Buds for Kids Kini Dengan Haruman Dan Wajah Baru

Buds for Kids Kini Dengan Haruman Dan Wajah Baru. Assalammualaikum semua! Pertama kali ruby tahu tentang produk Buds For Kids ini. Ruby lebih tahu produk yang banyak iklan di televisyen sahaja. Selepas melahirkan anak, ruby banyak membaca label di farmasi dan dengar promoter memberi penerangan tentang produk di pasaran. Ibarat seperti mencari susu formula untuk anak. Mandian dan penjagaan kulit amat penting. Sebab apabila anak mula menggaru, ia akan memberi kesan dan parut. Jadi, ruby ambil pendekatan menjaga kebersihan. Lepas mandi lap badan kering-kering. Guna pengering rambut. Kemudian pakai krim ekzema dan sentiasa jaga kebersihan agar tidak mendapat penyakit berjangkit seperti HMFD (Hand, Foot & Mouth Disease), selsema, batuk dan influenza. Sebagai ibu, kita berusaha yang termampu untuk melindungi anak-anak. InsyaAllah.

Buds for Kids Kini Dengan Haruman Dan Wajah Baru

Buds Organics kini membawa topik perbualan baharu untuk dibualkan bersama si manja ketika waktu mandian menerusi pelancaran koleksi organik ‘Buds for Kids’ dalam wajah baharu jenama itu. Dengan penambahan dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity, produk ini dihasilkan dengan wajah baharu yang menampilkan empat karakter raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak. Tampil dalam bungkusan terkini dengan menampilkan empat karakter raksasa comel yang semestinya menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.

Buds Organics: Bukti kasih sayang

Tanpa diketahui ramai, Buds Organics merupakan jenama dari Malaysia yang tercipta daripada semangat dan kasih sayang pengasasnya dalam melindungi anak-anaknya daripada bahan-bahan kimia berbahaya. Dicipta oleh ibu bapa untuk ibu bapa, formula produk ini dihasilkan sendiri di ruang dapur pengasasnya iaitu Soo Kian Kheng, yang merupakan bekas jurutera kimia dan mula mencipta empayar Buds Organics bersama kakaknya, Soo Siew Peng. Rangkaian produk organik penjagaan diri dan kulit untuk bayi, kanak-kanak dan ibu yang diiktiraf ini mula mencipta nama dengan pengenalan Buds Baby, iaitu barisan produk yang dihasilkan oleh Mr. Soo untuk bayi kesayangannya. Ketika anak-anaknya dibesarkan, begitu jugalah Buds Baby dan akhirnya Buds for Kids diperkenalkan.  

“Apabila saya melihat anak-anak menderita dengan masalah kulit sensitif, saya tahu saya tidak boleh hanya berpeluk tubuh. Saya telah menghasilkan formula yang dijamin selamat untuk anak-anak. Saya faham masalah yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam mencari produk mandian terbaik yang tidak memburukkan lagi kulit sensitif anak-anak mereka dan kerana itulah saya mengambil keputusan memperkenalkan Buds Organics kepada dunia,” kata Mr. Soo.

Tambah Mr. Soo, segelintir ibu bapa tidak menyedari bahaya yang didedahkan kepada anak-anak mereka. Majoriti ibu bapa tidak sedar bahawa produk pembersihan konvensional mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat untuk bayi dan kanak-kanak. Sehubungan itu, ramai ibu bapa yang   membiarkan anak-anak mereka menggunakan sabun dewasa, sekali gus secara tanpa sedar telah mendedahkan mereka kepada bahan kimia yang kuat pada usia muda.

Meletakkan sasaran untuk meningkatkan kesedaran dan perhatian ibu bapa mengenai kulit sensitif anak-anak, Buds Organics turut membawa pakar perunding Imunologi Klinikal, Alergi, dan Pediatrik, Dr. Amir, untuk melancarkan dan menjelaskan beberapa topik mengenai kulit kanak-kanak dan tahap sensitif berbanding orang dewasa. Menurut Dr. Amir, kulit kanak-kanak dan bayi adalah lebih sensitif dengan 30% lebih nipis berbanding kulit dewasa, menyebabkan mereka mudah terdedah dengan iritasi luaran.

“Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia yang kuat yang terdapat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabkan ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak. Untuk mengelakkan reaksi tersebut, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak,” kata Dr. Amir.

Memahami Label: ?Tiada lagi bahaya

Dalam usaha untuk mengesan bahaya yang tersembunyi di dalam produk pembersihan, Buds Organics menggalakkan ibu bapa membaca label kandungan di bahagian belakang botol produk gel mandian dan syampu. Kandungan bahan-bahan biasanya diabaikan oleh pelanggan kerana yakin dengan senarai yang panjang, nama yang saintifik sukar difahami dan tidak masuk akal. Salah satu jenis bahan kimia diketengahkan ialah ‘Sodium Lauryl Sulfate’ atau ‘SLS’ iaitu bahan kimia yang sering dijumpai di dalam kebanyakan produk pembersihan seperti syampu, sabun, gel mandian, sabun basuh baju, pengkumur mulut dan ubat gigi. Ia mempunyai sifat-sifat menghakis (itulah sebabnya ia digunakan di dalam bahan pencuci lantai dan pinggan!) dan terbukti menyebabkan iritasi pada kulit dan mata.

ECOCERT: Janji kepada ibu bapa

Dedikasi Buds Organics ke arah melindungi kanak-kanak daripada bahan kimia berbahaya, jenama ini akan melakukan apa sahaja untuk meyakinkan ibu bapa bahawa produk ini dirumuskan dengan bahan-bahan organik sebenar dan ini boleh dibuktikan dengan pengiktirafan sijil ECOCERT – salah satu badan persijilan organik yang terkenal di dunia. Ms. Soo memastikan jenama ini patuh kepada terma yang ditetapkan dengan melalui pemeriksaan yang ketat sebanyak dua kali setahun. Pemeriksaan menerusi Ecocert adalah janji kepada ibu bapa bahawa produk Buds Organics mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan-bahan berasaskan tumbuhan. Sebagai contoh, di sebalik menggunakan minyak wangi tiruan sebagai wangian untuk syampu dan gel mandian, jenama ini hanya menggunakan minyak pati semula jadi paling tulen di dalam produk. Buds Organics adalah jenama Asia pertama yang diiktiraf oleh Ecocert kerana mempunyai rangkaian penjagaan kulit dan rambut organik yang disahkan.   

Salah seorang ibu yang mempunyai pengalaman bersama Buds Organics ialah penceramah jemputan, Mary Anne Loh, yang merupakan pengasas Wishing Star Malaysia iaitu satu platform di mana orang ramai berpeluang untuk bersama-sama terlibat dalam merealisasikan hasrat dan senarai impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik yang tidak boleh dirawat.

Pada majlis itu, Mary Anne menunjukkan sokongannya yang tidak berbelah bagi sepanjang tahun untuk Buds dan bagaimana keserasian Buds dengan anak-anaknya terutamanya dalam mengharungi masalah sensitiviti kulit yang teruk. “Kedua-dua anak saya telah lama mengalami kulit sensitif. Keadaan mereka kini semakin baik berbanding sebelumnya dan untuk itu saya ingin berterima kasih kepada Buds. Buds sangat lembut dan selamat seperti apa yang dijanjikan,” kongsinya pada majlis pelancaran. Selepas Buds Baby, kini anak-anaknya telah beralih kepada rangkaian penjagaan Buds for Kids. Melihat sendiri kesan gel mandian konvensional yang teruk pada kulit sensitif anak-anaknya, Mary Anne menjadi lantang dalam menggesa ibu bapa supaya lebih peka tentang bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam bahan mandian anak-anak.

Buds for Kids

Sementara itu, Buds Organics turut menjemput kanak-kanak dari Wishing Star untuk bergembira seharian di KidZania. Pejuang-pejuang penyakit kanser ini sedang bergelut dengan pertempuran masing-masing yang tidak mungkin akan difahami oleh orang lain. Justeru, Buds Organics sangat berbesar hati dapat membantu dengan sumbangan kecil ini dan membuatkan mereka melupakan kerisauan dialami walaupun hanya untuk beberapa jam.

Peraduan “Menamakan Raksasa Comel”

Sempena meraikan wajah baharu, Buds for Kids menjemput kanak-kanak untuk bersama-sama mengenali lebih lanjut empat raksasa comel mereka. Setakat ini, kesemua raksasa comel itu belum diberi nama dan menjemput rakan-rakan mereka, iaitu kanak-kanak untuk menamakan mereka. Sehubungan itu, Buds for Kids akan mengadakan peraduan menerusi Facebook untuk memudahkan kanak-kanak menamakan keempat-keempat raksasa comel yang dipamerkan pada produk daripada 28 September sehingga 31 Oktober 2017.

Rangkaian penuh ‘Buds for Kids’ 

  • Gel Mandian Lavender 350ml – RM51.83
  • Syampu Lavender – RM66.67
  • Perapi Lavender 100ml – RM42.29
  • Gel Mandian Oren 350ml – RM51.83
  • Syampu Oren  350ml – RM66.67
  • Perapi Oren 100ml – RM42.29
  • Gel Mandian Raspberi 350ml – RM51.83
  • Gel Mandi Tutty Fruity 350ml- RM51.83
  • Set Kembara Oren – RM27.45
  • Set Kembara Lavender – RM27.45

Di mana anda boleh mendapatkan Buds for Kids?

Buds for Kids boleh didapatkan di rangkaian kedai farmasi seperti Guardian, Caring dan lain-lain farmasi. Ia juga boleh didapati di Mothercare, Robinsons, Gudang Parkson terpilih, butik-butik bayi dan jualan dalam talian.

www.budskids.com
www.bioharvest.net
www.facebook.com/BudsBaby

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Buds for Kids Kini Dengan Haruman Dan Wajah Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.