HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali. Assalammualaikum semua! Siapa ada HyppTV? Untunglah yang ada HyppTV. Sebab pada sambutan perayaan Deepavali nanti ada banyak program menarik disediakan. Filem hindustan dan filem tamil. Deepavali ini, raikan Deepavali ini dengan 9 saluran Varnam Pack terbaik (Jaya Max, Polimer, Sony Max, Sony SAB, Sony SET, UTV Movies, Zee Cinema, Zee Tamil, Zee TV) secara PERCUMA dari 14-29 Oktober 2017! Tonton di rumah atau di mana sahaja dengan aplikasi HyppTV Everywhere.

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

Pelancaran HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali ini juga diraikan dengan kanak-kanak dari Agathians Shelter. Pemberian sumbangan dan bantuan istimewa hasil kutipan dana diberikan kepada Agathians Shelter iaitu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ruby dan kanak-kanak ini menonton filem CARS.

HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video TM yang pernah menerima anugerah dan boleh dinikmati menerusi pelbagai platform di Malaysia hari ini meraikan seramai 20 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan Agathians Shelter dengan mengadakan satu tayangan filem istimewa, sambil ditemani oleh penjaga mereka. Tayangan tersebut telah diadakan sebagai sebahagian aktiviti kemasyarakatan HyppTV sempena sambutan perayaan Deepavali, yang turut merangkumi kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan mengumpulkan barangan asas untuk rumah kebajikan tersebut.

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

Bersempena dengan tayangan filem tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan baucar membeli-belah bernilai RM7,000 kepada Cik Inthira, sukarelawan perancangan pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Sebahagian daripada sumbangan ini telah dikumpulkan melalui tabung sumbangan yang telah diadakan baru-baru ini di lobi Menara TM untuk disertai oleh Warga Keluarga TM dan orang ramai.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media berkata, “Deepavali merupakan satu daripada festival yang amat penting buat komuniti India, dan ini merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti dan merapatkan perhubungan ahli keluarga dan insan tercinta sambil kita meraikan permulaan baharu. Jadi, di HyppTV, kami ingin membawa keceriaan dan cahaya buat kanak-kanak dari Agathians Shelter sempena perayaan Deepavali ini dengan pelbagai sumbangan serta acara tontonan filem istimewa ini.”

“Selain itu, kami juga ingin memberikan lebih lagi kepada rakyat Malaysia dan pelanggan kami menerusi kempen berterusan kami iaitu “Tambah Lagi”. Dengan semangat Deepavali, kami akan memberikan tayangan secara percuma selama 15 hari untuk kesemua saluaran di Varnam Pack bagi menayangkan pelbagai penawaran kandungan menarik kami, membawakan hanya kandungan-kandungan menarik untuk keseronokan berterusan bukan sahaja dalam keselesaan ketika berada di rumah, namun ketika di mana-mana sahaja mahupun menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Bersempena dengan sambutan Deepavali ini, HyppTV akan menawarkan tempoh tontonan secara percuma kepada para pelanggan yang melanggan Varnam Pack bermula 14 – 29 Oktober 2017. Sepanjang 15 hari tempoh promosi ini, HyppTV akan menayangkan pelbagai hiburan dan para penonton berpeluang untuk menyaksikan filem-filem dan siri-siri terbaharu di saluran-saluran seperti berikut:

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

HyppTV Varnam Pack menawarkan program-program hiburan berbahasa Tamil dan Hindi yang menarik dengan menayangkan filem-filem blockbuster, program-program menarik dan banyak lagi dengan nilai hebat pada harga serendah RM30 sebulan. Kini, pelanggan TM boleh menikmati perkhidmatan HyppTV menerusi perkhidmatan unifi atau Streamyx termasuklah pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Orang ramai turut boleh memuat turun aplikasi mudah alih di Google Play Store atau di Apple App Store secara percuma.

HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

Agathians Shelter

Agathians Shelter merupakan sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia, bertempat di Petaling Jaya. Rumah kebajikan ini menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 orang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak-anak yatim, terbuang mahupun daripada keluarga yang mempunyai masalah berusia dalam lingkungan 5 hingga 20 tahun. Dengan misi untuk menyelamatkan kanak-kanak ini daripada hidup di jalanan, institusi ini bermatlamat memberikan perlindungan, makanan, pendidikan, jagaan, perhatian dan kasih sayang yang merupakan keperluan asas untuk tumbesaran kanak-kanak.

Mengenai HyppTV dan Telekom Malaysia

HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video yang pernah menerima Anugerah kini boleh ditonton oleh pelanggan unifi dan Streamyx di seluruh negara. HyppTV didatangkan sebahagian daripada perkhidmatan “triple-play” TM, unifi melalui unifi Pro Plan dengan pengalaman tanpa tandingan berkepantasan sehingga 100Mbps pada harga minimum RM329 sebulan, dan unifi Advance Plan yang memberikan pilihan pakej dengan nilai hebat berkepantasan sehingga 50Mbps, bermula RM199 sebulan. Manakala Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi dan perkhidmatan pintar. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Happy Deepavali! Selamat menonton HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali!!

www.facebook.com/hyppworld

www.twitter.com/hyppworld

www.instagram.com/hypptv

www.youtube.com/tmyoutube

17 comments on “HyppTV Varnam Pack PERCUMA Sempena Perayaan Deepavali

  1. Qisstiera

    Nak tengokkk Dangal..hehe bagus betul usaha HyppTV ni sebab dapat membantu anak-anak yang kurang bernasib baik kan. Semoga lebih banyak aktivi seperti ini. Bestlah Deepavali ni ade banyak cerita menarik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge