Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

      3 Comments on Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus. Assalammualaikum semua! Wow hebatnya VIVO! Mereka tahu keperluan zaman sekarang ni kamera hadapan kena bagus. Mudah untuk selfie, buat vlog dan bergambar bokeh dengan kamera hadapan! Hebat hebat! Ruby pun tergamam! Harga pula berpatutan. RM 1499 jer! Ayuh baca info lanjut tentang pelancaran telefon pintar VIVO V7+

Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

VIVO memperkenalkan V7+, telefon pintar berasaskan selfie yang terkini di Malaysia. V7+ merupakan telefon pintar pertama dengan Paparan FullView TM , Kamera Depan 24MP serta flash LED yang menawarkan selfie dan gambar yang paling sempurna. Telefon pintar siri V terbaharu ini memaparkan ciri-ciri fotografi dan skrin yang luar biasa, serta rekaan yang bertujuan memperkasakan konsep ekspresi kendiri di kalangan pengguna yang celik media. Berdasarkan keperluan golongan muda hari ini, V7+ telah mempertingkatkan dari aspek selfie, membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi memori-memori yang bermakna. V7+ adalah telefon pintar yang berasaskan fungsi selfie. Ia mencerminkan misi vivo dalam memperkasakan ekspresi kendiri di kalangan generasi yang seterusnya. Ia memaparkan pelbagai teknologi canggih dalam semua aspek, bermula dari kamera depan, penangkapan gambar sehinggalah galeri, seterusnya membolehkan pengguna yang celik media mencipta serta berkongsi memori-memori yang paling menarik.

Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

Chief Executive Officer of VIVO Malaysia, Mike Xu with VIVO V7+ ambassador, Janna Nick

“Sebagai pengguna telefon pintar yang aktif, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada saya. Dengan adanya Paparan FullView TM serta kamera depan 24MP, vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini. Bukan sahaja V7+ dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” demikian kata Janna Nick, Duta vivo V7+.

Tiada lagi gambar dan selfie kabur dengan V7+

Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

Kamera selfie 24MP dari VIVO V7Plus. V7+ melambangkan keagungan vivo sebagai pelopor selfie sempurna dengan kamera depan 24MP yang unggul beserta flash LED bagi menghasilkan selfie yang berimej tajam dan jelas. Menerusi warna yang semula jadi, kontras yang baik serta latar belakang yang jelas, V7+ menjanjikan detik memori yang jelas lagi menarik. Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi. Contohnya, ciri Face Beauty 7.0 dapat mencerahkan dan menghasilkan rona warna kulit yang lebih seimbang walaupun dalam keadaan gelap.

Portrait Mode dalam V7+ pula mengaburkan latar belakang demi mendapatkan kontras yang lebih tajam dan visual yang lebih tajam bagi menghasilkan selfie yang bergaya. Pengalaman cinematik yang mengujakan dengan Paparan FullView TM V7+ dilengkapi Paparan FullView TM 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5%, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional. Tambahan pula, pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan, dengan 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan serta bezel senipis 2.15mm yang akan meningkatkan pengalaman visual pengguna. Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang mampu menghalang panggilan dan mesej bagi menjamin pengalaman gaming tanpa gangguan.

Dilengkapi pelbagai sistem operasi dengan prestasi luar biasa V7+ juga dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna. Berdasarkan tradisi vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa. Di samping itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekaligus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.

Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

Harga dan kebolehdapatan V7+ bakal dijual bermula pada 29 September 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang. Imej-imej beresolusi tinggi VIVO V7+ boleh didapati di www.vivo.com/my

3 comments on “Kamera Selfie 24MP Dari VIVO V7Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge