Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi. Assalammualaikum semua! Siapa suka kudap-kudap dari kekacang? Ruby!! Ya ruby suka. Dalam banyak-banyak kudapan, ruby lebih suka makan kekacang dan buah kering. Buah kering tu bukan jeruk tau. Hahaha. Kekacang ni sangat lah bagus untuk kesihatan kita, selain itu ia menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Hahaha. Pengalaman ruby semasa dua kali hamil, lapar je 24 jam. Takkan nak makan makanan berkalori tinggi. Nanti kolestrol, darah tinggi, kencing manis pula. Jadi, ruby sering simpan kekacang di rumah. Makan pelan-pelan. Simpan sebaiknya. Kekacang ni mahal tau. Tapi nak habiskan tu cepat je. Duduk depan televisyen sambil mengunyah memang boleh habis terus. Jadi, memang kena jimat!

Ruby ada satu produk nak perkenalkan kepada anda semua. Ia adalah jenama yang mengeluarkan makanan kekacang. Baru lagi di pasaran Malaysia. Ada sijil halal JAKIM dan buat masa ini 4 produk dijual di semua pasaraya diseluruh Malaysia. Nama produk adalah Nature’s Wonders. Cubalah. Hehehe.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Nature’s Wonders menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah cara pemakanan ke arah gaya hidup lebih sihat dan seimbang. Sehaluan dengan matlamat Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017 yang menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.

Bermula dengan idea untuk mencapai gaya hidup sihat secara semula jadi, Nature’s Wonders menyeru rakyat Malaysia untuk memulakan rutin snek yang lebih sihat bagi memberikan tenaga kepada tubuh dengan nutrien yang betul. Suatu tanggapan umum namun salah adalah bahawa mengambil kudapan antara waktu makan utama tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, memakan snek adalah peluang untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tabiat makan yang sihat dan konsisten sambil membantu mereka menjalani hari mereka dengan snek yang berkhasiat.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi
The discussion at the launch debunk the misconceptions of tree nuts and the need to break several habits for a healthier life, moderated by Hansen Lee, Certified Yoga Instructor and Movement Coach. Nature’s Wonders Esther Loo, Head of Marketing Tai Sun (Lim Kee) Food Industries along with Indra Balaratnam, Nutritionist; Nana Al-Haleq, Fitness Personality and Davina Goh, Plant- Based Lifestyle Advocate shared their insights on how Malaysians can snack healthily.
Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi
Nature’s Wonders calls upon Malaysians to start a healthier snacking habit to fuel their body with the right nutrients.

Sempena pelancaran Nature’s Wonders di Malaysia dan sesi perbincangan bertajuk “Tabiat Snek Rakyat Malaysia: Adakah Kita Mengamalkan Tabiat Pemakanan Yang Betul?”, Esther Loo, Ketua Pemasaran, Tai Sun (Lim Kee) Food berkongsi, “Dalam dunia sekarang yang kian sibuk, warga Malaysia tidak mempunyai banyak masa sehinggakan mereka tidak mengendahkan tabiat bersenam dan pemakanan yang sihat. Di sini, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan yang betul, dan ini harus dimulakan dengan tabiat snek yang sihat.”

Selari dengan topik tersebut, pakar perunding pemakanan Indra Balaratnam berkata, “Apabila hidup kita semakin sibuk, diet yang sihat biasanya merupakan perkara pertama yang dilupakan. Ketiadaan rutin makan yang konsisten serta pengambilan makanan tidak sihat merupakan antara perkara yang berlaku kepada kebanyakan orang, dan akan memberi kesan kepada tubuh sekiranya tabiat ini diteruskan.”

Antara risiko kesihatan yang biasanya dihadapi rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, penyakit jantung, dan kencing manis. Menurut laporan “Tackling Obesity in ASEAN” oleh The Economist Intelligence Unit, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara dengan 13.3% warganya diklasifikasikan sebagai obes manakala 38.5% pula terlebih berat badan.

Snek sihat, snek pintar – mendapatkan khasiat kekacang pokok

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kekacang pokok mengandungi lemak monotaktepu yang sihat dan merupakan sumber yang baik bagi antioksida, protein, serat dan magnesium. Rangkaian produk Nature’s Wonders adalah sesuai bagi pengguna yang menginginkan snek sihat, kerana ianya dibakar secara ringan dan tidak ditambah perisa, agar nutrien asal kekal dalam makanan tersebut.

Kekacang pokok dianggap sebagai salah satu snek paling sihat dan apabila ianya dijadikan sebahagian daripada diet sihat yang mengandungi nutrien seimbang, ia boleh membantu mengurangkan faktor risiko seperti penyakit arteri koronari ; yang masih merupakan risiko kesihatan yang umum dalam kalangan rakyat Malaysia .

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi
Dari Kiri – Kanan : Indra Balaratnam, Nutritionist; Nana Al-Haleq, Fitness Personality; Madam Han, Founder of Tai Sun; Esther Loo, Head of Marketing Tai Sun (Lim Kee) Food Industries; Winston Lim, Sales Director of Tai Sun; Sean Lim, Assistant Sales Manager and Business Developer of Tai Sun; Davina Goh, Plant- Based Lifestyle Advocate; and Hansen Lee, Certified Yoga Instructor and Movement Coach.
Nature’s Wonders officially launches in Malaysia with four delicious variants of nuts and dried fruits including The Royal Mix, Fruits and Nuts Fusion, Baked Almonds and Baked Cashew Nuts.

“Mengatasi tabiat mengambil snek yang tidak sihat mungkin sukar dilakukan namun dengan langkah-langkah mudah, perubahan yang dapat dilihat pada tubuh badan mereka dengan mengambil snek yang betul akan memanfaatkan mereka pada akhirnya. Menggantikan goreng pisang atau keropok dengan semangkuk kecil campuran kekacang dan kismis akan memberikan mereka snek yang meningkatkan tenaga”, kongsi Indra.

“Kita dapat melihat suatu corak positif di mana warga Malaysia kini semakin bergerak ke arah gaya hidup sihat dan Nature’s Wonders dilancarkan di Malaysia kerana kami dapat melihat ianya sesuai dengan gaya hidup rakyat tempatan. Kami mahukan rakyat Malaysia untuk berusaha dan mula melakukan perubahan yang betul pada cara pemakanan mereka. Memakan snek merupakan langkah permulaan yang baik kerana ia mudah untuk diamalkan dan dapat memberikan impak yang besar kepada diet seseorang individu setelah diamalkan secara konsisten,” kata Esther Loo.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Tentang Nature’s Wonders

Nature’s Wonders merupakan rangkaian kekacang premium oleh Tai Sun (Lim Kee) Food Industries; sebuah syarikat makanan bungkus dengan kepakaran dalam makanan snek berkualiti. Kekacang premium dan buah kering Nature's Wonders dipilih secara teliti dari ladang tanaman terbaik dan terpilih di seluruh dunia. Ianya merupakan sebuah snek sihat yang ideal dan kaya dengan protein, serat dan nutrien-nutrien lain. Dengan gabungan sempurna rasa lazat dan berkhasiat, Nature’s Wonders memberikan anda gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Rangkaian lazat kekacang pokok dan buah kering Nature’s Wonders termasuklah The Royal Mix, Fruits and Nuts Fusion, Baked Almonds and Baked Cashew Nuts. Nature’s & Wonder boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti GIANT, AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Cold Storage dan Ben’s Independent Grocer (BIG).

Nature’s Wonders disahkan Halal oleh JAKIM Malaysia dan disahkan sebagai Healthier Choice oleh Singapore’s Health Promotion Board (HPB).

www.natureswonders.com

www.instagram.com/natureswondersmy

www.facebook.com/NaturesWondersMY

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

19 thoughts on “Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

    Aliza Sara

    (November 7, 2017 - 8:27 am)

    WAHH! ni serious nmpk sedap. Kena try ni. hehe. Dari makan makanan tk berkhasiat, ni lagi bagus kan kak ruby? nnti nk cuba la. baru nk jaga badan balik ni. hehe

    Rane Chin

    (October 14, 2017 - 12:56 pm)

    this macam best. time to buy some to nom nom
    Rane Chin´s last blog post ..5 Things You Should Know If Your Partner SnoresMy Profile

    sayaiday

    (October 13, 2017 - 9:50 am)

    Iday suka almond. Selalu beli dekat pavi, tak pernah try yang ni . Nanti nak check la. Hehehe suka makan kacang especially waktu malam. Takut termakan benda lagi berat. Haha
    sayaiday´s last blog post ..Wangian Produk Enchanteur Paris : Info Produk Dan ReviewMy Profile

    Mazni Azmi

    (October 13, 2017 - 8:32 am)

    Hehe

    Saya pergi kedai borong kat shah alam saja nak makan semua ni
    Mazni Azmi´s last blog post ..PILIH 15 Makanan ini untuk pesakit buah pinggang! TERBAIKMy Profile

    Nuha Nawawi

    (October 13, 2017 - 7:15 am)

    Makan kekacang ini menambah protein yang diperlukan badan.
    Pilihan personal saya adalah Almond and Fruits & Nut.
    Kekacang Jenama Nature’s Wonder ini sesuai untuk dijadikan snek berbanding makanan ringan lain.
    Nuha Nawawi´s last blog post ..Mercu tanda baharu Bandar Baru BangiMy Profile

    Hanani Sulaiman

    (October 12, 2017 - 11:26 pm)

    Bila sampai time driving, kalau mata dah mula melayu, mesti berenti dan makanan macam nilah yang dicari. Bila mengunyah otot muka exercise, jadi mata kembali segar. Tak caya cubalah 🙂

    Aneezah

    (October 12, 2017 - 11:22 pm)

    Favourite habis family kekacang ni,bagi je mana” tak kan henti nak kunyah especially bila tengok tv. Macam kurang je something kalau tiada kacang” ni. Boleh try jenama ni nanti
    Aneezah´s last blog post ..Loving Soo #2My Profile

    Hanny Abdullah

    (October 12, 2017 - 11:07 pm)

    Memang fav sis kekacang ni. Nak beli yg kecik2 rasa mahal sangat last2 akak beli yg kilo2 punya…pistachio, hazelnut memang selalu ada dlm simpanan..hehehe.
    Hanny Abdullah´s last blog post ..Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan Dan Apakah Manfaatnya Pada Tubuh Badan?My Profile

    Hanis Masturina

    (October 12, 2017 - 10:47 pm)

    Hanis tak suka kacang tapi kacang yang nasi lemak tu ahaha kalau gajus hanis gilakannya. Betul kalau dah start menguyah tu memang susah nak berhenti makan hahaha sedar-sedar dah habis satu balang sobsob nak lagii hahaha

    Fiza Rahman

    (October 12, 2017 - 3:23 pm)

    Sedap nih. Memang layan kalau makan sambil tengok tv. 1st time dengan produk nature’s wonder’s.
    Fiza Rahman´s last blog post ..Tidak suka membersih? Serahkan kepada pakar untuk melakukannya!My Profile

    Lia Hasty

    (October 12, 2017 - 1:46 pm)

    Tak pernah cuba lagi produk Nature’s Wonder. Kena cuba ni beli simpan kat office. Time kerja suka kudap2

    Aira

    (October 12, 2017 - 12:33 pm)

    Best! Aira memang suka kacang2 ni, depan tv memang cepat je habis. Menarik jugak produk ni sebab bukan kacang semata2 😀

    linda

    (October 12, 2017 - 12:01 pm)

    sedap kekacang ni ! Mummy suka kudap-kudap kacang. amcam ni
    linda´s last blog post ..Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi.My Profile

    linda

    (October 12, 2017 - 12:00 pm)

    akk suka kudap kacang-kacang ni. Lelagi time jem dalam kete. hehehe . Tak de lah bosan waktu hadap jem

    Suria Amanda

    (October 12, 2017 - 11:34 am)

    Akak kan…prob makan kacang…sebiji dua makan terus bersepah jerawat keluar…tp akak x peduli sebab sedap…kalau dah kunyah memang tak boleh berehenti..betul x?
    Suria Amanda´s last blog post ..Tidak Suka Membersih? Serahkan Kepada Pakar Untuk Melakukannya!My Profile

    Mahamahu

    (October 12, 2017 - 10:58 am)

    akak bila tengok kacang2 ni kita jadi tak keruan memang suka tambah2 yang gajus dan walnut tu hari tu kita pergi Danok beli 3 pack kacang2 macam ni hehehehe murah juga lah….
    Mahamahu´s last blog post ..M Motel Bajet Hotel Area Meru Ipoh Yang Selesa Untuk Bermalam Dan BeristirahatMy Profile

    Isaac Tan

    (October 12, 2017 - 10:56 am)

    nak kacang juga! suka lah kacang begini.. lots of goodness
    Isaac Tan´s last blog post ..UberEATS Is Here In Malaysia! Let’s EAT!My Profile

    Ms Sham

    (October 12, 2017 - 8:57 am)

    Nature’s wonder nie nampak senang dimakan begitu shj dalam packaging nie. Baik utk ibu yang mengandung macam saya

    Alia

    (October 12, 2017 - 8:03 am)

    Sedapnya kekacang gini..
    Addictive tau…tapi kan makan kekacang ni bagus utk org yg cuba nak berdiet…
    Lagi2 ibu mnyusu ni…asyik nl mbaham 24hrs…
    Boleh la at least dapat some milkbooster source from this nuts
    Alia´s last blog post ..Homestay Murah Di KajangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.