyaAllah menjadi.

Resepi Kek Kukus Pelangi

Saiz hidangan : 4 pax
Masa memasak: 30 minit

Bahan-bahan :
4 biji Telur gred A
1 sudu besar Ovelet
1 sudu besar Esen vanilla
3/4 cawan Susu pekat
3/4 cawan Gula caster
1 1/2 cawan Tepung MFM (Self Rising)
2 sudu besar Minyak

Resepi Kek Kukus Pelangi Resepi Kek Kukus Pelangi Resepi Kek Kukus Pelangi

Cara-cara memasak :

  1. Asingkan telur putih dan telur kuning. Pukul (whisk) telur putih sehingga menjadi meringue. Nak tau jadi ke tidak meringue, terbalikkan telur putih tu kat atas kepala. Kalau tak tumpah, dah jadi le tu. Hehehe.
  2. Selepas itu masukkan gula dan ovelet, pukul sampai semuanya sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul selama 5 minit.
  3. Masukkan esen vanilla dan kuning telur. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung MFM yang telah diayak. Pukul sehingga kembang
  5. Kemudian masukkan minyak dan kacau sekejap dalam bancuhan laju-laju agar buang angin yang berlebihan.
  6. Asingkan adunan kepada 3 bekas. Masukkan setiap bekas 1 warna pilihan. Ruby pilih warna biru, pink dan warna asal kek iaitu vanilla. Hehehe
  7. Masukkan setiap adunan selang seli di dalam loyang. 3 unit sudu diperlukan. Senduk 1 sudu warna pink, vanilla dan biru. Ulang langkah ini sehingga selesai. Loyang yang ruby gunakan 6 inch sahaja.
  8. Selesai sediakan adunan, masukkan loyang ke dalam ketuhar Panasonic Cubie Oven dan set kepada Steam-Low dan set masa ke 20 minit. Jangan lupa refil air sebelum masukkan kek. Anda akan lihat Panasonic Cubie Oven melakukan kerjanya. Brilliant!

Resepi Kek Kukus Pelangi

Panasonic Cubie Oven NU-SC100W dilengkapi dengan fungsi stim, menggoreng secara sihat, panggang, bakar dan ditapai. Dengan 15L Cubie steam oven membolehkan anda melakukan semuanya! Semangat memasak ni hadir bila joinĀ bengkel memasak panasonic cubie oven

Selamat mencuba Resepi Kek Kukus Pelangi. GOOD LUCK!

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

6 comments on “Resepi Kek Kukus Pelangi

  1. Qbal Ramlan

    Ya, Allah sedapnya kek kukus pelangi Kak Ruby. My favor. Kalau jumpa ni dekat mana-aman kedai memang terus beli. Lagi suka kalau kek lapis sarawak. By the way, Qbal balas kunjungan Kak Ruby. Salam kenal daripada Qbal. Masih lagi baru dalam dunia blog ni. Qbal tengok Achievements kak Ruby. I inspired. Jadi, group tu milik Kak Ruby lah kiranya ya?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge