Kaka Azraff Duta POND’S Age Miracle

      12 Comments on Kaka Azraff Duta POND’S Age Miracle

Kaka Azraff Duta POND’S Age Miracle. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan berita gembira tentang POND’S. Masih ingat lagi produk yang pada zaman sekolah dulu popular kerana promosi pengiklanan yang berjaya? Bunga tulip sebagai lambang signifikasi produk untuk wanita. Jika dahulu, sasaran produk POND’S adalah untuk remaja. Kini, POND’S hadir dengan Age Miracle. Macam ibarat membesar dengan POND’S pula. Sebab bila usia ruby 30 tahun, POND’S Intitut keluarkan Age Miracle! Hahaha.

Kaka Azraff Duta POND’S Age Miracle

Tahniah Kaka Azraff! Selebriti popular dengan lagu Terima Kasih ini telah dilantik sebagai Duta POND’S Age Miracle. Walaupun usia Kaka baru 28 tahun, penuaan berlaku setiap hari katanya. Malah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Garis halus dan penuaan tidak dapat dielakkan. Setiap hari aktiviti sibuk wanita memberi kesan terhadap wajah. Sebagai selebriti yang sentiasa sibuk dengan muzik, lakonan dan nyanyian. Kaka adalah selebriti yang ruby yakin sesuai untuk membawa nama besar POND’S ke seluruh Malaysia. Disamping itu personaliti Kaka yang tidak dicemari dengan kontroversi dan gossip hangat adalah sangat sesuai untuk dijadikan duta / ikon. Hehehe. Well done Kaka!

Pond’s cipta piawaian emas antipenuaan baharu untuk wanita moden dengan gaya hidup tanpa henti. Retinol-C Kompleks Terpaten – Retinol Generasi Akan Datang. Pond’s Institute memperkenalkan Pond’s Age Miracle BAHARU, dengan Retinol-C Kompleks yang bertindak secara berterusan selama 24 jam untuk memperkasakan wanita moden zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup tanpa henti.

POND'S Age Miracle

“Pond’s percaya bahawa penuaan ialah sesuatu yang amat peribadi. Pilihan gaya hidup wanita – tekanan, pendedahan kepada matahari, waktu tidur dan pemakanan serta cara hidup mereka akan memberi kesan kepada cara penuaan kulit,” kata Kaka Azraff, penyanyi dan pelakon. Wanita moden zaman sekarang memilih kehidupan yang berlainan sama sekali iaitu kehidupan tanpa henti. Hidup mereka berbilang dimensi dan memerlukan kecergasan tinggi. Mereka mahu mencapai yang terbaik dalam setiap dimensi hidup mereka. “Wanita zaman sekarang bersemangat dan bertekad untuk mencapai semua matlamat dan impian, sambil mengimbangkan pelbagai peranan, keutamaan dan keinginan pada masa yang sama,” kata Kaka.

Pond’s Institute mendapati bahawa kesan persekitaran yang kurang sihat digabungkan dengan gaya hidup moden, sibuk tanpa henti, akan melemahkan dan menuakan kulit dengan lebih cepat. “Wanita hari ini mencorakkan hidup mereka tanpa henti dan menerima cara hidup ini dengan tangan terbuka. Di Pond’s, kami mahu memperkasakan wanita agar mereka mempunyai keyakinan untuk mengatur perjalanan setiap hari mereka untuk melakukan lebih banyak, berusaha lebih tinggi, mencapai lebih lagi tanpa henti. Kami mahu wanita tahu bahawa kulit mereka mampu mengikut rentak hidup mereka sepanjang hari,” Arnaud De-Fontgalland, Naib President Global Pond’s kongsi.

Dihasilkan dengan Retinol-C Kompleks, yang mencerminkan kejayaan teknologi retinoid, Pond’s Age Miracle BAHARU bertujuan untuk menetapkan piawaian emas baru dalam dunia teknologi antipenuaan. Teknologi baharu yang serba maju ini memberikan dua kali ganda kuasa pembaharuan kulit dan bahan aktif antipenuaan berterusan sepanjang hari untuk membaiki kedutan dengan pantas.

Yolanda Zhou, PhD, Pengurus Kanan Reka Bentuk Produk Pond’s Global, mengulas, “Ini bukan sahaja satu penyelesaian antipenuaan tanpa henti pertama POND’S yang bertindak selama 24 jam, malah kami juga mendapati melalui kajian klinikal baru baru ini bahawa teknologi Retinol-C Kompleks baharu kami mempunyai dua kali ganda kuasa Retinoid untuk mengurangkan kedutan yang digunakan oleh jenama produk Antipenuaan terkenal.”

POND'S Age Miracle

Yolanda menjelaskan selanjutnya, “Pond’s Age Miracle baharu meresap masuk ke dalam lapisan epidermis paling dalam kulit untuk mengeluarkan bahan aktif antipenuaan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti.” Ia terbukti secara klinikal untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus dalam minggu pertama penggunaan. Dengan menguatkan kulit dari dalam, Pond’s Age Miracle baharu membina asas untuk kulit tampak lebih licin dan kental, muda dan berseri di luar.”

Retinol-C Kompleks baharu terpaten Pond’s memberi kesan antipenuaan Retinol yang lebih mujarab dan ia lebih lembut kepada kulit, menjadikan ia imbangan paling sempurna antara kemujaraban dan kelembutan. Penyelesaian antipenuaan ini memberi kemujaraban piawaian dermatologi kepada wanita, untuk kuasa antipenuaan tanpa henti.

”Untuk menentang punca penuaan kulit, Retinol-C Kompleks baharu kami menggabungkan kemujaraban Retinol yang dipercayai dengan kesan penggalak Climbazole untuk membantu mengurangkan kemunculan kedutan dari dalam dan menjadikan kulit muda dan berseri di luar,” kata Yolanda.

POND’S Age Miracle

POND'S Age Miracle

1.  POND’S Age Miracle Wrinkle Corrector Day Cream SPF 18 PA++ (50G) RM 52.00

  • Dengan Kompleks Retinol-C yang menembusi berterusan ke dalam kulit untuk melepaskan aktif retinoid anti-penuaan yang berkuasa selama 24h tanpa henti.
  • Membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan dari bahagian dalam, meninggalkan kulit yang lebih lembut, lebih lembap, dan muda berseri di luar.
  • Dengan pelindung matahari UVA / UVB yang ditambah, pelembap ini dengan SPF 18 dan PA ++ juga menawarkan perlindungan terhadap sinaran UV. Dirumuskan bersama Vitamin B3, yang membantu menguatkan pelindung kulit dan menjaga kulit anda kelihatan cantik dan berseri.
  • Di samping itu, ia juga mengandungi Vitamin E asetat yang menggunakan kuasa anti-oksidan untuk melindungi sel-sel kulit dari ancaman asing.
  • Boleh digunakan setiap hari selepas pembersihan wajah untuk kulit yang lembap dan licin.

2. POND’S Age Miracle Wrinkle Corrector Night Cream (50G) RM 52.00

  • Waktu malam adalah masa terbaik untuk pembaikan kulit
  • Pond’s Age Miracle Wrinkle Corrector Night Cream adalah krim anti penuaan yang membantu melindungi kulit anda daripada tanda-tanda pramatang penuaan dan membuat anda kelihatan hebat dan yakin.
  • Gunakan sebagai sebahagian daripada rutin harian kulit anda, ia boleh membantu mengurangkan kedutan & meningkatkan seri kulit anda.
  • Sapukan setiap malam selepas pembersihan untuk kulit yang lembut, licin, dan kelihatan muda.

3. POND’S Age Miracle Intensive Wrinkle Correcting Cream (50ML) RM 59.90

  • Mengandungi kepekatan tertinggi Retinol-C Complex, digabungkan dengan Micro-Oils untuk membantu memperbaiki kedutan yang mendalam.
  • Dengan Vitamin B3 dan Vitamin E3 acetate yang ditambah, krim malam ini juga membantu menguatkan semulajadi kulit anda, melindungi sel-sel kulit daripada ancaman asing dan membantu ia kelihatan cerah. Gliserin meningkatkan kelembapan sel kulit dari jauh ke dalam untuk memberikan anda kulit berseri dan sihat..

4. POND’S Age Miracle Eye Cream (15ML) RM 52.00

  • Krim mata yang dirumus dengan Kompleks Retinol-C, menyediakan kuasa pengurangan kedut dan berfungsi tanpa henti 24 jam untuk memastikan kulit anda kelihatan lebih baik. Perumusan ini juga mengandungi teknologi Blurring yang dapat membantu memudar garis halus dan mata yang penat serta serta-merta sambil membantu memperbaiki tanda-tanda penuaan dari dalam.
  • Juga menyuburkan dan menghidratkan mata tertekan untuk kulit yang kelihatan dan terasa tenang, muda, dan berseri.
  • Mudah digunakan dan tidak berminyak, Pond’s Age Miracle Eye Cream adalah mudah. Hanya sapukan pada kulit di bawah mata anda untuk kulit yang terasa hebat di dalam dan luar.

Hasil Kajian Klinikal / Pengguna POND’S Age Miracle

  • Kajian klinikal/pengguna terhadap penggunaan Krim Siang Hari selama 12 minggu menunjukkan kesan berikut:
    1. 96% peserta bersetuju bahawa produk memberi kesan setanding rawatan kedutan profesional
    2. 98% peserta mendapati kegebuan yang jelas mengurangkan garis halus dan kedutan
    3. 100% peserta mendapati kulit menjadi cerah & sekata, muda dan berseri selepas menggunakan produk
  • Kesan positif lain termasuk:
    1. Selepas penggunaan hari pertama: Kulit tampak muda dan berseri
    2. Hari ke-7: Warna kulit lebih sekata

POND'S Age MiracleMempelopori sains dan inovasi penjagaan muka sejak 1846, Pond’s mendemokrasikan penyelesaian produk berkualiti tinggi dan unggul dalam amalan pembersihan, penghidratan, antipenuaan dan pencerahan. Pond’s berusaha untuk memberi inspirasi dan memperkasakan wanita dan lelaki dengan kekuatan di dalam dan kelembutan di luar untuk mengubah dunia.

POND'S Age Miracle POND'S Age Miracle

Selaras itu, Pond’s Institute, pakar terkenal dalam penyelidikan penjagaan kulit lanjutan dan dan diagnostik, mencipta molekul yang terbukti secara klinikal dapat memberi kesan menakjubkan untuk menguatkan kulit dari jauh di dalam, menjadikan kulit lebih lembut dan cantik di luar. Pond’s dimiliki dan dikeluarkan oleh Unilever®. Dapatkan produk POND’S Age Miracle esklusif hanya di Watsons.

12 comments on “Kaka Azraff Duta POND’S Age Miracle

  1. Pingback: Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur - RUBY

  2. Nando

    Ponds memang menjadi salah satu perlengkapan yang harus di bawa oleh wanita, bahkan ada juga pria. Saya juga termasuk yang suka bawa. Soalnya buat kulit tetap sehat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge