Ketiak Berbau Tiada Lagi Dengan NIVEA Protect & Care

Ketiak Berbau Tiada Lagi Dengan NIVEA Protect & Care. Assalammualaikum semua! Jom hari ini kita berkongsi pengalaman menjaga bau badan dan ketiak. Sebagai wanita, kita ada tiga lokasi penting menjaga kebersihan dan bau. Diantaranya adalah ketiak, rambut dan kawasan miss v. Tapi hari ini kita sembang berkenaan ketiak / armpit / under arm ya! Hehehe.

Ruby masih ingat pertama kali ruby kena pakai ubat ketiak / deodorant ni masa sekolah rendah. Masa tu abah tabur bedak talkum je. Hahaha. Selepas mandi, mesti abah bubuh bedak. Kemudian bila dah aktif kegiatan kokurikulum masa darjah 4, mak dan abah sibuk mencari deodorant untuk ruby. Yelah sebab masa tu bawah umur, kecil lagi. Takkan nak bagi pakai ubat ketiak orang dewasa. Ketiak belum berbulu lagi, jadi bedak sahaja sudah memadai. Bedak yang serap peluh zaman dulu tu ruby dah lupa nama dia. Hahaha.

NIVEA Protect & Care

Ketiak Berbau Tiada Lagi Dengan NIVEA Protect & Care

Bila dah sekolah menengah, pun susah nak mencari deodorant. Kebanyakan kawan sekolah ruby bawa mist dan perfume air tu. Tapi bau dia punyalah kuat. Wangi semerbak! Adui sakit kepala. Tapi lagi sakit kepala dengan bau badan kan? Hahahaha! Bila zaman sekolah, kebanyakan masa ruby share je mist dan perfume tu dari kawan-kawan perempuan. Hehehe. Tak reti beli, kenalah cuba dulu.

Kebanyakan masa ruby sering bertukar-tukar deodorant. Zaman sekolah jenama lain, zaman universiti jenama lain dan bila dah berumahtangga juga jenama lain. Tapi jenama yang ruby kerap kembali walau beberapa kali dah bertukar-tukar jenama adalah NIVEA. Ruby suka NIVEA ni sebab sering ada jualan murah beli satu RM 10.50 (50ml) kemudian kalau beli dua jadi RM 16.80. Kadang-kadang ada promosi macam tu dengan harga RM 14.28. Lebih jimat kan? Kemudian sering je ada promosi tersebut di Guardian Pharmacy.

NIVEA Protect & Care

Bila dah bersuami, ruby lah yang mengajar suami beli produk penjagaan badan. Yelah lelaki sejati kan jarang nak ambil tahu bab produk ni. Mereka hanya tahu kerja dan kumpul duit aje. Bab ni ruby lah tolong. Agar penampilan kemas bergaya dan jauh dari bau badan yang tidak menyenangkan.

Ruby suka siri NIVEA Protect & Care sebab mempunyai perlindungan tambahan, malah berfungsi terhadap stress-sweating. Memberi perlindungan anti peluh selama 48 jam dan penjagaan Nivea yang lembut. Toleransi kulit terbukti secara dermatologi. Jadi ia sesuai untuk kita semua!

Pengalaman Menggunakan NIVEA Protect & Care

Penggunaan produk NIVEA Protect & Care sentiasa memberi ruby satu perasaan unik. Sebab ruby pun ada perubahan emosi yang agak ketara! Jadi, kita kena tahu apa diri kita serasi. Ada kalanya emosi ruby stabil, ruby suka gunakan NIVEA Protect & Care stick. Masa ni tidak banyak peluh dan badan ruby macam relax. Bila musim datang bulan mengambang iaitu haid, emosi tunggang langgang. Rasa semuanya berbau busuk. Ruby suka pakai NIVEA Protect & Care Roll-On. Sapu sikit je di ketiak dan rasa segar dengan bau harum. Hehehe. Kemudian untuk NIVEA Protect & Care spray ruby suka pakai ketika bersukan. Cara guna adalah menjarakkan spray dari bahagian ketiak sejauh 15cm. Picit spray sekali sahaja. Siap! Setiap kali kita berubah emosi, peluh kita juga akan keluar mengikut kekerapan stress kita. Pentingnya bau mengawal stress kita. Kalau stress, cuba amalkan bau ketiak sendiri. Confirm tenang lepas tu. Serius!

NIVEA Protect & Care

Penggunaan NIVEA Protect & Care bukan untuk menyekat peluh yang keluar, atau menutup liang roma kulit ketiak seperti memakai foundation di muka. Ia berfungsi untuk bekerjasama dengan peluh kita. Setiap peluh manusia mempunyai bau berlainan, unik, kuantiti berlainan dan sama ada berwarna atau tidak. Semuanya bergantung kepada tahap kebersihan kita. Jika kita sejenis kuat berpeluh, sepatutnya kita mandi bersihkan badan sebersihnya dengan menggunakan “Mesh Shower Sponges” yang dijual di pasaran. Gunakan sponges ini dan gosok bahagian lipatan kulit sampai anda sendiri rasa bersih dan segar.

Kawasan lipatan kulit adalah bahagian pelipat siku, celah jari, ketiak, leher, celah peha, celah lipatan lutut dan celah cari kaki. Semua bahagian itu wajib dibersihkan! Kemudian barulah pakai  NIVEA Protect & Care. Anda akan tahu perbezaannya selama 48 jam. Kadang-kadang ruby balik kerja tengah malam pun anak dan suami boleh tahu kelibat ruby sedang lalu. Sebab peluh ruby bila harmoni dengan NIVEA Protect & Care dia jadi bau lemon. Hahaha. Itu suami ruby yang cakap! Hahahaha!

NIVEA Care & Protect

NIVEA Protect & Care

Kulit bawah ketiak adalah halus, dan mencukur atau mencabut akar rambut boleh merosakkan folikel rambut, yang membawa ruang kulit tambut tersumbat atau liang pori terbuka. Alternatif ini tidak menjadi semakin baik walaupun ketika bercukur, ini kerana tekanan pisau cukur pada permukaan ketiak yang tidak rata boleh menyebabkan luka kecil. Di samping itu, serpihan sisa yang dikeluarkan semasa mencukur mengandungi hingga 36% kulit kita! Astagfirullahalazim takutnya!

Semasa proses pembuangan rambut di ketiak, ia merosakkan kulit kita dan sering menyebabkan kerengsaan, NIVEA telah membangunkan Protect & Care, satu deodoran yang diperkayakan dengan inti dari crème NIVEA, menangkap warisan jenama krim kecantikan berkualiti dengan bahan penjagaan tersendiri dan bau halus. NIVEA Protect & Care deodoran menawarkan perlindungan tahan lama sehingga 48 jam dan pada masa yang sama, formula yang inovatif dan mesra kulit perlahan-lahan merawat kulit anda, menjadikan anda segar sepanjang hari memberi kulit anda lebih lembut dan licin.

Harga NIVEA Protect & Care

NIVEA Protect & Care boleh didapati dalam bentuk Roll-On 50ML pada harga RM11.30 dan Spray 150ML pada harga RM17.50 (West & East Malaysia). NIVEA Protect & Care boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka di seluruh negara.

NIVEA Care Run 2017

NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run 2017 pada 29 Oktober 2017, acara larian sejauh 5 kilometer ini akan berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Pelbagai aktiviti pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaaan kulit bawah lengan akan diadakan. Anda boleh tahu impak bercukur dan bagaimana pengjagaan sewajarnya. Tidak lupa cabutan bertuah untuk semua peserta.

Yuran pendaftaran RM 65 sahaja. Anda akan menerima NIVEA Care Run 2017 running kit bernilai RM 100. Di dalam bag tersebut terdapat micro fibre tshirt, running bib beserta pin baju, produk NIVEA Protect & Care deodorant, produk NIVEA bernilai RM 65, Watsons Vitamin C dan medal (selepas tamat larian). Sebahagian daripada yuran penyertaan NIVEA Care Run akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG).

Turut hadir adalah selebriti tempatan Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang
akan berada di sana untuk bertemu dan menghiburkan para peserta.

Nivea Care Run 2017 Nivea Care Run 2017 Nivea Care Run 2017Nivea Care Run 2017

Jom daftar sekarang! www.niveacarerun.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

23 thoughts on “Ketiak Berbau Tiada Lagi Dengan NIVEA Protect & Care

    dananwahyu

    (October 4, 2017 - 9:36 pm)

    nice produk 😀
    dananwahyu´s last blog post ..9 Momen Menikmati Musik Saat TravelingMy Profile

    Neeza

    (October 4, 2017 - 9:14 am)

    produk nivea memang best lepas tu murah pula tu

    Lia Hasty

    (October 3, 2017 - 11:59 pm)

    Produk Nivea memang terbaik dan best sebab ada produk untuk wanita dan lelaki. Harga berpatutan!
    Lia Hasty´s last blog post ..Cantik Bergaya bersama Peplum, Baju Kebaya murah dari LanafiraMy Profile

    akubiomed

    (October 3, 2017 - 11:17 pm)

    Selain untuk wanita dan ada produk Nivea for men. Saya suka pakai deodoran dari jenama Nivea tidak melekit, kering dan bau wangi.
    akubiomed´s last blog post ..DIY ampaian tuala dari paip PVCMy Profile

    Mazni Azmi

    (October 3, 2017 - 5:45 pm)

    Pakai deoderen yang sesuai boleh batu elakkan bau tidak menyenangkan

    nanti masuk tren angkat ketiak abis semua orang pening
    Mazni Azmi´s last blog post ..26 Cara Atasi Alahan Mengandung Teruk Semasa Hamil? No 9 Paling BestMy Profile

      Ruby

      (October 4, 2017 - 12:47 am)

      Kahkahkahkah. Nasib la perempuan tak rajin angkat ketiak kan. Tapi kesian lah sis, ada perempuan yang bau badan dia dah kuat pun masih dia tak sedar. Susah saya nak tegur. Risau terasa. Mungkin kalau hulur aje Nivea ok tak? Risau sentap. Wuwuwuwu

    Jane

    (October 3, 2017 - 2:14 pm)

    I used Nivea for since small. It is a good product especially when we go for sports activities.

    Bro Framestone

    (October 3, 2017 - 10:03 am)

    salah satu produk pilihan kami sekeluarga hahaha… tapi warna putih…

    la… ada larian lagik… T-T ok set tahun depan la join…
    Bro Framestone´s last blog post ..Kerjasama Ekonomi Digital Antara AIMSMET Malaysia & ICM, United KingdomMy Profile

    Aneezah

    (October 2, 2017 - 9:51 pm)

    Suka nivea sebab selalu promo dalam bentuk kombo,family pun pakai ni,jimat aaha
    Aneezah´s last blog post ..Random SooMy Profile

    Qbal Ramlan

    (October 2, 2017 - 8:08 pm)

    Boleh dikatakan semua siblings Bal guna jenama Nivea. Dia kesan bagus tau. Tahan lama. Tapi satu je lah. Bal tak pakai sangat nivea ni sebab salah satu kesan buruk dendorant. Tak bagi peluh keluar. Tak baik jugak untuk kesihatan. Bawah ketiak tak berbau sangat sebab guna limau purut. bab bedak talkum tu. Hahahah samalah

      Ruby

      (October 2, 2017 - 11:17 pm)

      Peluh tetap akan keluar juga. Sebab tu akak highlight kebersihan diri perlu dijaga. Mandi tu kasi sental ketiak tu. Takkan la balik dari mana-mana mandi kerbau je kan. Hahaha. Limau purut tu akak guna untuk kulit kepala kat rambut. Sangat bagus. Hehehe.
      Ruby´s last blog post ..DASHING Anytime EDT Untuk SuamiMy Profile

    shafyqah

    (October 2, 2017 - 7:00 pm)

    haha ingat lagi dulu sha guna bedak talkum jugak? sha memang pengguna nivea tapi yang ni takpernah try lagi. semalam ada nampak kat kedai. nanti nak try lah sbb produk nivea semua best ?

      Ruby

      (October 2, 2017 - 7:44 pm)

      Hah cubalah, yang ni pakai lepas tanggalkan bulu ketiak pun boleh. Dia macam untuk after shave protection gitu. So, tak perlu la nak sapu cream atau bedak. Hehehe.

      Guna bedak tu memang legend, tapi sayang tak tahan lama. Lepas berpeluh je, mulalah basah ketiak tu. Bau pun masam. Hahaha
      Ruby´s last blog post ..DASHING Anytime EDT Untuk SuamiMy Profile

    Bella Jamal

    (October 2, 2017 - 5:57 pm)

    Amalkan bau ketiak sendiri bagi menangani stress! Haha. Berkesan ke ni? Memang guna produk nivea utk deodorant. Tak pernah cuba lagi brand lain.
    Bella Jamal´s last blog post ..Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos TiramMy Profile

      Ruby

      (October 2, 2017 - 7:42 pm)

      Berkesan! Cubalah! Kalau tak berkesan, bau ketiak suami pula la. Bau ketiak suami kita aje, jangan ketiak orang lain. Pitam kang!
      Ruby´s last blog post ..DASHING Anytime EDT Untuk SuamiMy Profile

    Hanny Abdullah

    (October 2, 2017 - 5:40 pm)

    Ketiak lom berbulu lagi tak leh pakai deodorant ekk…hehehe. Anak sis umur 12 tahun sis dah belikan deodorant utk dia walau bulu ketiak mati segan hidup tak mau…tapi dah ada tanda2 keharuman bila dia balik sekolah..hehehe. Ni kalau dia baca marah dia ni..hahaha
    Hanny Abdullah´s last blog post ..D’Bellezza Lipmatte Koleksi Lipstik Dari Bahan Organic Mampu Membuat Bibir MenawanMy Profile

      Ruby

      (October 2, 2017 - 5:50 pm)

      kahkahkahkah. ketiak zaman dulu macam tak berbulu je. hahaha. zaman sekarang semua dah ada kan kak. Terutama usia remaja. Hehehe. Cuma kena tahu dia selesa yang jenis stick, roll-on atau spray aje. Hehehe.
      Ruby´s last blog post ..Ketiak Berbau Tiada Lagi Dengan NIVEA Protect & CareMy Profile

    ai

    (October 2, 2017 - 1:18 pm)

    Nivea ni best sebab selalu buat combo promo.. jimat. Hehehe

      Ruby

      (October 2, 2017 - 1:30 pm)

      Kann! Promosi kombo tu memang ruby suka. Roll-On tu bleh tahan 2 bulan tau. Beli kombo dapat la berjimat sampai 4 bulan. hehehe

    Suria Amanda

    (October 2, 2017 - 12:45 pm)

    Gelak besar akak baca tajuk entry ni…ada erk ketiak kerbau…suka nivea dari dulu sampai sekarang…akak dah forward kat kawan- kawan yang kaki berlari utk join nivea care run…
    Suria Amanda´s last blog post ..Pengumuman Pemenang Top Komentator September 2017My Profile

      Ruby

      (October 2, 2017 - 1:20 pm)

      ketiak bau bawang pun ada kak. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.