Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

      41 Comments on Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017. Assalammualaikum semua, Ahad 8 Oktober 2017 yang lalu ruby telah menyertai larian amal anjuran Hospital Putrajaya sempena minggu National Organ Donation Awareness Week, Breast Cancer Awareness Month dan Kem Nak Sihat. Bulan Oktober memang meriah. Setiap kali bulan Oktober, ada mega sale, mycybersale dan aktiviti kebajikan! Bestnya! Oh ya jangan lupa birthday ruby 18 Oktober ni. Hahaha!

Let’s Save Lives Charity Fun Run Jog Walk 2017

Seawal jam 4.45am ruby bangun. Siapkan anak, siapkan suami, siapkan diri. Nak berlari di Laman 1 Putrajaya! Ruby parking di hadapan Dorsett Putrajaya. Ada ruang parkir percuma di sana. Rancang lepas larian boleh la makan tengahari di Suria Mall. Hehehe. Larian ini dirasmikan dan flag off pada 7.15am. Suasana di trek larian di Laman 1 ni lebih selesa. Permandangan Putrajaya yang cantik dan ruby sebolehnya nak selesaikan larian sebelum matahari terpacak di atas kepala. Cara begitu akan membuatkan ruby bersemangat untuk habiskan larian. Cuma yang ruby tidak berapa berkenan adalah, ada tangga pula! Aduiiii. Hahaha. Dah la pertama kali masuk larian bawa stroller. Jenuh nak angkat.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Sekitar jam 8.30am ruby selesai larian. Sedikit tips larian bersama keluarga. Ruby suka larian yang tidak mengganggu sesiapa. Walaupun suami, ruby akan cakap “teruskan berlari, jangan tunggu saya. Kita jumpa di finish line k”. Masa ni, berlari lah sepuasnya. Inilah me time ruby. Anak ruby salah satu akan bersama ruby. Sama ada Adam atau Alif. Kalau tiada Adam dan Alif, ruby dan suami ibarat berlumba. Hehehehe. Siapa sampai dulu? Jeng jeng jeng. Masa ruby mula-mula masuk larian, ruby la terakhir, tengah-tengah dan kini bleh saing dengan suami awal 15 min. Hehehe. Kami lebih suka amalkan gaya hidup sihat dengan beriadah, berlari. Tambahan anak-anak ruby lelaki. Tiga orang lelaki dalam rumah ni kena keluarkan peluh. Kalau tidak, mulalah demam.

Let’s Save Lives Charity Fun Run Jog Walk 2017 ini turut disertai rakan-rakan online ruby. Ada Miera, Bella, Freeze, Fahmi, Zarin dan Jaslin. Semua berlari. Hehehe. Seronok keluarkan peluh!

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Selain itu ada booth Derma Organ, booth kesihatan, trak makanan, 100 lebih hadiah cabutan bertuah turut diadakan, belajar teknik CPR, demo masakan bersama Chef Ezani, pertandingan mewarna, persembahan buskers dan penampilan maskot Upin & Ipin. Ruby juga sudah mendaftar sebagai penderma organ. Percuma je daftar dan dapat kad. Jika kita meninggal dunia, doktor akan minta kebenaran dari waris sama ada membenarkan atau tidak. Tiada paksaan.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Derma Organ, ramai yang masih ragu-ragu. Ragu-ragu dari segi agama Islam, ragu-ragu dari cara pengendaliannya. Ragu-ragu tentang profesional seorang doktor. Ragu-ragu sama ada ahli keluarga akan membenarkan atau tidak? Banyak sangat ragu-ragu, tapi tidak bertanya. Itulah masalah manusia paling ruby tak faham. Kenapa apabila kita ragu-ragu, kita tak tanya? Malu eh? Okay takpe, ruby bantu anda semua untuk faham kan derma organ ni. Pelbagai info ruby dapat ketika menyertai program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 ni. Semoga bermanfaat. Jika ada soalan, boleh tanya di ruang komen blog ruby k.

Skeptikal seorang manusia apabila berkenaan derma organ. Boleh ke derma? Bahagian badan yang mana yang sihat? Dah la gaya hidup tidak sihat. Merokok, minum arak, makan macam-macam dan banyak lagi persoalan.

Tetapi tahu kah anda, bukan senang-senang je boleh derma organ ni. Doktor akan lakukan ujian darah dan ujian makmal sebelum mengesahkan sama ada ia sesuai atau tidak.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2010. Ia disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Tahun ini sambutan berlangsung pada 7 – 15 Oktober 2017. Di peringkat kebangsaan ini, pelancaran Minggu dijalankan berkonsep aktiviti fizikal dan kecergasan untuk menggalakkan masyarakat terus menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Dengan cara ini kita dapat mengekalkan kesihatan, mengurangkan risiko menjadi pesakit yang kegagalan organ. Secara tidak langsung, kerajaan dapat mengurangkan kos subsidi pembiayaan rawatan pesakit apabila jumlah pesakit dapat dikurangkan.

Isu berkenaan pendermaan dan pemindahan organ bukanlah isu yang melibatkan perubatan semata-mata, malah ianya merupakan isu kemasyarakatan. Tanpa penderma organ, tiada nyawa yang boleh diselamatkan.

Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPGj’merupakan salah program yang” dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Perkembangan Perubatan, dengan kerjasama Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia berkenaan dengan pendermaan organ dan kepentingannya. #jombincang masih dikekalkan sebagai tema penganjuran untuk tahun ke 8. Sambutan akan diadakan pada 7 sehingga 15 Oktober 2017. #jombincang menjadi motto sambutan bagi mengajak masyarakat untuk berbincang tentang derma organ supaya pendermaan organ tidak dianggap sebagai sesuatu yang janggal.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017Menurut Ketua jabatan, Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur, Dr. Omar bin Sulaiman, pelancaran sambutan di peringkat kebangsaan akan disempurnakan pada 8 Oktober 2017 oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Hj. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di dalam program “6km Let’s Save Lives Fun Run, Jog and Walk” di Putrajaya

“Program koloborasi dengan Institut Kanser Negara, Hospital Putrajaya dan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya serta Persatuan Kecergasan Putrajaya Selangor ini menjurus kepada program bersifat aktif dan santai. Ini menunjukkan penyampaian mesej pendermaan bukan terhad melalui program pameran dan ceramah, malah ianya boleh dipelbagaikan”, ujar beliau.

Katanya lagi, selain acara pelancaran di Putrajaya, aktiviti kempen jalanan turut akan berlangsung diseluruh negara dalam Minggu Kesedaran ini dibeberapa jalanan yang telah dikenalpasti. Masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat dari petugas yang ada pada hari tersebut. Malah mereka berpeluang untuk mendaftar terus dengan sukarelawan yang ada.

“Mendaftar menjadi penderma bukan bermaksud akan menjadi penderma serta merta. Pendermaan hanya berlaku selepas seseorang itu telah disahkan meninggal dunia serta mendapat keizinan dari warisnya”, jelas beliau.

Antara halangan utama pada pendermaan organ adalah salah tanggapan berkenaan dengan derma organ, beranggapan agama melarang, jenazah akan menjadi cacat, dan tidak tahu hasrat ahli keluarga (yang meninggal dunia). Melalui penganjuran Minggu Kesedaran ini dan juga kempen jalanan dengan motto “jom bincang”, kita mengajak semua ahli masyarakat untuk berbincang tentang derma organ, dapatkan maklumat yang betul tentang pendermaan organ dari sukarelawan yang ada. Kemudian, bincang dengan ahli keluarga yang lain. Maklumkan hasrat sekira kita ingin untuk menjadi penderma organ. Supaya ahli keluarga yang lain tahu apa yang mereka perlu lakukan nanti. Saya menyeru pada masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar berkenaan pendermaan organ ini agar salah tanggapan dan rasa janggal dalam membincangkan tentang derma organ dapat dikurangkan.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Kementerian sedar bahawa banyak lagi usaha yang boleh dan perlu dilakukan bukan sahaja dari pihak Kementerian Kesihatan sahaja, malah saya mengajak lebih banyak badan NGO, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta tampil membantu dalam mempromosi derma organ. Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa agama dan pertubuhan agama yang lain di Malaysia kerana mereka banyak membantu dalam memberi kefahaman kepada penganut masing-masing. JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Mufti dan IKIM juga kerana bersama kami dalam mempromosi dan memberi kefahaman kepada umat Islam di Malaysia melalui para pegawai-pegawai agama, ustaz dan sebagainya.

Isu pendermaan organ bukan lah isu kesihatan atau perubatan semata-mata. Ianya adalah isu kemasyarakatan, kerana pesakit (yang menunggu) mengalamai kegagalan organ diperingkat akhir ini organ hanya boleh diselamatkan melalui kaedah rawatan pemindahan organ dari seseorang, sama ada melalui pendermaan semasa hidup dan pemindahan dari seorang yang telah meninggal dunia. Kadar kejayaan rawatan pemindahan organ ini di Malaysia adalah tinggi. Secara purata, lebih 50% dari pesakit yang menerima rawatan pemindahan organ dapat meneruskan kehidupan lebih 10 tahun.

Negara pernah digemparkan dengan berita palsu tentang isu van putih, penculikan, pemerdagangan organ, pengambilan organ secara mengerikan dan sebagainya melalui aplikasi media sosial. Perkara disebarkan tanpa mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa seperti pihak polis. Kemudian, ia menjadi trauma kepada masyarakat untuk menderma organ. Masyarakat berpendapat bahawa organ diambil dengan begitu mudah. Sebenarnya, proses pengambilan organ bukan suatu mudah. “Don’t simply share” Dapatkan maklumat yang betul tentang sesuatu perkara sebelum dikongsi.

Ringkasan Maklumat Mengenai Pendermaan Dan Transplantasi Organ Di Malaysia

Semasa program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 inilah baru ruby tahu statistik, prosedur dan informasi lain berkenaan derma organ. Setakat 30 September 2017, jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar untuk menderma organ selepas kematian adalah 397,476 orang mewakili hanya 1.2% dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Pecahan mengikut kaum adalah:

  • Cina :160,172 (40.30%)
  • Melayu . 121,903 (30.67%)
  • India : 90,331 (23.73%)
  • Lain-Lain : 25,005 ( 6.30%)

Jumlah pengikrar baru (tahunan) telah menunjukkan peningkatan:

  • Tahun 2006 : 10,081
  • Tahun 2007 : 8,885
  • Tahun 2008 : 12,242
  • Tahun 2009 : 16,457
  • Tahun 2010 : 20,377
  • Tahun 2011 : 31,084
  • Tahun 2012 : 31,611
  • Tahun 2013 : 28105
  • Tahun 2014 : 42,966
  • Tahun 2015 : 51,883 Jumlah tertinggi pengikrar (tahunan) yang diperoleh
  • Tahun 2016 : 37,545
  • Tahun 2017 : 14,579 (Data sehingga September 2017)

Sejak 1976 hingga 30 September 2017, jumlah keseluruhan penderma organ dan tisu kadaverik (penderma selepas kematian) adalah 621 orang dengan pecahan bangsa adalah seperti berikut:

  1. Cina : 368 orang (59.26%)
  2. India : 171 orang (27.54%)
  3. Melayu : 47 orang (7.57%)
  4. Lain-lain : 31 orang (4.99%)
  5. Tidak diketahui : 4 orang (0.64%)

Bilangan Pengikrar dalam Pecahan Umur

  • Bawah 18 tahun : 10.1 %
  • Atas 18 tahun : 60.9%
  • Atas 40 tahun : 22.2%
  • Tidak diketahui : 6.8%

Jumlah pendermaan organ dan tisu selepas kematian di Malaysia sejak tahun 2005

  • Tahun 2005 : 13 orang
  • Tahun 2006 : 25 orang
  • Tahun 2007 : 25 orang
  • Tahun 2008 : 26 orang
  • Tahun 2009 : 39 orang
  • Tahun 2010 : 38 orang
  • Tahun 2011 : 47 orang
  • Tahun 2012 : 44 orang
  • Tahun 2013 : 44 orang
  • Tahun 2014 : 56 orang
  • Tahun 2015 : 71 orang
  • Tahun 2016 : 39 orang
  • Tahun 2017 : 18 orang sehingga Sept 2017

Oleh kerana pencapaian terbaik pada tahun 2015, kadar pendermaan organ dan tisu di Malaysia untuk tahun 2015 telah meningkat dari 0.6 pendermaan bagi setiap juta penduduk (pmp) ke 1.0 pmp. Walaubagaimanapun kadar pendermaan ini adalah rendah berbanding negara lain:

  1. Sepanyol : 39.7 pendermaan bagi setiap juta penduduk
  2. Australia : 18.3 pendermaan bagi setiapjuta penduduk
  3. Korea Selatan : 10.0 pendermaan bagi setiapjuta penduduk
  4. Iran : 10.0 pendermaan bagi setiapjuta penduduk
  5. Turkey : 6.3 pendermaan bagi setiapjuta penduduk
  6. Arab Saudi : 2.9 pendermaan bagi setiapjuta penduduk
  7. Malaysia : 1.0 pendermaan bagi setiap juta penduduk

Sehingga 30 September 2017, jumlah pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ di Malaysia adalah 21,973 orang dengan pecahan seperti berikut:

  • Buah pinggang : 21 .954 orang
  • Hati (Liver) : 8 orang (8 dewasa. 0 kanak-kanak)
  • Jantung : 4 orang
  • Paru-paru : 3 orang
  • Jantung & paru-paru : 4 orang

Sejak tahun 1975 hingga 30 September 2017, Malaysia telah menjalankan sebanyak 2,054 pembedahan transplan organ dengan pecahan seperti berikut:

  • Buah pinggang : 1,881 pembedahan (523 dari penderma kadaverik, 1,358 dari penderma hidup)
  • Hati : 136 pembedahan (65 dari penderma kadaverik, 71 dari penderma hidup)
  • Jantung : 26 pembedahan
  • Paru-paru : 6 pembedahan
  • Jantung dan paru-paru : 5 pembedahan

Pada tahun 2017 sahaja (sehingga 30 September 2017) Malaysia telah menjalankan sebanyak 61 pembedahan transplan organ dengan pecahan seperti berikut:

  • Buah pinggang : 57 pembedahan (14 dari penderma kadaverik, 43 dari penderma hidup)
  • Hati : 3 pembedahan (1 dari penderma kadaverik, 2 dari penderma hidup)
  • Jantung : O pembedahan
  • Paru-paru : O pembedahan
  • Jantung dan paru-paru : 1 pembedahan

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

Pelbagai aktiviti lain telah dirancang untuk dijalankan di seluruh negara sebagai pengisian sepanjang bulan Oktober ini. Antaranya; sesi ceramah atau tazkirah pendermaan organ dari perspektif Islam di hospital-hospital utama terpilih, ceramah dan seminar pendermaan organ; Roadshow Dermaorgan di Negeri Kelantan. Selain itu, turut dirancang majlis keagamaan di rumah-rumah ibadah bagi mengenang dan berterima kasih kepada penderma organ yang bukan beragama Islam.

Pada 15 Oktober 2017, akan djalankan program Bicara Hati, program khusus untuk memberi penghargaan kepada keluarga penderma organ atas jasa yang telah mereka berikan. Program ini mengumpulkan beberapa keluarga penderma dan juga penerimapenerima organ bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, mengucapkan rasa terima kasih, dan mengenang jasa mereka yang telah berkorban demi kelangsungan hidup orang lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan keturunan.

Kepada semua rakyat Malaysia, pendermaan organ merupakan sesuatu yang mulia, saya menyeru agar semua rakyat Malaysia tampil dan berdaftar sebagai penderma organ pada hari ini dan maklumkan kepada ahli keluarga anda untuk memastikan niat murni anda akan tercapai satu hari nanti. Hasrat yang baik ini hanya boleh tertunai dengan persetujuan dari keluarga nanti. Jom sertai pelbagai aktiviti Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017. Pasti ia memberi manfaat dan lebih pengetahuan kepada anda!

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017 Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

“#JomBincang Derma Organ”

Pusat Sumber Transplan Nasional, HKL

www.dermaorgan.gov.my

www.facebook.com/dermaorgan

www.instagram.com/dermaorgan

1800-88-9080

 

Sumber statistik dari National Transplant Resource Centre, MOH (September 2017)

41 comments on “Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2017

    1. Ruby Post author

      Betul tu Aira, cuma sekarang ni banyak sangat ketakutan. Banyak spekulasi. Harap lepas ni masyarakat lebih ramai join derma organ. Amin

      Reply
    1. Ruby Post author

      Wendy, sebagai penderma organ, kita juga ada tanggungjawab utk menjaga badan kita utk kekal aktif. Join larian adalah salah satu cara ruby jaga kesihatan. Hehehe

      Reply
  1. Mohd Zarin

    Ohyeah!!! Haritu dapat lari jugak kat event ni. Best dapat lari kat Putrajaya. Lepas lari dapat daftar sebagai penderma organ pulak. Memang first time dengan pasal Derma Organ. Kalau tak, sebelum ni memang tak tau..

    Reply
  2. Yaya Natsumi

    Bagus sebenarnya kesedaran utk kita sama2 mendaftar sebagai penderma organ. Mana tahu amalan baik kita tetap berjalan bilamana org yang gunakan organ kita buat amalan baik kan :’)

    Reply
  3. Suria Amanda

    Salute dengan Ruby rajin join event2 campaign kesedaran ni..sokong event ni diadakan lebih kerap sebab Malaysia merupakan negara yang mengalami banyak masalah kesihatan..moga dengan campaign ini ramai mendapat kesedaran tentang kesihatan..derma organ ni bagus boleh membantu mereka yng memerlukan..

    Reply
    1. Ruby Post author

      Event ni selalu ada. Cuma bergantung kepada cara mereka promosi. InsyaAllah tahun ni lebih meriah. Ruby ingat lagi masa kes penderma hati kepada baby tu. Dah besar dah budak tu. Bila jumpa balik, macam saudara mara dah. Hehehe

      Reply
  4. sayaiday

    Wahhh sekali satu family dapat medal. Bagus la kak ruby ni. rajin join event larian ni.

    Event macam ni memang bagus lagi-lagi bagi kesedaran tentang pendermaan organ ni. tengok statistik tahun 2017, tak smpai 20 pon padahal dah lebih setengah tahun. Lebih 21 ribu pesakit pula tunggu organ penderma. Besar jumlah tu. Nanti iday nak check la website diorang. Thanks kak ruby share.
    sayaiday´s last blog post ..#MYCYBERSALE2017 : Diskaun 30% Untuk Produk MedklinnMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      dah jadi aktiviti mingguan. larian ni siap ada makan, minum, baju dan bib. Kalau pi taman permainan yang ada jajan, layang-layang tu habis duit ku. Hahaha.

      Reply
  5. HANIS MASTURINA BINTI MOHD SAIDI

    Bagusnya kak Ruby dan family amalkan gaya hidup sihat macam ni, keluarkan peluh bagus -bagus!

    Btw bagus wujudnya program kesedaran macam derma organ ini, barulah masyarakat ada kesedaran yang derma organ ni tak salah dan dapat membantu ramai orang yang memerlukannya diluar sana. Program macam ni perlu dilakukan dengan lebih kerap di tempat yang berbeza-beza.

    Reply
  6. Afizah

    Awal tu. Kalau ada anak kecik ni memang pagi-pagi lah nak kena bangun sebab nak siapkan diorang lagi kan. Teringin nak join acara larian dengan anak-anak.

    Sebelum ni keliru jugak pasal derma derma organ. Ada yang kata boleh & ada yang kata tak boleh. Tapi bagus sebenarnya sebab kita boleh selamatkan nyawa org lain kan. Nanti nak daftar lah.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Wuwuwu awal sangat. Haha. Ni masih boleh angkat anak mandikan. Esok mereka dah besar tarik bantal dan meragam taknak ikot. Memang ibu ni jadi tiger mengaum. Hahaha. Derma organ ni masih ada lagi ketakutan dalam diri kita semua. Sedangkan ada tempoh yang sesuai. Tiada paksaan pun.

      Reply
  7. Nuha Nawawi

    Bukan mudah untuk membuat keputusan menjadi penderma organ, sahabat sudah berikrar menjadi penderma organ. Saya masih belum lagi. Ada terbaca juga baru-baru ini berkenaan kes pelajar dilanggar di Johor dan koma, ibu dan bapanya bersetuju untuk melepaskan mendiang dari bantuan sokongan hayat dan mendermakan organ-organnya kepada penerima yang memerlukan tanpa sebarang ikatan. Satu keputusan yang patut dipuji diwar-warkan diberita.

    Reply
  8. Hanny Abdullah

    Sis tengok Ruby sekarang rajin betul buat aktiviti larian macam ni ya, terbaik n bagus untuk kesihatan diri sendiri juga keluarga. Dalam masa yang sama memupuk semangat pada anak2 sukakan aktiviti sebegini.
    Pasal derma organ tu, sis dari dulu memang bercadang nak buat, tapi masa belum mengizinkan, insaallah bila masa free nanti nak jugak isi borang tersebut.
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Butik Online Lanafira Menawarkan Perbagai Pakaian Muslimah Yang Trendy Dan BerkualitiMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Kak Hanny, dulu masa sekolah aktif sukan larian pas baton dan hoki. Cuma masa masuk universiti dan kerja dah tak aktif. Bila ada banyak larian dianjurkan. Ruby rasa syukur sangat bleh berlari lagi. Walaupun dah mula sakit lutut. hahahaha. Nak pupuk kat anak-anak untuk aktif sebab mereka berdua lelaki. tambah lg suami yang duk memerap kat ofis. mereka perlu keluarkan peluh. nanti keje kat rumah mengamuk bergaduh. Hahahaha. Akak daftar tau derma organ tu. InsyaALLAH itu sedekah terakhir kita.

      Reply
  9. kisahsidairy

    aktiviti macam ni bukan sahaja memberikan kita kesihatan,malah memberikan kita quality time bersama family.Ramai yang masih kurang kesedaran tentang pendermaan organ seperti ni termasuk saya.Harap lepas ni ramai penderma organ di Malaysia ni.Kempen kesedaran macam ni memang patut pun dilakukan selalu.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Mungkin makin lama, makin kurang kesedaran dari media massa kan kak? Dulu kerap juga ada iklan dan berita derma organ ni. Rasa kagum bila tengok baby membesar dengan baik. penderma juga sihat.

      Reply

Leave a Reply to Nor hazmira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge