10% Diskaun Pembukaan Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

10% Diskaun Pembukaan Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall! Wow!! Assalammualaikum semua! Alhamdulillah ruby dapat berkongsi lagi perkara menarik dan pastinya membuatkan anda semua teruja. Siapa tidak suka shopping? Shopping barang-barang preloved dalam kondisi terbaik. Why not kan? Betul tak? Ruby pun selalu jual balik produk yang ruby tidak digunakan lagi. Macam barang-barang baby. Lagi pula ruby jaga dengan baik, jadi nak jual kepada orang lain mestilah dengan kualiti yang masih utuh. Pembeli takdalah marah ruby nanti. Mesti happy!

10% Diskaun Pembukaan Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Setelah kejayaan cawangan pertama di 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya, kini Jalan Jalan Japan membuka lagi satu cawangan baru di 1 Shamelin Mall. Pusat membeli belah ini baru di renovasi dan parking RM 2 untuk per entry! WOW murah!

Jalan Jalan Japan dimulakan oleh Bok Marketing, penggabungan syarikat induk Jepun mereka Bookoff Corporation Limited dan Koike, sebuah syarikat perdagangan berusia 25 tahun di Malaysia. Bookoff adalah rangkaian dari  Jepun dengan 800 kedai di seluruh dunia dengan pengalaman 27 tahun dalam perniagaan penggunaan semula (preloved item).

Apa yang menarik di cawangan kedua ini? Secara jujurnya, ia adalah pertama kali ruby ke Jalan Jalan Japan dan tidak pernah lagi ke cawangan pertamanya di Subang. Cuma cawangan di 1 Shamelin Mall ini membuatkan ruby rasa seronok sangat! Semua barang untuk prop blog ruby ingin kan ada dijual di sini. Seperti bag, fabrik, hiasan, minifigures dan macam-macam lagi.

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Ruby ingin mengajak anda semua ke pembukaan Jalan Jalan Japan cawangan 1 Shamelin Mall pada 30 September 2017. 100 pelanggan terawal akan menerima 10% diskaun untuk semua barang yang anda beli! Kemudian, nak lagi best. Anda cakap anda pembaca blog ruby.my kepada juruwang dan akan dapat lagi 5% diskaun. Untung kan?

Jika anda tidak sempat untuk menjadi 100 pelanggan terawal, anda boleh datang bila-bila masa dari 10am -10pm dan cakap anda pembaca blog ruby.my dan dapat 5% diskaun! Best kan?

Anda penulis blog? Berita baik untuk penulis blog.

Anda datang ke Jalan Jalan Japan pada bila-bila masa pada 30 September 2017 ini dan snap gambar anda sedang membeli belah dan upload ke Instagram, tag @jalanjalanjapanmy #jjj1shamelin #serbujjj #hargagiler #jalanjalanjapan

Kemudian tunjukkan gambar anda upload tu kepada juruwang semasa anda ingin membuat bayaran. Yay anda layak dapat 15% diskaun untuk semua pembelian! Wowwwoooow! Tapi! Tapi! Ia terhad kepada anda yang komen dan memberi nama dan url blog sehingga 22 September 2017. Siapa nak datang? Bagi tau ruby segera k!

Pengalaman Membeli Belah Di Jalan Jalan Japan

Masa masuk ke Jalan Jalan Japan bersama suami dan anak-anak. Pertama sekali pergi ke bahagian toys. Anak-anak ruby punyalah seronok, ada semua permainan kesukaan. Malah ruby pun jumpa permainan masa ruby kecil. Susah nak cari permainan itu dan ruby dah jumpa di Jalan Jalan Japan. Kemudian Adam jumpa robot Power Rangers yang dia nak. Alahmdulillah jimat duit ibu. Mana taknya, di Toys r Us RM 299.90. Ibu tak mampu Adam oiii. Walaupun ibu tak dapat beli masa beberapa bulan lalu, ayah terjumpa semalam dan bagi tahu ibu. Terus ibu beli.

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Produk preloved ni kita kena sedia maklum, jika beli toys, mungkin ada bahagian badan yang tiada. Macam Bandai-Power Rangers Bd Prd Power Rangers Dino Charge Megazord ni, Megazord dia 3 unit tiada. Tapi bateri untuk bunyi dino “huarggghhh huarghhh huarghhh” tu masih ada lagi. Dino masih boleh berpusing jadi robot. Masih boleh digunakan. Hehehe

Manakala untuk Alif, ruby belikan bola yang boleh masukkan pelbagai bentuk tu. Masa kecil, ruby suka sangat main benda tu. Main sampai rosak. Kenangan masa kecil memang best. Sebab masa tu mak dan abah ada bersama jaga ruby. Seronok. Happy. Rindu.

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Selain itu, ruby berkenan dengan Thomas ni. Hahaha. insyaAllah next time ruby beli. Jika ada lagi la. Wuwuwuwu

Apa Yang Terdapat Di Jalan Jalan Japan

  1. Peralatan Alat Tulis
  2. Aksesori Wanita
  3. Pakaian Wanita / Lelaki / Bayi
  4. Hiasan Rumah
  5. Kelengkapan Memasak
  6. Set Pinggan Mangkuk
  7. Barang Keperluan Bayi
  8. Permainan Bayi / Kanak-Kanak / Remaja
  9. Minifigures
  10. Kasut
  11. Bag

Itu adalah diantara senarai yang ruby dapat fikirkan. Sebab terlalu banyak!

Kenapa Anda Wajib Datang Ke Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall?

  1. Harga murah giler! Serius murah!
  2. Parking RM 2 je!
  3. Produk jualan setiap hari berlainan. Produk akan dikemaskini setiap 1 jam. Setiap 1 minggu kontena Jalan Jalan Japan dari Japan ke Malaysia! WOW!
  4. Anda cepat, anda dapat!
  5. Pakaian Winter cantik-cantik!
  6. Semua produk pasti ada keperluan untuk seisi keluarga. Anak suka toys, skatboard, gelung rotan. Ibu suka pakaian, aksesori, set pinggang mangkuk, periuk belanga, kimono, yukata, hiasan rumah. Ayah pula suka apa? Hehehe. Ayah suka kasut! Hehehe.

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Kak Lily dari www.followmetoeatla.blogspot.my beli barang persediaan untuk travel! Bestnya!

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Wendy Pua dari www.wendypua.com pun sibuk membeli-belah. Dan dia beli bag rotan ni!!! So cute! Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Tips Membeli Belah Di Jalan Jalan Japan

  1. Plan apa yang anda ingin beli. Mungkin anda nak beli pakaian musim sejuk untuk perancangan trip percutian hujung tahun? atau permainan untuk anak yang sudah membesar? atau barang baby? atau prop untuk fotografi?
  2. Jika berkenan kepada sesuatu produk / barang. Pegang dan cuba. Kemudian terus masuk bakul. Kalau anda lambat, anda melepas. Pasti ada orang yang inginkannya!
  3. Bawa wang tunai! Yes bawa wang tunai. Mana la tau kad anda ada masalah atau mesin ada masalah.

VLOG Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

 

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

 Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall  Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall,

Unit L3-006, Level 3,
1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Beroperasi : 10:00am – 10:00pm (Open Daily)

www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia

www.instagram.com/jalanjalanjapanmy

www.1shamelin.com.my

13 comments on “10% Diskaun Pembukaan Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

  1. Alia

    Ya Allah..dat rattan bags…
    Huwaaa akk minat sangat2 tu…
    Please la bukak satu kat Penang..surely I yg akn pi duk shopping sokmo kat situ nnt

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge