Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

      19 Comments on Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi. Assalammualaikum semua! Siapa suka kudap-kudap dari kekacang? Ruby!! Ya ruby suka. Dalam banyak-banyak kudapan, ruby lebih suka makan kekacang dan buah kering. Buah kering tu bukan jeruk tau. Hahaha. Kekacang ni sangat lah bagus untuk kesihatan kita, selain itu ia menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Hahaha. Pengalaman ruby semasa dua kali hamil, lapar je 24 jam. Takkan nak makan makanan berkalori tinggi. Nanti kolestrol, darah tinggi, kencing manis pula. Jadi, ruby sering simpan kekacang di rumah. Makan pelan-pelan. Simpan sebaiknya. Kekacang ni mahal tau. Tapi nak habiskan tu cepat je. Duduk depan televisyen sambil mengunyah memang boleh habis terus. Jadi, memang kena jimat!

Ruby ada satu produk nak perkenalkan kepada anda semua. Ia adalah jenama yang mengeluarkan makanan kekacang. Baru lagi di pasaran Malaysia. Ada sijil halal JAKIM dan buat masa ini 4 produk dijual di semua pasaraya diseluruh Malaysia. Nama produk adalah Nature’s Wonders. Cubalah. Hehehe.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Nature’s Wonders menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah cara pemakanan ke arah gaya hidup lebih sihat dan seimbang. Sehaluan dengan matlamat Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017 yang menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.

Bermula dengan idea untuk mencapai gaya hidup sihat secara semula jadi, Nature’s Wonders menyeru rakyat Malaysia untuk memulakan rutin snek yang lebih sihat bagi memberikan tenaga kepada tubuh dengan nutrien yang betul. Suatu tanggapan umum namun salah adalah bahawa mengambil kudapan antara waktu makan utama tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, memakan snek adalah peluang untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tabiat makan yang sihat dan konsisten sambil membantu mereka menjalani hari mereka dengan snek yang berkhasiat.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

The discussion at the launch debunk the misconceptions of tree nuts and the need to break several habits for a healthier life, moderated by Hansen Lee, Certified Yoga Instructor and Movement Coach. Nature’s Wonders Esther Loo, Head of Marketing Tai Sun (Lim Kee) Food Industries along with Indra Balaratnam, Nutritionist; Nana Al-Haleq, Fitness Personality and Davina Goh, Plant- Based Lifestyle Advocate shared their insights on how Malaysians can snack healthily.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Nature’s Wonders calls upon Malaysians to start a healthier snacking habit to fuel their body with the right nutrients.

Sempena pelancaran Nature’s Wonders di Malaysia dan sesi perbincangan bertajuk “Tabiat Snek Rakyat Malaysia: Adakah Kita Mengamalkan Tabiat Pemakanan Yang Betul?”, Esther Loo, Ketua Pemasaran, Tai Sun (Lim Kee) Food berkongsi, “Dalam dunia sekarang yang kian sibuk, warga Malaysia tidak mempunyai banyak masa sehinggakan mereka tidak mengendahkan tabiat bersenam dan pemakanan yang sihat. Di sini, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan yang betul, dan ini harus dimulakan dengan tabiat snek yang sihat.”

Selari dengan topik tersebut, pakar perunding pemakanan Indra Balaratnam berkata, “Apabila hidup kita semakin sibuk, diet yang sihat biasanya merupakan perkara pertama yang dilupakan. Ketiadaan rutin makan yang konsisten serta pengambilan makanan tidak sihat merupakan antara perkara yang berlaku kepada kebanyakan orang, dan akan memberi kesan kepada tubuh sekiranya tabiat ini diteruskan.”

Antara risiko kesihatan yang biasanya dihadapi rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, penyakit jantung, dan kencing manis. Menurut laporan “Tackling Obesity in ASEAN” oleh The Economist Intelligence Unit, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara dengan 13.3% warganya diklasifikasikan sebagai obes manakala 38.5% pula terlebih berat badan.

Snek sihat, snek pintar – mendapatkan khasiat kekacang pokok

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kekacang pokok mengandungi lemak monotaktepu yang sihat dan merupakan sumber yang baik bagi antioksida, protein, serat dan magnesium. Rangkaian produk Nature’s Wonders adalah sesuai bagi pengguna yang menginginkan snek sihat, kerana ianya dibakar secara ringan dan tidak ditambah perisa, agar nutrien asal kekal dalam makanan tersebut.

Kekacang pokok dianggap sebagai salah satu snek paling sihat dan apabila ianya dijadikan sebahagian daripada diet sihat yang mengandungi nutrien seimbang, ia boleh membantu mengurangkan faktor risiko seperti penyakit arteri koronari ; yang masih merupakan risiko kesihatan yang umum dalam kalangan rakyat Malaysia .

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Dari Kiri – Kanan : Indra Balaratnam, Nutritionist; Nana Al-Haleq, Fitness Personality; Madam Han, Founder of Tai Sun; Esther Loo, Head of Marketing Tai Sun (Lim Kee) Food Industries; Winston Lim, Sales Director of Tai Sun; Sean Lim, Assistant Sales Manager and Business Developer of Tai Sun; Davina Goh, Plant- Based Lifestyle Advocate; and Hansen Lee, Certified Yoga Instructor and Movement Coach.
Nature’s Wonders officially launches in Malaysia with four delicious variants of nuts and dried fruits including The Royal Mix, Fruits and Nuts Fusion, Baked Almonds and Baked Cashew Nuts.

“Mengatasi tabiat mengambil snek yang tidak sihat mungkin sukar dilakukan namun dengan langkah-langkah mudah, perubahan yang dapat dilihat pada tubuh badan mereka dengan mengambil snek yang betul akan memanfaatkan mereka pada akhirnya. Menggantikan goreng pisang atau keropok dengan semangkuk kecil campuran kekacang dan kismis akan memberikan mereka snek yang meningkatkan tenaga”, kongsi Indra.

“Kita dapat melihat suatu corak positif di mana warga Malaysia kini semakin bergerak ke arah gaya hidup sihat dan Nature’s Wonders dilancarkan di Malaysia kerana kami dapat melihat ianya sesuai dengan gaya hidup rakyat tempatan. Kami mahukan rakyat Malaysia untuk berusaha dan mula melakukan perubahan yang betul pada cara pemakanan mereka. Memakan snek merupakan langkah permulaan yang baik kerana ia mudah untuk diamalkan dan dapat memberikan impak yang besar kepada diet seseorang individu setelah diamalkan secara konsisten,” kata Esther Loo.

Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

Tentang Nature’s Wonders

Nature’s Wonders merupakan rangkaian kekacang premium oleh Tai Sun (Lim Kee) Food Industries; sebuah syarikat makanan bungkus dengan kepakaran dalam makanan snek berkualiti. Kekacang premium dan buah kering Nature's Wonders dipilih secara teliti dari ladang tanaman terbaik dan terpilih di seluruh dunia. Ianya merupakan sebuah snek sihat yang ideal dan kaya dengan protein, serat dan nutrien-nutrien lain. Dengan gabungan sempurna rasa lazat dan berkhasiat, Nature’s Wonders memberikan anda gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Rangkaian lazat kekacang pokok dan buah kering Nature’s Wonders termasuklah The Royal Mix, Fruits and Nuts Fusion, Baked Almonds and Baked Cashew Nuts. Nature’s & Wonder boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti GIANT, AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Cold Storage dan Ben’s Independent Grocer (BIG).

Nature’s Wonders disahkan Halal oleh JAKIM Malaysia dan disahkan sebagai Healthier Choice oleh Singapore’s Health Promotion Board (HPB).

www.natureswonders.com

www.instagram.com/natureswondersmy

www.facebook.com/NaturesWondersMY

19 comments on “Nature’s Wonders, Keenakan Semula Jadi

  1. Aliza Sara

    WAHH! ni serious nmpk sedap. Kena try ni. hehe. Dari makan makanan tk berkhasiat, ni lagi bagus kan kak ruby? nnti nk cuba la. baru nk jaga badan balik ni. hehe

    Reply
  2. Hanani Sulaiman

    Bila sampai time driving, kalau mata dah mula melayu, mesti berenti dan makanan macam nilah yang dicari. Bila mengunyah otot muka exercise, jadi mata kembali segar. Tak caya cubalah 🙂

    Reply
  3. Aneezah

    Favourite habis family kekacang ni,bagi je mana” tak kan henti nak kunyah especially bila tengok tv. Macam kurang je something kalau tiada kacang” ni. Boleh try jenama ni nanti
    Aneezah´s last blog post ..Loving Soo #2My Profile

    Reply
  4. Hanis Masturina

    Hanis tak suka kacang tapi kacang yang nasi lemak tu ahaha kalau gajus hanis gilakannya. Betul kalau dah start menguyah tu memang susah nak berhenti makan hahaha sedar-sedar dah habis satu balang sobsob nak lagii hahaha

    Reply
  5. Alia

    Sedapnya kekacang gini..
    Addictive tau…tapi kan makan kekacang ni bagus utk org yg cuba nak berdiet…
    Lagi2 ibu mnyusu ni…asyik nl mbaham 24hrs…
    Boleh la at least dapat some milkbooster source from this nuts
    Alia´s last blog post ..Homestay Murah Di KajangMy Profile

    Reply

Leave a Reply to Hanny Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge