Kingsman The Golden Circle Penuh Dengan Aksi!

      15 Comments on Kingsman The Golden Circle Penuh Dengan Aksi!

Kingsman The Golden Circle. Assalammualaikum semua, filem terkini yang dinanti-nanti oleh ruby telah pun ditayangkan di seluruh Malaysia pada 21 September 2017. Setelah menonton filem ini, ruby sangat kagum dengan cinematography dan jalan cerita filem ini. Kebiasaannya apabila membaca komik, pasti jalan cerita di dalam filem akan menjadi lebih hebat. Tapi ruby tidak sangka ia akan sehebat ini! Dari Kingsman The Secret Service dan ke Kingsman The Golden Circle, ternyata ia tidak mengecewakan para penonton.

Sinopsis Kingsman The Golden Circle

Penonton filem tempatan dan antarabangsa pasti mempunyai komen yang berlainan tentang filem ini. Tetapi ruby amat menyukai filem ini kerana beberapa perkara.

1. Cinematography

Kingsman, apa yang dinantikan oleh kita semua semasa menonton adalah kejelasan setiap babak. Kalau adengan tembak menembak tu dan berlawan tu sangat dekat dan sharp. Terbeliak mata kita melihat setiap inci filem ini. Salute kepada pengarah filem ini Matthew Vaughn dan cinematography George Richmond!

2. Pelakon Yang Hebat

Kesemua pelakon di dalam Kingsman The Golden Circle sangat hebat! Memainkan peranan yang sangat bersahaja. Bijak dan Bergaya! Diantara pelakon adalah :

Kingsman The Golden Circle

  • Taron Egerton sebagai Eggsy Unwin / Galahad, agen rahsia Kingsman dan protagonis siri ini.

Kingsman The Golden Circle

  • Colin Firth sebagai Harry Hart, mentor Eggsy dan bekas “Galahad”, yang disangka mati selepas kejadian filem pertama, di mana dia ditembak di kepala.

Kingsman The Golden Circle

  • Julianne Moore sebagai Poppy Adams, seorang dalang jenayah terkenal dan usahawan global yang dikaitkan dengan “The Golden Circle”, sebuah organisasi rahsia New World Order.

Kingsman The Golden Circle

  • Mark Strong sebagai Merlin, jurulatih, sokongan teknologi, dan ejen lapangan yang kadang-kadang untuk Kingsman.

Kingsman The Golden Circle

  • Halle Berry sebagai Ginger Ale, sokongan teknikal Statesman.

Kingsman The Golden Circle

  • Channing Tatum sebagai Tequila, agen rahsia Statesman.

Kingsman The Golden Circle

  • Jeff Bridges sebagai Champagne “Champ”, the head of Statesman.
  • Pedro Pascal sebagai Jack Daniels / Whiskey, agen rahsia Statesman.
  • Elton John sebagai diri sendiri.
  • Bruce Greenwood sebagai President of the United States.
  • Emily Watson sebagai Chief of Staff Fox.
  • Edward Holcroft sebagai Charlie, bekas pelatih Kingsman dan saingan Eggsy yang menjadi salah seorang henchmen Poppy.
  • Hanna Alström sebagai Princess Tilde, teman wanita Eggsy.
  • Sophie Cookson sebagai Roxanne “Roxy” Morton / Lancelot, agen rahsia Kingsman dan kawan karib Eggsy.
  • Michael Gambon sebagai Arthur, pegawai berpangkat tinggi Kingsman.
  • Poppy Delevingne sebagai Clara Von Gluckfberg, bekas kekasih Charlie.
  • Samantha Womack sebagai Michelle Unwin, Ibu Eggsy.
  • Matt Letscher sebagai agen Statesman.
  • Tom Benedict Knight sebagai Angel.
  • Björn Granath sebagai the King of Sweden. Ini adalah lakonan Granath’s yang terakhir sebelum kematian beliau pada 5 February 2017.

3. Soundtrack Music

Musik yang digunakan sangat rancak dan lincah. Bersesuaian agen rahsia yang ingin segalanya diselesaikan cepat.

1. Let’s Go Crazy
Written by Prince
Performed by Prince and the Revolution
2. Take Me Home, Country Roads
Written by Bill Danoff, Taffy Nivert, and John Denver
3. Word Up!
Written by Larry Blackmon and Tomi Jenkins
Performed by Cameo

4. Plot & Jalan Cerita

Kingsman ini ibarat polis yang inginkan kesejahteraan rakyat. Tetapi mereka tidak dikenali sebagai polis. Mereke ejen perisikan yang mempunyai ketua masing-masing. Ejen perisikan yang berpakaian segak seperti orang bangsawan. Kebiasaannya ejen perisikan tidak sekacak Taron Egerton yang membawa watak Eggsy dan Colin Firth sebagai Harry Hart. Dua-dua ini menggunakan nama Galahad sewaktu menjadi ejen.

Satu tahun telah berlalu sejak Eggsy Unwin / Galahad dan organisasi perisikan Kingsman menyelamatkan Bumi dari siaran gelombang neurologi Richmond Valentine (Kingsman The Secret Service), dan sejak itu dia telah mengambil alih gelaran “Harry Galahad” iaitu ketua mentor Harry Hart dan tinggal bersama Crown Princess Tilde dari Sweden. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang, dia diserang oleh Charlie Hesketh (Edward Holcroft), seorang bekas pelatih Kingsman yang kehilangan lengannya dan kord vokal pada mikrosip peledak yang dipicu semasa kejadian Valentine sebelum ini.

Eggsy berjaya membunuh mereka semua dan Charlie terlepas. Tetapi tanyan cybernatic Charlie masih di dalam kereta Eggsy. Eggsy kehilangan henchmennya dalam adegan kejar-mengejar kereta di seluruh London lalu berjaya menyelamatkan diri di dalam tasik. Tanpa disangka Charlie memecah masuk ke pelayan Kingsman melalui lengan cybernetic dan menggodam sistem komputer kereta Eggsy. Sementara Eggsy makan malam bersama ibu bapa Puteri Tilde di Sweden, beberapa peluru berpandu memusnahkan ibu pejabat Kingsman dan menghapuskan semua agen Kingsman di Britain, termasuk Roxy yang sedang membantu Eggsy melaksanakan misi memenangi hati Ibu Bapa Puteri Tilde.

Sebagai satu-satunya ejen yang masih hidup, Eggsy dan Merlin mengikuti protokol Doomsday, yang membawa mereka kepada “Statesman”, sebuah organisasi rahsia Amerika yang menyamar sebagai penyulingan wiski Bourbon di Kentucky. Di sana, mereka mendapati bahawa Harry selamat dari tembakan oleh Valentine setahun yang lalu, tetapi mengalami amnesia. Eggsy dan Merlin diberi taklimat oleh ketua Statesman iaitu Champagne (Jeff Bridges), mengenai organisasi pengganas rahsia yang disebut “Golden Circle” dan memulakan misi mereka dengan mengikuti bekas teman wanita Charlie iaitu Clara Von Gluckfberg. Apabila agen Tequila (Channing Tatum) mengalami ruam biru, dia digantikan oleh agen Whiskey (Pedro Pascal) sebagai rakan Eggsy. Eggsy berjaya menanam peranti penjejakan di dalam Clara, tetapi penyataan misi beliau kepada Princess Tilde menimbulkan konflik hubungan mereka. Selepas beberapa cubaan gagal untuk mengubati amnesia Harry, Eggsy membawa anjing terrier Yorkshire yang menyerupai anjing lewat Harry iaitu Mr Pickle dan mengancam untuk menembaknya, maka situasi itu mengembalikan kenangan Harry.

Poppy Adams (Julianne Moore), ketua kartel dadah terbesar di dunia yang beroperasi sebagai syarikat farmaseutikal, menyiarkan mesej memberitahu dunia mengenai toksin yang dicampur di dalam setiap ubat-ubatan rekreasi yang boleh menyebabkan pengguna pada peringkat pertama, mengembangkan ruam biru sebelum berubah kepada mania iaitu menari tiba-tiba, dan kemudian lumpuh dan pada akhirnya, kematian. Dia juga menunjukkan penangkapan Elton John sebagai tawanan dan menawarkannya kepada dunia jika Presiden Amerika Syarikat menamatkan Perang Terhadap Dadah di negaranya dan membuat pertubuhannya kebal terhadap semua. Presiden menolak untuk mundur dan setiap pengguna yang terlibat dikuarantin, termasuk Ketua Stafnya, Fox.

Eggsy, Harry, dan Whiskey menuju ke kilang penangkapan di Itali setelah memintas panggilan telefon diantara Charlie oleh Clara. Eggsy berjaya mencuri sampel antidot, tetapi ia pecah semasa serangan hendap oleh The Golden Circle henchmen. Semasa perarakan senjata, Harry menembak Whisky di kepala, kerana dia mengesyaki bahawa Whisky cuba sabotaj. Puteri Tilde memanggil Eggsy dalam keadaan mania, mendedahkan bahawa dia mempunyai ruam biru sebelum menjadi lumpuh. Eggsy, Harry, dan Merlin menemui lokasi persinggahan Poppy iaitu “Poppy Land”, di Kemboja dan terbang ke sana untuk mendapatkan kawalan jauh drone untuk antidot di berikan kepada seluruh dunia.

Apabila kedatangan mereka di Poppy Land, Eggsy terpijak periuk api tetapi diselamatkan oleh Merlin, yang mengorbankan dirinya semasa mengambil alih tapak periuk api. Eggsy dan Harry menyerbu dan Eggsy membunuh Charlie sementara Harry memusnahkan anjing pengawal robot Poppy dengan bantuan Elton. Mereka mendapatkan beg bimbit dengan kod akses kepada drone dan menyuntik Poppy dengan dos yang lebih kuat dari toksinnya, dan dia memberi mereka kata laluan. Sebelum mereka dapat menghidupkan dron, mereka dihentikan oleh Whisky, yang sebelum ini kehilangan isterinya. Isteri Whisky mati ketika kedai runcit yang dikunjungi dua penagih dadah. Oleh kerana itu, Whisky berasa semua pengguna dadah patut mati.

Eggsy dan Harry berlawan bersama Whisky di restoran Poppy sebelum memaksa dia melalui pengisar daging Poppy. Mereka berjaya melepaskan dron penangkapan, menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia. Selepas peristiwa itu, Ketua Staf Fox telah memaklumkan bahawa Presiden telah berkomplot untuk melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap mangsa-mangsa dadah. Champagne mengumumkan bahawa ahli perniagaan telah bekerjasama dengan syarikat sulingan di Scotland untuk membantu membina semula Kingsman. Sebagai satu cara untuk mengelakkan kekeliruan dua agen Kingsman menggunakan nama “Galahad”, Champagne menawarkan sama ada Eggsy atau Harry sebagai Whiskey yang baru, tetapi mereka menolak dan sokongan diberikan kepada pakar teknologi Stateman isitu Ginger Ale (Halle Berry) mengambil peranan Whiskey. Eggsy bersara dari Kingsman untuk berkahwin dengan Princess Tilde, dan Tequila bergerak ke London untuk bekerja untuk Kingsman.

Cuma plot terakhir ruby tidak berapa faham. Eggsy berkahwin, Tequila datang ke Kingsman. Jadi mungkin Kingsman 3, Eggsy dah tiada? Atau bekerjasama dengan Tequila. Manakala Harry sebagai Merlin? Kita nantikan ya? Mustahil Eggsy bersara. Oh NO!

Kingsman The Golden Circle London  Premiere

Kingsman The Golden Circle

Kingsman The Golden Circle Korea Premiere

Kingsman The Golden Circle

KINGSMAN: GOLDEN CIRCLE 2017 KOREA TOUR PREMIERE

Masa tayangan – 141 minit. Selamat menonton semoga filem ini membuka mata untuk mengetahui bagaimana dadah merosakkan manusia dan bagaimana kartel dadah beroperasi. Mereka ada dimana-mana! Ruby pada awalnya berfikiran seperti agen Whisky, tetapi bila dialog Fox tentang pengguna dadah dikalangan remaja, profesional yang bekerja 20 jam sehari atau mereka yang ingin cuba-cuba. Takkan mati adalah jawapannya? Masih ada peluang untuk berubah kan? Banyak mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Well done Kingsman The Golden Circle! Ruby bagi 10 bintang!

15 comments on “Kingsman The Golden Circle Penuh Dengan Aksi!

  1. Pojiegraphy

    Julian Moore! My favourite actress. Definitely kena tengok ni nanti. Banyak baca great reviews dari yang dah tengok but taknak baca lebih lanjut takut terbaca spoiler. Hahaha! Thanks for sharing this K. Ruby.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge