Resepi Roast Stuffed Chicken

      6 Comments on Resepi Roast Stuffed Chicken

Resepi Roast Stuffed Chicken. Assalammualaikum semua, resepi unik dari ketuhar Panasonic Cubie Oven adalah resepi memanggang ayam. Tak sangka dapat belajar resepi ini. Ingatkan senang nak ikat ayam. Hahaha. Bila dah buat, baru pandai. Terima kasih kepada rakan blogger Kelly yang membantu. Hehehe. Resepi ini adalah Roast Stuffed Chicken with Sundried Tomato Pesto and Root Vegetables. Harap-harap anda semua boleh mencubanya.

Resepi Roast Stuffed Chicken

Resepi Roast Stuffed Chicken

Saiz Hidangan : 1 pax
Masa memasak : 25 minit

Bahan-bahan :

1  peha ayam tanpa tulang dengan kulit
2 batang asparagus
1 baby carrot, dihiris nipis memanjang
2 cendawan coklat Swiss, dihiris
Garam & lada secukup rasa

Sundried Tomato Pesto :

5 keping sundried tomato
2 ulas bawang putih
¼ cawan walnuts
4-5 sudu besar minyak dara zaitun
Sejumlah kecil keju Parmesan yang dicincang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Sayuran :

½ bawang Holland
3 ulas bawang putih
¼ cawan tomato ceri
150g saderi
150g labu
1 daun oregano segar
1 sudu teh paprika
1 sudu madu
2 sudu minyak zaitun
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa

Resepi Roast Stuffed Chicken Resepi Roast Stuffed Chicken Resepi Roast Stuffed Chicken

Cara memasak :

1. Panaskan Panasonic Cubie Oven hingga 220 ° C.

2. Untuk membuat sundried tomatoes pesto : blender semua bahan dan diketepikan.

3. Untuk menyediakan asas sayur-sayuran: masukkan semua ramuan. Susunkan sayur-sayuran dalam hidangan Le Creuset Casserole.

4. Penyediaan Ayam : Buka ayam, ratakan sundried tomatoes pesto di atasnya. Susun lobak, asparagus dan cendawan. Gulungkan ayam dan ikat dengan tali. Perapkan kulit ayam dengan garam, lada, paprika dan minyak.

5. Letakkan ayam yang disumbat ke atas sayur-sayuran dan bakar dalamPanasonic Cubie Oven selama 15 minit. Sapukan ayam dengan minyak lebihan dari sayuran, sambung bakar selama 5 hingga 8 minit atau sehingga coklat keemasan.

Resepi Roast Stuffed Chicken

Cantiknya hidangan begini kan? Seronok dapat belajar masakan barat. Ruby makan sorang pun dah seronok. Rasa teruja boleh masak macam ni. Hehehe. Ruby masakkan untuk suami di rumah, katanya sedap dan nak lagi. Nak kurangkan makan nasi katanya. Sebab makanan begini seperti istimewa bagi suami. Macam susah je sayang masak. Sedangkan ia mudah sangat. Hahahaha! Resepi memikat suami giteww. Terima kasih chef Chin Pei Ling. Kelas memasak sangat membantu! Anda boleh baca di http://ruby.my/2017/08/bengkel-memasak-panasonic-cubie-oven/.

Selamat mencuba Resepi Roast Stuffed Chicken. GOOD LUCK!

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

6 comments on “Resepi Roast Stuffed Chicken

  1. Pingback: Resepi Kek Kukus Pelangi - RUBY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge