Udang Celup Tepung Yang Menyihatkan

      No Comments on Udang Celup Tepung Yang Menyihatkan

Haa. Ruby kali ni nak berkongsi hidangan waktu lapang yang paling mudah dan tidak banyak kerja iaitu udang celup tepung. Sebelum Ruby berkongsi resepi, hidangan ini lain daripada kebiasaannya yang dimana udang akan di goreng minyak panas tetapi kaedah Ruby guna agak berlainan dan tidak menggunakan sebarang minyak. Rahsianya merupakan Panasonic Cubic Oven yang mempunyai fitur-fitur yang menarik untuk di pelopori.

Resepi Udang Celup Tepung 

Bahan-bahan utama:

  • Udang (ikut timbangan kg anda)
  • Tepung
  • Telur
  • Salad
  • Mayonis
  • Sos cili

Udang Celup Tepung Yang MenyihatkanUdang Celup Tepung Yang MenyihatkanUdang Celup Tepung Yang Menyihatkan

Cara-cara menyediakannya ialah:

  1. Cuci udang sehingga bersih dan buangkan kulit udang anda (terpulang pada citarasa ingin goreng skali kulit).
  2. Selepas itu, sediakan pecahkan telur sebiji sahaja dan kacau sehingga cair. Sediakan tepung di dalam bekas yang sesuai untuk anda gaul udang nanti.
  3. Celup udang didalam telur dan kemudian celupkan udang didalam tepung serta susunkan di atas tray yang dilapikkan dengan aluminum foil.
  4. Selepas susun, masukkan tray udang anda ke dalam Oven Panasonic Cubic dan setkan kepada “healthy dry”. Untuk makluman anda, “healthy fry ini tidak menggunakan sebarang minyak. Setkan suhu kepada 120 deg dan tunggu sehingga 10-15 minit.
  5. Dalam tempoh 10 – 15 minit, anda harus lihat supaya tidak terjadinya terlebih goreng.

Sekarang udang celup tepung telah pun siap dan sediakan dalam pinggan yang sesuai mengikut citarasa anda. Bagi Ruby, hidangan sebegini kebiasaanya Ruby gunakan mayonis dan sos cili sebagai cicah dan salad sebagai pengganti sayuran. Hidangan ini sesuai untuk aktiviti minum petang.

Panasonic Cubie Oven NU-SC100W dilengkapi dengan fungsi menggoreng secara sihat, panggang, bakar dan ditapai. Dengan 15L Cubie steam oven membolehkan anda melakukan semuanya! Join  bengkel memasak panasonic cubie oven  untuk mengetahui lebih lanjut

Selamat mencuba Resepi Udang Celup Tepung. GOOD LUCK!

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge