Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!

Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur! Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira! Kini anda boleh ke Jeju, Korea dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur! Bestnya!  Tambang promosi bermula dari RM199 sehala untuk menikmati keindahan gunung, lautan, makanan dan banyak lagi dari Jeju. Wilayah Jeju merangkumi Pulau Jeju Korea Selatan di Selat Korea. Ia terkenal dengan resort pantai dan lanskap vulkanik kawah dan tiub lava cavelike. Gunung Hallasan, gunung berapi yang tidak aktif, mempunyai laluan mendaki, tasik kawah di puncak tertinggi 1,950m dan Kuil Gwaneumsa yang berdekatan. Sistem Lava Tube Geomunoreum termasuk Gua Manjanggul 7km, yang dibuat berabad-abad lalu ketika Hallasan masih aktif.

Nak tahu apa yang seronok di Jeju? Anda boleh mula google Korean drama! Hahaha. Diantara drama yang mengambil Jeju sebagai lokasi pengambaran adalah Lie To Me, Secret Garden, My Lovely Sam Soon, Goong, All In, Boys Over Flowers, Jewel in the Palace, King 2 Hearts, My Girl, Scent of a Women, Marry Him If You Dare, Playful Kiss, Chuno, Fated to Love You dan Jeju Island Gatsby. Hehehe. Pasti anda siap sedia kemas luggage!

Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!

AirAsia X mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaharu hari ini, bagi penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke pulau indah Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala. Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 October 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com.

Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!

AirAsia X CEO, Benyamin Ismail berkata, “Kami amat bangga menjadi satu-satunya syarikat
penerbangan yang mengendalikan penerbangan terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, menghubungkan pulau indah tersebut dengan Malaysia dan seluruh Asia melalui hub LCC Asia. Korea Selatan adalah pasaran yang penting dan kami telah mencatat pertumbuhan luar biasa dari laluan sedia ada kami ke Seoul dan Busan yang kini akan dilengkapi dengan perkhidmatan baharu kami ke Jeju, memudahkan transit domestik ke wilayah pulau ini buat tetamu kami. Laluan baharu ini akan menyediakan lebih daripada 150,000 kapasiti tambahan setiap tahun dan ia merupakan rangsangan dalam memperkukuh hubungan perniagaan dan pelancongan antara Malaysia dan Korea Selatan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan atas sokongan padu yang telah diberikan dalam pelancaran laluan ini.”

Ketua Pengarah Biro Pelancongan, Jeju Special Self- Governing Province, En. Lee Seung Chan berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada AirAsia X diatas pelancaran laluan eksklusif ini yang menghubungkan Malaysia dengan Pulau Jeju. Pulau Jeju adalah destinasi yang amat istimewa dengan tarikan sepanjang tahun yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada pengembara solo atau kumpulan, keluarga atau berbulan madu. Kami yakin bahawa laluan terus ini akan meningkatkan kemasukan pelancong ke Jeju untuk menarik pelancong bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari negara lain yang kini boleh terbang ke Jeju dengan mudah melalui Kuala Lumpur.”

Para tetamu kini boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar-bandar lain di dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan, atau menggunakan pilihan pelbagai bandar untuk meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur.

Pulau Jeju

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea. Ia adalah pulau percutian yang paling popular di negara ini, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai “Hawaii Korea Selatan.”. Kini dah ada penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur, ia lagi memudahkan anda untuk kesana!

Jeju mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong. Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun.

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jeju, Korea Selatan (CJU)

Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!

Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!Sudah rancang percutian ke Jeju, Korea! Cepat tempah sekarang! Penerbangan AirAsia X terus ke Jeju dari Kuala Lumpur!

www.airasia.com

www.twitter.com/AirAsia

www.facebook.com/AirAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge