Ulangtahun Ke-10 Nando’s Art Initiative 2017

      No Comments on Ulangtahun Ke-10 Nando’s Art Initiative 2017

Ulangtahun Ke-10 Nando’s Art Initiative 2017. Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar, dah 10 tahun Nando’s Malaysia telah menjayakan program Seni Inisiatif Nando’s. Ruby masih ingat lagi ketika tahun 2009 mereka menamakan program ini sebagai Perify Your Art (PYA). Kemudian ditukar ke Nando’s Art Initiative sehingga kini! 10 tahun dah. Tahniah Nando’s. Ia bukan sekadar ayam! Ia Nando’s. Ia Seni. Ia Menyeronokkan!

Ruby mengenali Nando’s kerana lokasi restoran yang ruby sentiasa nampak wujud dan ramai pelanggan di Suria KLCC. Masa zaman ruby sekolah lagi cawangan itu beroperasi sehingga kini. Ruby teringin kerja part time di Nando’s ketika itu. Tetapi sangat takut nak cuba. Semua pekerja bercakap bahasa asing! Hehehe. Ruby cuba nasib untuk melihat-lihat Nando’s dengan bekerja di Delifrance Bistro. Hahaha. Lepas tu panggilan masuk ke UPU, jadi tidak berkesempatan untuk bekerja di Nando’s. Hehehe.

Usaha Nando’s untuk bersama dengan komuniti sangat ruby kagumi. Mereka sering ada pelbagai iklan lucu. “Sini ada Ayam” di Bukit Bintang. Ruby sering naik monorail ke ofis di Berjaya. Selalu nampak iklan tu, mesti tersenyum. Itu iklan paling ruby ingat, sebab maksud dia jelas dan tulisan Nando’s tu memang unik. Ruby harap, pada tahun akan datang ruby pula sertai Nando’s Art Initiative. Ruby suka art. Hehehe.

Ulangtahun Ke-10 Nando’s Art Initiative 2017

Baru-baru ini, Inisiatif Seni Nando’s, sebuah platform yang dikhaskan untuk mengubah kehidupan artis muda di Malaysia telah mencatat satu lagi detik penting, iaitu Ulang Tahun ke-10. Bermula pada tahun 2008, Nando’s telah mengetengahkan lebih 500 karya seni oleh lebih 400 artis tempatan muda baharu.

Nando’s Art Initiative 2017

Daripada Seni Halus, Seni Digital hingga ke Graffiti, Nando’s telah menyediakan sebuah platform untuk artis muda mempamerkan kreativiti dan bakat mereka kepada audien yang lebih besar dan ada yang berjaya melancarkan karier mereka di arena seni selepas memenangi pertandingan tersebut.

Bagi menandakan acara ini, Nando’s telah menerbitkan sebuah buku ‘Coffee Table’ berjudul ‘A Journey of Colours’ yang menceritakan kisah para pemenang hadiah utama selama 10 tahun sambil mengiktirafkan para hakim yang telah turut menyumbang dan menjayakan inisiatif ini. Penuh dengan kisah artis serta gambar-gambar menarik hasil karya mereka, ‘A Journey of Colours’ mewakili evolusi Inisiatif Seni Nando’s dan meraikan aset paling penting – golongan remaja.

Penggemar seni yang ingin memiliki senaskhah boleh memuat turun e-Buku melalui laman sesawang Inisiatif Seni Nando’s.

Nando’s Art Initiative 2017

Acara ini juga kebetulan berlangsung pada waktu yang sama untuk pengumuman pemenang dan acara penyampaian hadiah bagi Inisiatif Seni Nando’s. Ong Hieng Fuong menyertai barisan artis yang telah memenangi pertandingan ini dan membawa pulang gelaran juara Hadiah Utama 2017 dalam kategori Seni Halus dengan karya seni berjudul ‘City No.8337’ manakala Nurul Atika Binti Nordin menjuarai kategori Seni Digital dengan ‘Terrarium City’. Bagaimanapun, Kategori Seni Halus Inisiatif Seni Nando’s tahun ini menyaksikan keputusan seri untuk pemenang Tempat Kedua dengan Ching Chen En dan Leow Xu Jia berkongsi gelaran melalui karya mereka berjudul ‘Vestige of Life’ dan ‘The Artist’s Cabinet’. Cheong See Min mendapat Tempat Ketiga dengan karya agung beliau ‘Women Poetry’.

Dalam segmen Seni Digital, Freeda Jane Madius mendapat Tempat Kedua dengan ilustrasi beliau yang berjudul ‘Beyond the Page’ dan ‘Story Time at Grandma’s Kedai Runcit’ oleh Wong Xin Hui telah mendapat Tempat Ketiga.

Kemeriahan acara ini telah dihangatkan lagi dengan kehadiran para pemenang tahun lepas seperti Faiz Yunus, Nik Shazmie dan Cloakwork antaranya beserta hakim-hakim seperti Marini Ramlan, Marvin Chan, Noor Mahnun, Ketua Penasihat dan hakim Syed Nabil Syed Nahar dan banyak lagi.

Nando’s Art Initiative 2017

“Acara ini adalah satu pengalaman yang menundukkan bagi saya kerana telah berpeluang untuk bekerjasama dengan begitu ramai artis muda yang berbakat. Selaras dengan halatuju global kami iaitu ‘Mengubah kehidupan para remaja’, adalah menjadi harapan saya agar platform ini akan terus berkembang maju dan Inisiatif Seni Nando’s akan menjadi daya penggerak yang mengubah kehidupan para remaja di Malaysia,” kata CEO Kumpulan, Mac Chung Lynn dalam ucapan pembukaan beliau.

Berkat sokongan menggalakkan daripada universiti dan kolej, Inisiatif Seni Nando’s telah menyaksikan bakat-bakat baru berkembang setiap tahun selama lebih sepuluh tahun. Pertandingan pada tahun 2017 tiada bezanya dengan 578 penyertaan bagi kategori Seni Halus dan Seni Digital daripada 46 buah kolej dan universiti. Satu pameran melibatkan 61 karya seni imersif akan dilaksanakan di Publika untuk dinikmati oleh orang ramai dari 12 – 22 September 2017. Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan bakat dan tatacara peserta terbaik dan memberikan peminat seni peluang untuk memiliki karya melalui lelongan awam yang senyap. Segala hasil jualan akan diberikan kepada artis yang akan menerima 50% daripada harga jualan manakala baki 50% akan disalurkan kepada kolej atau university pemenang hadiah utama.

Inisiatif Seni Nando’s telah bertindak sebagai platform untuk ekspresi kreatif dan pembangunan. Ia telah berjaya mencungkil satu barisan artis muda di Malaysia yang kini mempunyai satu saluran menarik untuk mempromosikan keupayaan serta karya kreatif mereka.

Hadiah-hadiah Nando’s Art Initiative 2017

Nando’s Art Initiative 2017

Kategori Seni Halus:

Hadiah Utama – Wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo yang ditaja dan pementoran
• Pemenang: Ong Hieng Fuong

Tempat Kedua – Wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500 dan
Pameran Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Ching Chen En
• Pemenang: Leow Xu Jia

Tempat Ketiga – Wang tunai RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500 dan
Pameran Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Cheong See Min

Hadiah Sagu Hati (x3) – baucar Nando’s bernilai RM500 dan Pameran
Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Muhammad Ibrahim bin Khairulsani
• Pemenang: Ong Cai Bin
• Pemenang: Liew Mei Toong

Nando’s Art Initiative 2017Nando’s Art Initiative 2017

Kategori Seni Digital:

Hadiah Utama – Wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran
solo yang ditaja dan pementoran
• Pemenang: Nurul Atika binti Nordin

Tempat Kedua – Wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500 dan
Pameran Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Freeda Jane Madius

Tempat Ketiga – Wang tunai RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500 dan
Pameran Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Wong Xin Hui

Hadiah Sagu Hati (x3) – baucar Nando’s bernilai RM500 dan Pameran
Berkumpulan yang ditaja
• Pemenang: Muhammad Aidil bin Mohd Aziz
• Pemenang: Muhammad Riduan bin Raja Yunus
• Pemenang: Ong En Kiat

Kesemua karya telah dinilai berdasarkan keaslian dan kreativiti, cerita (konsep & idea), kualiti rekaan dan komposisi, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan tanggapan secara menyeluruh. Jumpa lagi di Nando’s Art Initiative 2017… eh 2018!

www.nandos.com.my/artinitiative

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge