Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

      1 Ulasan pada Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Assalamualaikum semua, Ruby sekarang ni gemar memasak untuk suami dan anak-anak. Bab masak ni memang pantang, kadang-kadang kita masak sesuatu yang lebih lemak la, masin la, jadi kali ni Ruby masak ikan siakap stim. Mula – mula nak ubah cara pemakanan jadi sihat memang susah sebab masing -masing nak makan makan berkolestrol tinggi. Jadi Ruby akan kongsikan resipi Ikan siakap stim yang mudah bagi Ruby sekeluarga.

Silalah cuba tau, kalau anda ada tips lain atau resepi stail anda tersendiri, boleh la kongsikan di ruang komen! Nanti ruby boleh cuba resepi anda pula. Hehehe.

Resepi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Saiz hidangan : 4 pax (terpulang pada saiz ikan)

Masa memasak : 15-20 minit

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji lemon
  • Aluminum Foil

Bahan-bahan lain:

  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2 biji lada merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 sudu sos tiram
  • garam

Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Resipi Ikan Siakap Stim Yang MudahResipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dahulu, basuh dengan teliti supaya ikan bersih.
  2. Ratakan garam di seluruh badan ikan dan rendam ikan degan potongan lemon bagi menghilangkan bau hanyir.
  3. Perap selama 5 minit (ni kes lapar sangat)  dan buang air perapan.
  4. Sumbatkan segala lada merah, bawang putih, bawang merah dan hirisan halia yang sudah di gaul dengan sos tiram  ke dalam ikan siakap.
  5. Ambil aluminum foil dan bentukkan ia supaya menjadi seperti beg. (bagi Ruby cara ini bagi orang yang tiada loyang).
  6. Masukkan ikan kedalam beg aluminum foil itu dan panaskan Ketuhar Panasonic Cubic dan setkan kepada steam medium. (sila pastikan air untuk digunakan stim mengcukupi)
  7. Tunggu sehingga 15 – 20 minit ( bergantung pada saiz ikan) dan makan bersama nasi. Yum2.

Panasonic Cubie Oven NU-SC100W dilengkapi dengan fungsi stim, menggoreng secara sihat, panggang, bakar dan ditapai. Dengan 15L Cubie steam oven membolehkan anda melakukan semuanya! Mari kita join bengkel memasak panasonic cubie oven

Selamat mencuba Resepi Ikan Siakap Stim.  Anda juga boleh memvariasikan juga bahan-bahan yang lain. GOOD LUCK!

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

1 comment on “Resipi Ikan Siakap Stim Yang Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge