Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

      14 Comments on Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua!! Bersiap Sedia Untuk Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee. Assalammualaikum semua! Jualan Mega e-Dagang Pertama 2017 kini kembali lagi untuk tahun kedua! Rakyat Malaysia pasti gembira dengan jualan murah sepanjang 20 hari Ekstravaganza ini. Ruby dah terrrrr membeli-belah banyak kali dekat Shopee. Rasa puas hati dapat beli di Shopee. Semua barang murah dan berkualiti. Suka sistem yang Shopee sediakan. Ruby pun ada kedai ruby di Shopee. Cuma tak berapa aktif, lebih aktif shopping. Hahaha! Ala, okay la tu kan membantu rakan-takan perniagaan lain. Ruby ada rakan niaga dari China tau. Jangan memain. hehehe.

Pada 22 Ogos 2017 yang lalu, Shopee telah mengumumkan barisan kempen jualan murah dan usahasama yang mengujakan dengan beberapa jenama kegemaran sepanjang sambutan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9. Jutaan pembeli dalam talian di Malaysia boleh menikmati ribuan tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng, termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti PETRONAS, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi.

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Group photo of (Middle in White) Ian Ho (????, Regional Managing Director of Shopee Malaysia with the representatives from PETRONAS, 20 th Century Fox, KFC, Unilever, RHB, Watsons, B Infinite, Super, Digi, L’oreal, Beiersdorf, Nestle and Tune Talk.

Bermula 23 Ogos 2017, pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari untuk jualan mega Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 bermula 9 September 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam.

“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dianjurkan lagi buat tahun kedua. Kali ini, kami berusaha keras untuk memastikan jualan murah kali lebih hebat daripada sebelum ini. Kami telah membariskan ribuan usahawan Shopee yang menawarkan ribuan produk pada harga amat rendah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Semua produk tersebut tertakluk pada Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Jaminan Harga Terendah Shopee menjamin mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga lebih rendah di platform lain akan diberikan ganti rugi berjumlah 120% pada perbezaan harga tersebut. “Pada masa yang sama, kami juga akan memberikan hadiah keseluruhan berjumlah RM59,999 sepanjang dua minggu ini sebagai bonus tambahan kepada pembeli dalam talian. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini di aplikasi dan platform media sosial Shopee,” kata Ho lagi.

Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee

Pembukaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dimulakan dengan Jualan Murah Merdeka Shopee yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Dari 9 hingga 11 September, Best of 9.9 (Pilihan Terbaik 9.9) akan menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas produk. Terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabot dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah.

Unilever pula akan menganjurkan Jualan Khas Unilever dengan potongan harga sehingga 30% dengan baucar 20% di seluruh platform. Watsons juga memberikan potongan harga 20% di seluruh platform. Jenama elektronik Senheng pula akan menawarkan sehingga 50% potongan harga ke atas 99 barangan, manakala ESH2U menawarkan potongan harga sehingga 99% dengan baucar bernilai  sehingga RM100. Pembeli dalam talian juga akan ternanti-nanti dengan tawaran mengujakan daripada Nestle, ASUS, Super Coffee and banyak lagi sepanjang kempen Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9.

Manfaat Lain bagi Pembeli Dalam Talian

Menerusi usahasama dengan KFC, setiap pelanggan yang membuat pembelian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC. Pada 9 September, KFC akan meraikan hari ulang tahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayam kepada setiap pengguna berdaftar ke-9 pada tarikh tersebut. Pada hari yang sama, PETRONAS akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad PETRONAS x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian). Manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen PETRONAS seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar Shopee bernilai RM5.

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Menerusi usahasama dengan 20 th Century Fox pula, pembeli dalam talian yang membeli-belah dari 1 hingga 4 September boleh memenangi dua tiket tayangan perdana untuk menonton filem ‘Kingsman: The Golden Circle’. B Infinite juga akan memberi ganjaran hadiah yang bernilai 999 dan 9,999 dalam bentuk mata B Infinite, jumlah keseluruhan 57,000 mata untuk dimenangi. Digi juga akan menawarkan baucar tunai pada harga RM9.90 sahaja.

1 hingga 9 September akan diadakan Spin Kaw Kaw. Sebanyak 2 kali peluang akan diberikan kepada anda untuk mencuba nasib. Ruby dah cuba, tapi belum bernasib baik. Hahaha. Nak tahu bila waktu hari menang hadiah. Tengah malam macam takda je, sebab staff Shopee sedang tidur. Mungkin waktu makan tengahari? Semua staff shopee boleh tengok pengguna spin kaw kaw. Hehehe.

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun KeduaShopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit. Untuk maklumat lanjut berkaitan manfaat dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99. Atau, muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini.

Takpelah tak menang lagi spin kaw kaw, kita klik BUY atau FEED. Beli la apa-apa kan. Hahahaha. Ruby beli wide shawl rm 7.50, sport bra rm 10.81, tennis hat untuk running. sebab muka dah sunburn semasa larian rm 6.04 sajo! Pastu stokin yoga dan dancing rm 10 sajo. material cotton. Nanti ruby share di social media ya. Hasil shopping di Shopee. Jangan lupa tengok hashtag #ShopeeMY99.

Adios Amigos.

 

14 comments on “Shopee 9.9 Kembali Lagi Untuk Tahun Kedua

    1. Ruby Post author

      Ha’ah duit kena sediakan. Sebab jam 12am orang ramai dah bersiap sedia nak beli barang murah. Kalau kita lambat bayar, maka burned la. Rugi tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge